Teks: Nasriah
Abdullah
Hebat sungguh #networking bersama team #GengLike.
Sejujurnya Geng Like sudah banyak membantu Rieya dalam ber-networking dengan
hampir 3000 rakan-rakan yang positif. Walau pun baru setahun lebih bersama
keluarga besar Geng Like dan mengenali rakan-rakan di Geng Like tapi hubungan
persahabatan yang terjalin seperti adik-beradik.
Kami saling support
dalam memotivasikan diri, berkongsi idea dan pengalaman dalam membangunkan
bisnes masing-masing tanpa ada rasa iri hati mahupun dengki.
Bersama Geng Like, Rieya sudah mula sedikit mahir
dalam mewujudkan engagement di FB berbanding sebelum ini posting Rieya sering
sepi tanpa pengunjung. Asik krik krik sahaja umpama cengkerik berlagu riang.
Ada yang tak pernah
dengar cengkerik berbunyi tak? Boleh dengar di ruangan komen, ok. Hihihi…
Rieya sangat bersyukur, kemahiran menulis semakin
ada peningkatan. Bukan nak memuji diri sendiri. Ini Rieya sedari dari komen dan
ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan yang respon di beberapa posting FB
sebelum ini. Ada juga yang direct berikan komen di wasap Rieya. Siap nak
berguru. Terharu sangat.
Bersama team Geng Like, Rieya mula belajar macam
mana nak buat “Call To Action” agar posting tak krik krik. Ini sangat membantu
dalam menghasilkan sale dengan kaedah “iklan tanpa sengaja”. Walau pun
jarang-jarang beriklan secara langsung, sudah ramai mula mengenali produk dan
perkhidmatan yang Rieya tawarkan. Alhamdulillah.
Oh, ya! Lupa nak bagitahu. Sebenarnya Rieya sudah 3
kali daftar kelas yang sama di Group Support Like (#Integra dan #Vellfire)/Geng
Like (#GLFD).
Walau topik kelas sama tapi networking yang terbina semuanya baru. Tak pernah
wujud rasa bosan kerana setiap batch kelas, Rieya raih pengalaman dan idea
baru. Tambah pula sekarang modul kelas Geng Like sudah di “upgrade”. Bangga
tau! Rasa teruja nak join lagi.
Selain dari belajar “Personal Branding”, ada 5 lagi
topik penting yang akan dipelajari iaitu “Copywriting, Content Marketing,
StoryTelling, Engagement FB dan Networking”. Fuuuuh! 6 dalam 1 dengan yuran
yang sangat berbaloi dan jimat. 6 topik penting di dalam modul Geng Like yang
baru ini sangat diperlukan oleh “newbie online seller” seperti Rieya yang baru
nak bertapak dalam dunia bisnes online dikala sudah ramai otai-otai bisnes
menempah nama. InsyaAllah, doakan Rieya juga berjaya seperti mereka.
Apa yang Rieya dapat katakan disini, walau pun nama
kelas ini GENG LIKE tapi ianya BUKAN SEKADAR LIKE sahaja. Geng Like juga BUKAN
ROBOT untuk bantu havoc-kan posting anda. Geng Like penuh dengan ilmu yang
wajib kita hadam dan praktikan sebagai newbie online seller.
Dengan itu, Rieya sarankan agar sahabat-sahabat di
luar sana yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes online, kelas #GengLikeModulBaru ini sangat sesuai untuk anda.
Kepada sahabat-sahabat yang mahu sembang-sembang
tentang maklumat #Geng_Like,
buang rasa malu dan segan kalian. Jom PM Rieya. Tak malam ni, esok pun boleh.
Akhir kata, Rieya doakan semoga kalian dibukakan
hati dan ditunjukan jalan yang mudah dalam mengharungi liku-liku dunia bisnes
online yang kalian ceburi.
Selamat malam. Mimpi yang indah-indah ya.
Rieya #AgenGengLike
-Suka bantu rakan suri maju bersama
-Suka bantu rakan suri maju bersama
No comments:
Post a Comment