Saturday 21 November 2015

Tips Penting Untuk Jaga "Existing Customers"

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Sampai bila nak bergantung pada FB ?
.
Saya cuma nak berkongsi pengalaman
'consult' klien untuk FB Ads.
.
Saya pernah jumpa ramai 'jerung' fb ads yang spend RM1k - 12k sehari untuk FB Ads. 
.
.
Jualan mereka masyaAllah dahsyat.
Ratus malah ribu parcel sehari.
.
.
====
Tapi ada 1 masalah.
====
.
Selepas parcel dihantar, habis.
.
Hubungan dengan pelanggan tersebut tamat di situ.
.
Repeat order berlaku kalau pelanggan sendiri whatsapp sahaja.
.
Kalau pelanggan nak repeat, dia kena whatsapp sendiri.
.
Ertinya, tiada kempen marketing dijalankan untuk pelanggan sedia-ada ( existing customer) repeat order.
.
.
===
Ini bahaya 
===
.
Bisnes tersebut terlalu bergantung kepada jualan dari 'new customer'.
.
Kalau ads tak jalan, tak dapat new customer, garu kepala.
.
Iklan tak jalan = No sales
.
Sekarang pun, fb tak macam dulu.
Policy changes everyday.
.
Soalan penting :
Sampai bila nak bergantung pada jualan dari new customer, sedangkan rules fb semakin hari semakin berubah ?
.
.
===
Ini merugikan
===
.
Nak ubah prospek jadi pelanggan bukan senang.
Nak meyakinkan dia untuk beli bukan senang.
Ada kos masa, tenaga & duit.
.
Tapi, once dia dah jadi pelanggan, maksudnya dia dah percaya pada kita.
.
Maka lebih mudah untuk menjual kepada 'existing customer' berbanding kalau kita jual pada 'new customer', sebab dia dah percaya.
.
Ini terjadi pada diri kita sendiri juga.
.
Kita selalu makan di kedai yang sama.
Kita selalu beli barang di kedai yang sama.
.
Nampak ?
Existing customer lebih mudah membeli,
dari orang yang dia pernah beli.
.
.
===
Jangan dibiar existing customer
===
.
Nak survive lama, jagalah existing customer.
Dari mereka ini, kita dapat jualan tanpa kos ads.
.
Kalau nak cerita, saya ada seorang kawan yang ada 10,000 pelanggan yang sekarang tak buat ads lagi dah.
.
Dia cuma follow-up saja.
Kalau 5% beli pun dah berapa untung tu. 
Tanpa kos ads.
.
Dan ramai lagi kawan yang sekarang dah tak buat ads.
.
New customer pun dapat, tapi dari referral existing customer.
Tanpa kos ads.
.
Adalah juga yang masih run ads, tapi kalau kena flag ka iklan tak jalan ka, jualan masih boleh berlaku.
.
.
===
Elakkan terlalu bergantung pada FB.
===
.
FB ini macam kolam.
Ikannya manusia.
.
Ikan macam-macam.
Ikan yg minat bola ada.
Ikan yg minat jubah ada.
Ikan yg minat kecantikan ada.
.
Tangkap ikan-ikan ini, dan keluarkan dari kolam FB.
.
Kita bela di kolam sendiri.
Media sendiri.
Rules kita sendiri.
.
Tak kena flag.
Tak kena disapprove.
.
Hidup lebih tenang walaupun ads tak jalan.

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular