Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: Koleksi
ABDR
Rezeki
Allah sangat luas. Terpulang pada kita mahu cari d mana lubuknya. Adakalanya
lubuk itu didepan mata. Dek kerana sibuk dengan perasaan hasad dengki dengan orang
lain, risau dengan poket orang lain, maka tak nampak lubuk yang terbentang luas
didepan mata. Cuba fokus dengan apa yang kita cari. Jangan hiraukan isi poket
orang lain. Itu rezeki dia. Doakan dia yang baik-baik saja untuk mereka agar
kita juga mendapat kebaikannya darinya.
Kenapa
harus dengki? Sedangkan kau tahu itu hanya pinjaman dari-NYA. Tumpukan
perhatian dan fokus dengan apa yang kita buat. Kerja biarlah ikhlas. Betulkan
niat bekerja dengan lurus. Kentalkan hati. Bersihkan hati. InsyaAllah agar
mudah dijumpa apa yang dicari.
Alhamdulillah
syukur dengan apa yang saya ada dan sahabat-sahabat saya capai hari ini. Moga dimasa
akan datang kita akan lebih sukses dan maju jaya. Aamin Ya Rabbal Alamiin.
Jom kita baca
hasil tulisan dan perkongsian "Penulis Misteri" ni...
Moga bermanfaat buat pembaca dan pengunjung setia blog Suri
Rumah Berpendapatan Sendiri
Ada orang post
gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post
gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post
gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.
Bila Dato' Aliff
Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang
kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu
Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan.
Bila Dato' Vida
tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang
India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi
orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena
kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang
Islam.
Ada suami isteri
yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post,
orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post,
orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah
orang lain tak ada anak.
Ada orang post
pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata
menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak.
Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja
prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post
pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My
Jep pun terkena riak juga.
Masya-Allah.
Astaghfirullah.
Sikap orang
Malaysia.
Punca kita hasad
dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab,
--- Sakit hati
tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI
AKU.
Itu saja
sebabnya.
Ketahuilah rezeki
masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan
sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah.
Seandainya Allah
rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu,
maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati.
"Tidak ada
makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga
bilangannya."
Dia lebih likes,
itu rezeki dia.
Dia lebih
followers, itu rezeki dia.
Cerita dia viral,
itu rezeki dia.
Dia kaya, itu
rezeki dia.
Sesungguhnya
Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada
dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya'. Kita tidak tahu apa dalam
hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain
kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik
hati.
"Setiap
kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan
menduganya."
Usahlah kita
merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah
benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj?
Istidraj adalah
hukuman. Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan
kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu.
Yang kita patut
respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara
pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup
aurat, kita tegur dan nasihat.
Kita tak setuju
terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak
tertentu, kita tegur dan nasihat.
Kita tak setuju
pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp
kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram.
Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak
menjadikan ianya halal.
Tegur bukan untuk
menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan.
Ada Muslim yang
berjaya, kita bangga.
Ada anak Melayu
yang berjaya, kita tumpang gembira.
Ada kawan kita
yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan
doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita.
Akhir kata,
meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita
bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat
diri.
Kerana ikhlas
sukar dicari, riya' sentiasa mencari peluang di hati.
Kebahagiaan atau kekayaan
yang kita ada, semua bukan milik kita.
Semua milik Dia.
Bila bukan milik
kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada?
Sekain.