Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Salam
penghulu segala hari. Hari Jumaat yang redup dan mendung pagi ni di bumi Sabah
terutama kawasan sekitar Kota Kinabalau.
Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat
dan lindungan Allah SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah
berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha
Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.
Berkaitan dengan
dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata "Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan,
dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar
dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya
maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha
Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000
kali setiap hari"
Berkata Imam
Ghazali lagi, "barangsiapa ketika
mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak
membaca; "Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu"
- Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha Hidup
dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon
bantuan"
Dua asma Allah
SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu
barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai
Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri)
sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha
Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:
1) Banyak wang
2) Didengar dan
ditaati segala perkataannya
3) Mendapat kasih
sayang daripada perempuan dan juga lelaki
4) Diberi
kekayaan
5) Mendapat
kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
6) Dijauhkan dari
bala dan bencana alam
7) Dijauhkan dari
penipuan, muslihat musuh dan lain2 yang sebangsa dengannya.
Beramal dengan
ikhlas dan mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT, mudah-mudahan dengan
keikhlasan kita itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan mendapat
fadhilat dan khasiat2 yang tersebut diatas. Amalkan lah apa yang terdaya, dan
latihlah agar ikhlas dalam beribadat.
No comments:
Post a Comment