Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: -
1. Kerjakan
sesuatu yang anda suka atau yang anda minat. Bukannya
melakukan sesuatu yang anda terpaksa kerana sesuatu yang anda minat pasti akan dilakukan
juga biar pun ketika sibuk.
2. Mengambil berat kesihatan kerana
kesihatan itu kunci kebahagiaan. Jadi, jagalah makanan yang seimbang, bersukan
dan menjauhi yang tidak sihat.
3. Matlamat hidup
kena jelas. Crystal Clear - barulah boleh
dapat apa yang diangankan. Bukannya berangan mat jenin. Jadi pendek kata, tak
salah berangan tp kena clear okay.
4. Redha dengan
kehidupan apa adanya termasuk pahit maung hidup. Cukuplah Allah tempat
bergantung dan berlindung. Dengan redha dan rela kita takkan mudah mengeluh dan
gentar.
5. Focus dengan
kehidupan hari ni tidak menyesal dengan hari yang telah berlalu dan tidak
gelisah dengan hari esok yang belum sampai lagi.
6. Berfikir sebelum
membuat sebarang keputusan dan berani mengambil keputusan serta tidak
menyalahkan orang lain jika keputusan itu salah.
7. Selalu
memerhatikan orang lain yang lebih rendah. Maksudnya tidak
ego atau sombong kerana ada banyak lagi yang hidup
serba kekurangan.
8. Sering
senyum dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis. Jadi
tak adalah mudah putus asa dalam hidup.
9. Bersedia
membantu orang lain mendapat kebahagiaan. Ingat kata-kata ni to be happy for the
lifetime, help others
10. Mampu merebut peluang yang
berharga.
Akhir kata, “Jalanilah
harimu dengan gembira dan berbuatlah dengan lebih bersungguh-sungguh. Bersabarlah.
Allah pasti memberi jalan keluar. Mudah-mudahan jalan keluar itu segera sampai dan
ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik
ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar dahulu.
(Sumber: diulas dari
buku "motivasi -menjadi wanita paling bahagia")
No comments:
Post a Comment