Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: Nasriah
Abdullah
Ramai memandang
rendah terhadap peniaga kecil-kecilan. Mereka beranggapan bahawa yang mula
berniaga kecil-kecilan ini akibat desakan hidup dan terlalu miskin sedang
mereka belum mencuba dan merasai sendiri keseronokkan dalam dunia perniagaan.
Teringat sewaktu
mula berniaga bazaar setahun yang lalu. Seingat Rieya, 3 hari 3 malam sebelum
tiba hari bazaar suami tak henti-henti bertanya sama ada Rieya betul-betul yakin
dan nekad boleh buat seorang diri. Maklumlah sorang-sorang jaga booth dari pagi ke malam. Kalau nak
makan, nak ke toilet, layan customer ramai-ramai yang datang
serentak, mampu ke buat. Tambah pula pengalaman berbazaar, zero.
Bagi Rieya, kalau
tak bermula sekarang nak tunggu sampai bila? Kalau tak cuba sekarang sampai
bila nak cipta pengalaman berbazaar? So
Rieya pejam mata dan yakin boleh. Untung rugi semua belakang kira. Apa yang
penting adalah bermula dan cipta pengalaman baru walau beraksi solo mengatur
dan mengurus semua persiapan dan perjalanan di booth bazaar.
Alhamdulillah.
Allah beri Rieya peluang merasai susah payah berbazaar. Rieya bersyukur dan sangat seronok berniaga.
Dari satu bazaar ke satu bazaar Rieya sertai. Setiap bazaar, Rieya raih
pengalaman yang berbeza. Walaupun cuma 2
hingga 3 hari setiap bazaar yang dianjurkan tapi hasilnya lebih besar dari gaji
sehari sewaktu Rieya bekerja makan gaji. Biasalah adat orang berniaga. Ada
pahit dan ada manis. Ada untung dan rugi tapi Rieya dapat banyak pengalaman dan
pengajaran dari kerja-kerja ini.
Cabaran
Mulakan Bisnes
Rieya
bermula dengan kosong. Idea yang datang atas desakan hidup. Berpunca dari
hutang-hutang tertunggak. Kerja bertahun-tahun tapi simpanan tak pernah kekal
lama dalam bank. Setiap bulan duit belanja tak perna cukup. Bila tak cukup,
simpanan jadi mangsa. Duit tabung juga selalu jadi sasaran. Pelaburan saham
juga habis terpakai. Walau syiling juga digorek dalam tabung.
Empat
bulan pertama berhenti kerja terasa indah. Seronok tak terkata. Masa semua
dihabiskan dengan anak-anak di rumah. Penghujung bulan keempat tiba-tiba terasa
dihempap batu besar. Sana sini pegawai bank hubungi. Telefon dibiar berdering. Barang
kemas habis digadai untuk tutup sementara hutang yang ada. Dari situ baru
tersedar. Rieya perlukan pendapatan.
Mohon
kerja baru tidak pernah berhenti. Sana sini permohonan dilayangkan. Rezki
permohonan tak pernah putus cuma gaji yang ditawarkan kurang berkenan. Bukan
sebab berkira dan memilih kerja cuma membandingkan harga barang harian tidak
setimpal dengan gaji yang ditawarkan. GST sudah bermula. Untuk apa bekerja
makan gaji, jika duit gaji bulanan hanya habis diatas jalan sedang anak-anak di
rumah perlukan susu, pampers dan pelbagai belanja harian. Jumlah gaji hanya
mampu untuk menyara diri sendiri.
Bermula
dari situ timbulnya idea. Idea keluar dari kesusahan hidup. Rieya harus belajar
berniaga offline. Harus bermula dari kedai-kedai kecil. Namun perancangan
sedikit tersekat kerana ketiadaan modal untuk bermula. Sewa kedai, modal pusingan
semuanya kosong. Nak suarakan cadangan
dengan suami, mulut seperti dijahit. Kaku terkunci. Tak mampu nak luahkan
hasrat. Mungkin takut suami membantah. Tambah pula duit gaji suami hanya cukup
untuk tampung belanja harian. Itu pun banyak catuan dibuat. Langkah berniaga
offline ditangguhkan seketika.
