Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Setahun yang
lalu, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan kerjaya baru
sebagai wanita dan ibu yang bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah tidak
bermaksud seseorang itu boleh goyang kaki. Malah tugasnya lebih berat kerana
meliputi segala tanggungjawab sebagai seorang ibu, seorang surirumah dan
seorang yang bekerja. Mungkin ada yang menyangka wanita yang bekerja dari rumah
ini lebih mudah berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Sebenarnya setiap
satunya mempunyai kelebihan masing-masing.
Disini saya ingin
kongsikan panduan untuk wanita yang memilih untuk menjadi wanita yang berkerja
dari rumah atau nama glamour sebagai Work-At-Home-Mom (WAHM).
1. Sediakan Ruang Kerja Anda
Anda perlu
sediakan satu ruang kerja atau SOHO ( Small-Office-Home-Office) di
dalam rumah supaya kerja anda akan menjadi teratur. Kewujudan SOHO secara
tidak langsung akan memberikan anda perasaan yang anda masih perlu
bekerja walaupun di dalam rumah anda sendiri.
2. Jadual Kerja
Yang Fleksible
Jika sebelum ini
anda perlu hadir di pejabat untuk lebih kurang 8 jam, pastikan anda menyediakan
jadual kerja anda juga. Masa kerja adalah fleksible berdasarkan rutin
harian anda di rumah. Bagi yang masih mempunyai anak kecil seperti saya, pasti
sukar untuk anda fokus apabila anak anda sedang aktif.
Justeru, saranan
saya adalah untuk menggunakan masa tidur anak anda sebagai waktu kerja
anda. Oleh itu, tiada gangguan anak merenggek minta perhatian anda.
Bagi saya pula, susun
jadual kerja di awal petang lebih kurang jam 1-4 petang dan lewat untuk tidur malam lebih kurang jam 1-2
pagi. Di waktu-waktu ini saya akn menyiapkan kerja di SOHO.
Saya tidak
seperti ibu-ibu lain yang mempunyai masa menyiapkan kerja di SOHO seawal 4-5
pagi kerana waktu-waktu seumpama itu adalah waktu untuk persiapan anak sulung
ke sekolah. Sekitar jam 7-8 pagi pula anak ke dua akan bangun dan masa untuk
berada di SOHO akan terganggu. Apa pun alasannya, anda perlu bijak “mencuri” masa.
3. Disiplin &
Komitmen
Bila kita bekerja
sendiri, kita adalah BOSS dan kita juga adalah PEKERJA. Penting untuk anda
mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dengan jadual yang telah
anda tetapkan. Sentiasa fokus supaya anda tidak membuang masa sehingga kerja
anda terbengkalai. Duduk di rumah bukanlah tiket untuk anda bersenang-lenang
bergoyang kaki.
4. Kurangkan Masa
Senggang
Bekerja di rumah
menyebabkan anda mudah terpikat untuk melihat televisyen atau melayari internet
terutamanya mereka yang berniaga secara online. Kurangkan masa senggang anda
dan fokus. Untuk peniaga online, tutup FACEBOOK supaya anda dapat
menyiapkan kerja dengan cepat.
5.
Sediakan To-Do-List
Setiap hari, anda
perlu menyenaraikan tugasan yang perlu anda lakukan termasuk untuk
urusan membeli belah barangan dapur. Jika anda perlu memasak untuk keluarga,
masukkan di dalam senarai to-do-list anda.
Ambillah masa
dalam 30 minit untuk periksa jadual harian anda dan susun mengikut
keutamaan untuk to-do-list anda.
Itu adalah 5
panduan untuk wanita yang berkerja dari rumah yang dapat saya kongsikan. Secara
jujurnya, saya juga masih dalam fasa menyesuaikan diri kerana boleh
dikatakan “culture shock” apabila
bekerja dari rumah. Bezanya saya jadi kurang stress kerana tidak perlu lagi keluar seawal pagi dan balik ke
rumah ketika waktu hampir Isyak.
TIME FREEDOM sudah saya kecapi.
Kini, saya dalam proses ke arah FINANCIAL FREEDOM. Doakan impian saya akan tercapai
dalam masa terdekat. Saya YAKIN ianya
akan tercapai dan terima kasih kepada Shaklee dan ABDR untuk
peluang saya menjadi seorang surirumah yang berpendapatan sendiri. Malah
ianya akan lebih besar nilai daripada gaji terakhir saya di sebuah institusi
pendidikan swasta.
Adakah anda juga
ingin menjadi seperti saya? Di mana seorang isteri, ibu dan suri yang juga
bergaji. Jika anda ingin menikmati 'time freedom' seperti saya, boleh
sertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk
kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
Daftarlah bila
sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan
harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Apa tunggu lagi,
mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:
Nasriah
Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716
add
saya di facebook :
mohon
bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB
Page saya:
www.facebook.com/panduan.nutrisi.adhwa
Jemput
singgah ke blog saya:
http://panduannutrisiadhwa.blogspot.my
No comments:
Post a Comment