Wednesday, 19 July 2017

Beraya Di Rumah Jiran Tingkat Atas


Teks: Nasriah Abdullah

Adduuuuh! Sedang kusyuk menulis tiba-tiba terdengar ketukan pintu. Tuk tuk tuk. Tuk tuk tuk. Aku biarkan saja. Leka dengan tulisan.

Tuk tuk tuk. Sekali lagi berbunyi. Pintu diketuk. Kali ini aku menjenguk keluar. Ku fikir siapa. Rupanya jiran rumah tingkat atas menjemput. Ada makan-makan katanya.
"Assalamualaikum. Mari Mama Wawa." Jemputnya selamba

"Wa'alaikummussalam. Ke mana? Ada apa?". Soal ku spontan.

"Aku ada masak soto. Marilah naik atas. Tiada orang. Kita-kita saja ni. Ajak nenek Ariel sekali" jemputan yang ringkas dan jelas.  

Haruman masakan sotonya tiba-tiba menusuk hingga ke rongga deria bau ku. Fuuuh! Macam sedap bau sotonya. Kemudian, dia mengajak jiran depan rumah pula.

Waaah! rezeki ni. Cuaca sejuk-sejuk macam ni memang sedap makan soto panas-panas. Fuuuh! Rezeki jangan di tolak. Jom beraya dekat rumah jiran tingkat atas.

Rieya #BerayaLagi

- Beraya di rumah jiran tingkat atas paling best. Tak perlu pakai baju raya. Hahaha ko ada jiran tingkat atas?

Tawau: Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan

[PROGRAM KHAS EUSAHAWAN TAWAU, SABAH] Sila daftar disini  http://bit.ly/eUsahawan-Tawau Ingin menjadi seorang Usahawan Digital?...

Post Paling Popular