Sunday, 7 October 2018

Chicken Grill Butter



Hari tu ada mak-mak yang request nak resepi "Chicken Grill Cheese" (gelaran oleh Ariel). Sorry baru hari ni sempat update entri menu ni. 


Lauk campak-campak jer tapi mampu membuka selera anak-anak. Siap warning ummi lagi untuk stok bento ke sekolah.

“Ummi, jangan kasih habis arrr, Ariel mau bawa tapau pi sekolah!” Arahan keras dari si anak manja.

“Kakak pun mau bah. Ummi masak banyak sikit ya. Kakak mau tapau juga”. Sampuk si kakak yang tidak mahu ketinggalan.

Alhamdulillah. Tiada apa yang menggembirakan hati si ibu bila anak-anak berselera dengan masakannya walau seringkas mana pun.


Bahan-bahan:

1kg                Ayam (paha/kepak)
2 biji              Bawang merah (ditumbuk kasar)
3 ulas            Bawang putih (ditumbuk kasar)
3 biji              Jus limau kasturi
2 sudu           Sos cili
2 sudu           Sos tiram
2 sudu           Kicap
2 sudu           Serbuk kari
1 sudu           Serbuk kurma
1 sudu           Madu
1 sudu           Serbuk lada sulah (guna sudu kecik jer)
1 sudu           Garam (secukup rasa)
1 sudu           Parutan butter


Cara memasak:

1.     Campakkan semua bahan dalam mangkuk kecuali parutan butter. Gaul hingga sebati.

2.     Toskan ayam selepas dibasuh. Biar sedikit kering.

3.     Perap ayam seketika. Mo perap 1 malam pun ok.

4.     Panggang ayam di dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 25 minit (ikut jenis model oven korang)

5.     Parut sedikit butter di atas ayam. (saja ja letak butter supaya kulit ayam tu berkilat dan tidak kering)

6.     Bakar semula selama 5 minit.

7.     Keluarkan dan sedia untuk dihidang.




Selamat menjamu selera.





No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular