Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: -
Ekonomi negara
semakin menyeksakan dan memberi
tekanan hebat buat kita suri
rumah. Sudahlah tiada pendapatan tambahan belanja dapur pula semakin bertambah.
Duit belanja dari suami perlu digunakan secara berhemah agar cukup untuk
keperluan harian.
Justeru bagi suri
rumah yang baru nak bercadang berniaga, sebaiknya mulakan bisnes anda tanpa
modal. Bagaimana nak bermula?
Langkah pertama
yang perlu kita fikirkan adalah;
1. Kaji semula
perbelanjaan harian dan bulanan. Kurangkan perbelanjaan kepada barang yang
tidak berapa penting. Contohnya membeli almari baru, katil baru, tv baru dan
sebagainya.
2. Elakkan
membuat hutang baru, tetapi berusaha untuk menutup hutang lama.
3. Berusaha
mencari pendapatan sampingan tanpa modal.
Langkah kedua
adalah bertindak melaksanakan langkah pertama yang kita senaraikan tadi. Pada
pendapat saya ramai yang akan bertanya bagaimana nak bermula bagi poin ketiga
iaitu "berusaha mencari pendapatan
sampingan tanpa modal".
2
Cara Bagaiman Memulakan Bisnes Tanpa Modal
Di sini saya
kongsikan 2 cara bagaimana nak berniaga
tanpa modal.
Bisnes Dropship
Walaupun margin
keuntungan bisnes dropship tidaklah sebesar mana tetapi jika anda rajin
berusaha, dengan bisnes dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan tanpa
modal.
Apa yang penting
kenal pasti kemahiran dan minat diri. Contohnya tudung, kosmetik, vitamin,
buku-buku ilmiah dan sebagainya. Ini sangat penting agar anda mempunyai sedikit
'produk knowlegde' bagi membantu
untuk memasarkan produk tersebut.
Manfaatkan juga
medium pengiklanan secara percuma contohnya beriklan melalui facebook,
instagram, wassap, telegram, email, ataupun blog.
Bisnes produk
dropship ni senang saja. Anda cuma perlu iklankan produk berkenaan mengikut
kretiviti sendiri, jawab soalan propek dan ambil tempahan. Anda tak perlu
simpan stok. Kerja-kerja pengeposan pula akan dilakukan sendiri oleh pihak
pengedar. Mudah bukan?
Manfaatkan Kemahiran Diri
Dah ada suri yang
mula bingung? Bagaiman nak manfaatkan kemahiran diri? Ini lagi mudah nak buat.
Kenalpasti kemahiran diri, contohnya anda pandai dan mahir menjahit baju,
langsir dan tudung. Apa kata anda mula iklankan dan jual kemahiran anda dengan
mengambil tempahan menjahit.
Jika anda mahir
dalam bidang masakan. Anda boleh mengambil tempahan katering, sedia makanan
bungkus, mengambil tempahan kek, kuih-muih tradisional dan sebagainya.
Modal untuk jual
kemahiran diri hanyalah tenaga, keinginan dan minat sahaja. Betul tak?
Sebenarnya banyak
peluang untuk suri rumah mula berniaga di luar sana cuma kena bijak mengatur
langkah. Dari rumah sambil jaga anak juga masih boleh berbisnes tanpa keluarkan
sesen modal.
Anda hanya perlu
melaburkan modal sejumlah keinginan yang besar, impian yang besar dan semangat
yang kental serta jiwa yang sedia untuk menimba ilmu baru.
Moga perkongsian
kali ini memberikan anda sedikit inspirasi dan idea untuk mula berniaga tanpa
modal.
Nak bermula
bersama Akademi bekerja Di Rumah juga dialu-alukan. Boleh wassap/telegram atau
mesej inbox apabila sudah bersedia.
Daftarlah bila
sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan
harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Apa tunggu lagi,
mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:
Nasriah
Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716
add
saya di facebook :
mohon
bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB
Page saya:
Jemput
singgah ke blog saya:
No comments:
Post a Comment