Teks:
Nasriah Abdullah
Foto:
-
Rieya,
ko ni selalu je sebut ABDR ABDR ABDR. Tak habis-habis dengan ABDR. Apa
sebenarnya ABDR tu? Macam best jer bunyinya. Share sikit info dengan kitaorang ni.
Sebenarnya
ABDR ni adalah short form daripada "Akademi
Bekerja Di Rumah". Sebuah akademi yang dijalankan hanya dari rumah. Mudah
bukan? Duduk rumah sambil jaga anak pun kita masih boleh upgrade diri dan
tingkatkan ilmu pengetahuan. Ilmu dapat, duit pun masyuuuk. InsyaAllah jika
kena caranya.
Apa
Itu Akademi Bekerja Di Rumah
Akademi
Bekerja Di Rumah ialah;-
1)
Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes
online
2)
Kumpulan
sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah
3)
Kumpulan
sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
4)
Kumpulan
sokongan untuk mereka bergelar wahm
5) Platform
untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook
dan servis.
Apa Yang
Menarik Dengan ABDR Ni?
Sebenarnya hampir dua tahun saya mencari satu
saluran dan bantuan kelas blog online dan offline dengan harga yang sangat
murah dan berpatutan. Namun, hampa sehinggalah saya bertemu dan jatuh cinta
dengan ABDR.
Ya, saya akui sesungguhnya terdapat banyak
lambakkan kelas-kelas blog secara online dan offline di luar sana. Namun,
mampukah kita menanggung kos yang dikenakan oleh pihak akademi? Mungkin
segelintir daripada anda mengatakan 'ya,
saya mampu', tapi tidak seperti saya yang hanya suri rumah sepenuh masa
yang tidak punya sesen pun hasil pendapatan. Semuanya bergantung pada hasil
titik peluh suami.
Walaupun terlalu banyak kelas blog bisnes yang
ditawarkan di luar sana, namun saya memilih Akademi Bekerja Di Rumah kerana;-
1. Hadiah Bonus 5 E-Book
Sungguh bertuah protege-protege baru ABDR
sekarang kerana kalian akan menerima bonus
10 ebook setelah sah bergelar protege ABDR. Sewaktu mula mendaftar kelas
dahulu saya cuma sempat menerima bonus 5
ebook sahaja.
Bertuah tak korang? Tentulah bertuah, kan? Tak
kisah lah, itu rezeki anda. Saya tumpang gembira jika anda tidak melepaskan
peluang ini. Peluang seperti ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin
belajar mencipta blog dari rumah dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah.
Terpulang kepada anda nak rebut tawaran ini atau pun tidak.
2. Kelas Asas Blog
Langkah
pertama sebelum soalan analisa diberikan, protege ABDR wajib baca, faham dan
khatam ebook 'Kelas Asas Blog'. Kenapa
saya kata 'wajib'? Ini kerana ebook
ini membantu kita mengetahui teknik dan cara penulisan blog bisnes yang
berkesan. Blog yang tahu dimana hala tujunya. So, bila dah dapat soalan analisa
nanti taklah pandangan tu asik kabur je dan tak faham apa yang cuba disampaikan
oleh cikgu nanti. Yer tak?
3. Soalan Analisa
Sebelum mula mencipta blog bisnes, guru online
iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria akan
memberikan beberapa soalan analisa. Soalan analisa ini sangat penting untuk
mengetahui sejauh mana kita mengenal diri sendiri, pengalaman, kemahiran,
kepakaran, minat dan matlamat dalam mencipta blog bisnes. Pendek kata, soalan
analisa ini bantu kita untuk lebih fokus kepada tajuk blog dan tahu hala tuju
kita dalam berblog.
4. Yuran Seumur Hidup
Yuran pendaftaran kelas sangatlah murah. Cuma
RM300 sahaja. Selepas selesai buat pembayaran dapat pula bonus 10 ebook.
5. Bonus Terkini
Saya dah daftar kelas, apa yang ABDR beri? Part ni yang seronok sebab apa? Seingat
saya, masa saya mula-mula mendaftar sebagai protege ABDR dengan pilihan pakej
kelas RM300, saya cuma berjaya menerima bonus 5 ebook sahaja berbanding protege
yang berdaftar hari ini akan menerima bonus 10 ebook. Best tak? Mahunya tak
best. Perbezaan 5 ebook itu anda jimat RM200 lebih tau. Jangan tunggu
lama-lama, segeralah berdaftar.
6. Kelas Secara Online
Kelas dijalankan secara online sahaja. Maknanya
setiap protege wajib ada talian internet, komputer/labtop dan telefon pintar.
Maksudnya macam mana tu? Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya
secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog. Protege akan
dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one-to-one (personal coaching) melalui
pm di facebook atau group kelas.
Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Sesetengah protege yang tiada FB boleh memilih kelas melalui wassap atau pun
telegram. Uhhmmm macam-macam pilihan bukan? Makin seronok tak dengar tentang
ABDR? Tungguuu... Ada lagi tau sebab kenapa saya memilih ABDR.
7. Jadual Kelas Fleksible
Sebut saja 'akademi'
mesti ramai yang beranggapan, akan terikat dengan jadual waktu. Jika itu
andaian anda, anda silap! Dalam akademi, kami tidak diberikan jadual kelas yang
tetap dan terikat. Malah sebagai protege, kitalah yang tentukan sendiri masa
dan waktu lapang yang sesuai untuk kita berada dalam kelas hatta 2 pagi sekali
pun.
8. Pautan Rakan ABDR
Dalam akademi setiap protege dimestikan untuk
meletakkan link blog rakan-rakan protege mahu pun alumni ABDR. Pautan ini akan
membantu sesama rakan-rakan ABDR untuk naikkan trafik blog masing-masing. Nak
tahu berkesankah tidak? Jom sertai saya di ABDR.