Satu
sikap Rieya yang tak pernah putus asa. Walau sedikit kecewa, semangat dan
motivasi diri dikuatkan. Sentiasa bagi semangat untuk diri sendiri. Kalau orang
lain boleh buat, kenapa aku tidak? Kalau orang lain boleh berjaya, aku pun apa
kurangnya? Fizikal badan cukup sempurna. Tak ada yang kurang. So dari situ,
dalam diam Rieya kumpulkan duit hasil nafkah suami dan hasil jualan produk
Shaklee secara online. Perancangannya untuk dijadikan modal bisnes offline.
Namun duit yang dikumpul
dijadikan modal untuk belajar bina kedai online. Perancangan awal tadi sudah
tersasar. Tapi Rieya yakin dengan belajar berblog juga akan mendatangkan hasil.
Berkawan Dengan 'Uncle Google'
Di awal tahun 2015, Rieya rajin
berkawan dengan 'uncle google'.
Pelbagai tips dicadangankan memulakan bisnes dari rumah. Tutorial bina blog
juga ada. Pelbagai maklumat akademi dan upah bina blog Rieya temui.
Pada mulanya, Rieya cuba
belajar sendiri ikut tutorial daripada beberapa entri di blog blogger. Berjaya
cipta blog sendiri tetapi bila tahap penggunaan gadget 'java script', Rieya mati kutu. Tak tahu nak buat apa. Tak faham
apa itu 'java script'. Rieya cuba
berlagak peramah hubungi blogger berkenaan. Konon nak minta tunjuk ajar
percuma. Maklumlah nak jimatkan duit yang ada. Blogger berkenaan juga menyapa
dengan mesra. Cuma yang tak seronoknya, beliau meminta untuk baca satu persatu
langkah yang diberikan dalam entri beliau. Ikut saja, tambahnya. Rieya
binggung! Dah ikut semua langkah demi langkah tapi apa maksud 'java script'?
Ada pula yang meminta upah
RM400 untuk sempurnakan satu blog. Itu cuma blog yang asas sahaja. Jika nak
blog premium, upahnya sudah mencecah RM600 keatas. Dalam hati, mak ai mahal
nya. Takkan aku nak labur RM400 ni? Lepas blog tu siap aku nak buat apa? Kalau
ada tak faham, siapa nak tunjuk ajar? Nak ke orang tu ajarkan nanti? Suara hati
Rieya berbisik. Memandangkan rasa berat hati nak bayar upah semahal tu. Ya
cukup mahal bagi Rieya yang tidak punya hasil pendapatan sendiri. Duit belanja semua
mengharapkan suami.
Doa tak pernah putus agar
ditemukan dengan mentor blog yang sanggup memberi tunjuk ajar. Allah maha mendengar segala isi hati hambanya. Di
awal Februari 2015 Rieya di pertemukan dengan Puan Anys Idayu Zakaria, blogger
dan juga guru online di Akademi Bekerja Di Rumah melalui blog dan fesbuk.
Rieya follow blog dan fesbuk Cikgu Anys. Banyak kata-kata positif dan
semangat untuk Rieya. Sebulan rasanya asik skodeng fesbuk Cikgu Anys. Hari-hari
terjah blog Cikgu Anys. Di awal Mac 2015, Rieya beranikan diri menyapa dan mohon
tunjuk ajar dengan Cikgu Anys. Bermula dari situ, Rieya semakin nekad nak
berguru.
Alhamdulillah, bermula Jun 2016
Rieya berdaftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Bermulalah kisah Rieya nak jadi
blogger dan buat bisnes online melalui medium pemasaran blog.
Terjebak Dengan Dunia Bazaar
Tiga bulan fokus belajar blog
dan cara menarik minat pembaca untuk dijadikan pelanggan. Alhamdulillah, tiga
minggu pertama belajar blog di Akademi Bekerja Di Rumah sudah berhasil walau
pun ketika itu baru siap menyelesaikan tugasan entri ke-33 (minggu ke 3
berblog). Pendapatan pertama melalui blog RM150. Bagi kalian yang sudah biasa,
itu mungkin kecil tapi bagi Rieya jumlah itu dikira besar.
