Teks: Nasriah
Abdullah
Video: Nasriah
Abdullah
Assalamualaikum dan
salam kedamaian.
Hujan membasahi bumi
Kota Kinabalu sejak 2 ke 3 hari lepas. Beberapa tempat yang dilanda hujan mengalami
sedikit musibah banjir. Ada beberapa jalan raya terpaksa ditutup akibat banjir.
Hujan kali ini
sedikit berbeza. Hujan lebat yang diiringi tiupan angin kencang. Bunyi angin
yang sangat menakutkan. Kelihatan atap-atap tempat letak kereta jiran tetangga
seperti mahu terbang.
Jiran tetangga yang
berada di tingkat 4 cukup berhati-hati bila angin datang menyapa. Trauma ada,
apa lagi fobia. Pernah terjadi suatu ketika dahulu. Angin kencang seumpama ini
pernah menerbangkan atap rumah (zink) di tingkat 4. Lewat malam. Mungkin
sekitar 1 pagi. Kesian sang jiran. Terpaksa berjaga hingga ke pagi mengalihkan
harta benda ke tempat-tempat yang beratap.
Beginilah nasib
berumah di perumahan jenis flat. Bukan mengeluh mahu pun merintih dengan nasib
yang ada. Bila hujan lebat jalan seiring dengan tiupan angin kencang, penghuni
di tingkat bawah dan tingkat paling atas akan lebih berjaga-jaga. Seperti
biasa, penghuni tingkat bawah risaunya pada banjir. Adakalanya air melimpah
masuk ke rumah tanpa dapat di kawal. Bagi penghuni tingkat teratas pula risaunya
pada atap. Dengan kuasa angin, atap rumah mampu terbang ke blok flat sebelah.
Betapa hebatnya
kuasa angin. Walau tak dapat dilihat dengan mata kasar rupa bentuk angin, tapi dapat
memusnahkan harta benda. Begitulah hebat ciptaan Yang Maha Esa. Tiada siapa
dapat mempertikaikannya.
Musibah kali ini sedikit
berbeza. Jika dahulu banjir akan melimpah masuk ke dalam rumah penghuni di
tingkat bawah tapi kali ini air cuma bertakung di kawasan tempat letak kereta
sahaja. Mungkin pengaliran dan saliran parit sudah lancar.Penghuni di tingkat
atas pula tetap berjaga-jaga walau atap rumah tiada yang terbang. Aku? Aku
penghuni di tingkat 1. Walau tak pernah alami banjir mahu pun atap terbang,
tapi kali ini aku di duga. Sedih. Dugaan musim hujan. Rumah tak banjir tapi lantai
(tiles) habis pecah. Nasib hanya 1 bilik. Mungkin rezeki lantai hendak di tukar
baru. Jubin-jubin di bilik ibu meletup. Meletup seperti letupan bom kecil.
Kesian ibu. Terkejut
dengar bunyi letupan. Difikirnya gempa bumi kerana gegaran di lantai bilik.
Nasib ibu tidak punya penyakit jantung. Ku tenangkan perasaan ibu. Tidak perlu
risau. Itu cuma perkara biasa. Mungkin sebab hujan dan angin kencang.
Ibu kembali tenang setelah aku memeriksa satu
persatu jubin lantai yang pecah. Tidak mengapa. Rezeki lantai hendak di tukar
baru. Jawab ku dengan tenang walau dalam
hati sebenarnya runsing.
Apa pun yang
berlaku, ku doakan moga sahabat-sahabat yang baca posting ini di jauhkan dari
segala musibah dan malapeta. Berhati-hati walau di mana kalian berada.
Salam kedamaian.
Rieya #CahayaNurAdhwa
-Redha dengan dugaan musibah musim hujan
-Redha dengan dugaan musibah musim hujan
No comments:
Post a Comment