9. Kata Kunci Carian Google
Di dalam akademi, kami di ajar mendalami ilmu
carian 'kata kunci', agar setiap
tulisan dan perkongsian di dalam blog mudah dijejaki. Kata kunci ini banyak
membantu dalam menaikkan trafik blog seterusnya blog mudah dijejaki dalam
carian google. Contohnya, anda taip 'Suri Rumah Berpendapatan Sendiri', beberapa
entri mengenai 'Suri Rumah Berpendapatan Sendiri' akan
dipaparkan dalam senarai carian google. InsyaAllah salah satu carian itu pasti
anda akan jumpa blog saya. Tak percaya, cubalah kemudian makluman saya
keputusannya.
10. Tawaran Pengurus Online ABDR
Apabila sudah selesai tugasan yang diberikan, maka
jawatan sebagai Pengurus Online ditawarkan.
Sebut saja 'Pengurus Online ABDR',
saya rasa sangat bertuah kerana belum sempat siapkan tugasan penuh telah
ditawarkan jawatan ini. Walau pun pada ketika itu masih agak kabur tentang
maksud dan tugas PO-ABDR.
11. Buat Duit Dengan Blog
Pening kepala bila asyik memikirkan cara buat
duit dengan blog. Jangan risau ebook '101 Idea Home-Based Bisnes', sebagai panduan untuk kita buat duit dengan
blog. Contohnya gunakan kemahiran yang ada seperti menjahit, menyulam, memasak,
home-tuition, menulis dan sebagainya.
12. Mencipta Blog Berpengaruh
Bagaiman mencipta blog yang berpengaruh? Blog
yang simple;-
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau
bling-bling yang over
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
3. Entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
5. Blog yang menjadikan
pembaca ketagih datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi
rujukan khusus
7. Blog yang
berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8. Blog yang menjaga
tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini
dijaga
9. Blog yang boleh
dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya
menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
13. Sesi Soal Jawab Percuma
Kalau dah tamat kelas dan telah siapkan semua
tugasan yang diberikan tetapi masih mempunyai kemusykilan, kita masih boleh
berhubung terus dengan guru online. Sesi soal-jawab percuma. Ini adalah salah
satu ukhwah indah yang terjalin antara kami, guru dan protege serta rakan-rakan
akademi yang lain. Kami umpama satu keluarga besar. Juga seperti adik-beradik.
Walau jauh di mata namun dekat di hati.
14. Tugasan 44 Kata Kunci Pertama
Tugasan pertama selepas selesai analisa soalan
adalah '44 kata kunci'. Tugasan ini untuk
penjenamaan diri di blog. Apabila konsisten dalam menulis 44 kata kunci
pertama, maka dengan mudah blog kita di jejaki tidak kira walau di mana saja
pencari maklumat berada. Buktinya, pelajar yang berada di nega Korea, Filipin
sudah menyertai ABDR.
15. Nota Tutorial Mudah Difahami
Nota-nota dan tutorial yang diberikan juga
sangat mudah difahami. Sebahagiannya adalah nota bergambar. Bila mengalami
kesukaran dalam mencipta blog, kita hanya ikut step-step yang diberikan dan
insyaallah tugasan itu mudah diselesaikan.
16. Blogwalking
Apa
itu blogwalking? Ramai yang pandai menyebut blogwalking tapi tidak ramai yang
tahu manfaat dari blogwalking. Di ABDR kami sesama rakan protege dan alumni
saling berkunjugan blog dengan rakan-rakan yang lain dalam mengembangkan idea
sedia ada, mencari ilham baru di samping saling berkongsi pengalaman, motivasi
dan pengetahuan bisnes online. Dengan itu, minda kita tidaklah fokus kepada 1
perkara sahaja
17. Peluang Kerja Dari Rumah
Apabila
anda berdaftar dengan ABDR, anda membuka peluang yang tidak pernah anda
fikirkan. Lokasi tempat kerja adalah rumah anda sendiri dan anda boleh bekerja
secara fleksible. Masa kerja anda tentukan. Jika ada anak kecil atau ramai
anak, anda boleh bekerja sambil menjaga mereka. Jika tidak tahu urus masa,
ebook percuma 'Super
WAHM super Mom' yang diberikan sewaktu mula mendaftar sebagai
rujukan utama.
Adakah
Anda Mahu Menjadi Seperti Saya?
Panjang sungguh
saya berceloteh hari ini. Mungkin ramai di luar sana yang memandang rendah
kerjaya seorang surirumah. Hakikatnya, surirumah adalah satu kerjaya yang
sangat sibuk dan tidak mempunyai time off. Sejak bangun tidur sehingga masa
tidur, tetap bekerja. Jika anda mahu menjadi SURIRUMAH BERPENDAPATAN SENDIRI atau WAHM, hubungi saya.
InsyaAllah, saya akan tunjukkan caranya dan
anda perlu berusaha kuat demi mencapai impian anda.
Seronok apabila kita mampu
menghantar sendiri anak pergi
dan balik ke sekolah.
Seronok apabila buka mata, anak berada di sisi dan
saya tidak perlu angkat anak
yang masih tidur ke rumah
pengasuh.
Seronok apabila dapat
bergolek-golek dengan anak di
waktu siang hari
ketika orang lain sibuk bekerja
dari pejabat.
Jika anda ingin
menimba ilmu dalam dunia blogger, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan
penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej
inbox apabila sudah bersedia.
Daftarlah bila
sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan
harapan, semoga Allah permudahkan segala usaha kita bersama menjana ekonomi
ummah.
Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Apa tunggu lagi,
mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:
add
saya di facebook :
mohon
bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB
Page saya:
Jemput
singgah ke blog saya: