Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Assalamualaikum
dan salam kedamaian buat semua rakan pembaca yang tidak pernah jemu menjamu
mata di ruangan ini. Walau pun serba ringkas dan santai sahaja, kalian tetap
setia menanti entri-entri segar dari ku. Alhamdulillah.
Ku
doakan semoga Allah SWT sentiasa memudahkan segala urusan yang telah dirancang,
melapangkan hati-hati kita yang gundah-gulana dan membuka pintu-pintu rezeki
yang luas dari arah yang tidak disangka-sangka. Aamiin Ya Rabbal Aa'lamiin.
Saja
pepagi ni nak berkongsi kenangan indah semalam di majlis kesyukuran keluarga
puan presiden IKSnita Sabah atas kepulangan anak beliau dengan membawa segulung
ijazah dengan keputusan yang sangat dibanggakan oleh keluarga. Seronok. Bahagia
dan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah. Begitulah
kegembiraan yang dirasakan seorang ibu atas kejayaan anaknya.
Di
samping majlis doa kesyukuran buat anak beliau, turut diselitkan juga doa
selamat buat persatuan IKSnita itu sendiri. Beliau berharap dan mendoakan
semoga segala rencana yang bakal diatur dan dirancang akan dipermudahkan dan
diberkati Allah SWT. InsyaAllah. Aamiin.
Kejap...kejap...kejap
nak bisik ni. Dengar baik-baik ya. Hihihi...Makanan yang dihidang semalam versi
kampung-kampung. Hahaha...jangan marah. Sebenarnya , musim raya ni ramai ambil
kesempatan buat majlis kahwin, jamuan rumah terbuka raya dan diselitkan sekali
doa kesyukuran dengan hidangan versi kampung. Ringkas dan sedap. Tu yang
menambah. Selera bukan main lagi.
Musim-musim
jamuan rumah terbuka raya ni jarang kita dapat makan makanan versi kampung. Tu
yang lupa diri pandai menambah. Sabar jak la puan presiden dengan pelbagai
ragam dan karenah kami yang datang ni.
Sabar uolls. Pak imam tengah baca doa tu. Kejap lagi kita makan ya... |
Tengok tu...Semua tengah kusyuk menghayati menu yang dihidangkan.
Sambil makan sambil bincang. Ntahlah apa agaknya yang dorang punya diskusi ni. Macam nampak rancak jak kan? Hihihi |
Selain
dari menikmati menu kampung, dapatlah sesama tetamu (ahli IKSnita juga bah)
beramah mesra sambil berbincang akan projek-projek persatuan yang akan datang. Projek
terdekat, "Jom Kita Karoks!". Hahaha...lupakan pasal projek. Jom kita
cuci mata dengan pelbagai ragam ahli-ahli IKSnita yang hadir memeriahkan suasana majlis tersebut.
Kalau mau tengok gambar ni cun ka lawa ka sila sengetkan kepala. Hahaha |
Muka kenyang. Ngantok la tu. Kejap lagi bertukar anakonda. Hahaha |
Selpi dulu sebelum berpisah |
Sorang Sandakan. Sorang Tuaran. Sorang tu lagi...Putatan jak |
Masing-masing sibuk ambil posisi di belakang tu. Apa lagi trep-trep ala retis le tu. Bah! Atur kamu kedudukan begambar dulu kita sebelum berinut. |
Ok! Sudah-sudah la tu begambar. Jom Pulaaaang! |
No comments:
Post a Comment