Dengan bermodal seratus
lima puluh ringgit (RM150) hasil upah buat fesbuk page, Rieya beranikan diri
memulakan usaha. Mujur sewa lot bazaar
anjuran organizer Sabah Preloved Item (SPI) ketika itu sangat murah. Cuma RM150
untuk bazaar niaga selama tiga hari. Bagi Rieya yang tidak cukup modal ni sebenarnya
rasa besar juga jumlah sewa RM150 tu. Apa yang menariknya bazaar ni, meja
kerusi dan alas meja semua disediakan. Peniaga cuma perlu bawa barangan jualan
sahaja. Setup booth jualan seawal
8.00 pagi dan siap untuk berjual beli pada 10.00 pagi.
Hari pertama
bazaar, sambutan agak mengecewakan. Hasil jualan cuma dua puluh lima ringgit
(RM25) sahaja yang dibawa pulang. Modal sewa sehari juga tidak lepas. Belanja
makan minum dan tenaga apatah lagi.
Pulang dengan
sedikit rasa kecewa. Tapi mulut tak henti berdoa moga jualan esok hari esok membuahkan
hasil. Otak ligat berfikir. Macam mana aku nak tarik perhatian pelanggan datang
membeli?
Tiba-tiba
terfikir dengan cadangan makcik tukang sapu. Dia mencadangkan agar jual makanan
seperti sarapan pagi dan makanan tengah hari untuk pekerja di sana. Ini kerana
tidak ada satu food court di dalam
mall berkenaan kecuali restoran westen
food yang agak mahal.
"Biasalah
tekak orang kampung mana biasa disumbat dengan makanan orang putih. Mahal pula
tu", tambahnya lagi. Dengan cadangan itu, terfikir untuk mencuba jual kueh
teow kerang untuk sarapan pagi. Makanan kegemaran anak dan suami. Makan tengah
hari pula nasi campur. Satu lauk dan satu sayur cukup la.
Hasil jualan RM25
dihari pertama bazaar dijadikan modal untuk bazaar hari kedua. Cukup-cukup
untuk membeli bahan mentah seperti kueh teow dua bungkus, kerang dalam tin 2,
paha ayam 1 kilo, setengah kilo hati ayam dan sayur kacang panjang 2 ikat.
Bahan-bahan lain Rieya guna apa sahaja yang ada di dapur.
Sasaran pelanggan
Rieya ialah pelajar sekolah untuk produk kesihatan Shaklee. Jualan sarapan dan
makan tengah hari pula Rieya sasarkan di kalangan pekerja-pekerja dalam mall
berkenaan dan juga rakan-rakan peniaga yang lain. Alhamdulillah matlamat Rieya
tercapai. Pertama, Rieya dapat bekalkan sarapan pagi dan makan tengah hari kat
diorang dan kedua diorang pula tambah ekonomi Rieya.
Awal-awal pagi
Rieya bangun masak kueh teow, lauk dan nasi. Bungkus siap-siap dan sedia untuk
dibawa ke booth jualan. Pada mulanya rasa khuatir juga memikirkan sedap ke
hasil air tangan aku? Boleh diterima ke anak tekak pelangan yang membeli? Boleh
habis terjual ke tidak makanan ni? Sepanjang waktu menyediakan makanan, doa tak
pernah putus dalam hati. Semoga diberi
keberkatan atas usaha yang tak seberapa. Doa semoga semua jualan makanan yang
Rieya masak menjadi rezeki yang halal dan baik untuk semua pelanggan yang
membeli. Begitu juga dengan produk Shaklee. Doa semoga ada juga sebotol dua
yang terjual.
Hari kedua bazaar
merupakan hari raptai bagi acara sambutan hari kemerdekaan pada tahun itu
(2015). Alhamdulillah. Lega rasa hati. Jam 1.00 petang semua jualan makanan
untuk sarapan pagi dan makan tengah hari habis terjual. Alhamdulillah. Semua
habis. Yang tinggal cuma minuman kesihatan Shaklee yang siap dibancuh. Petang
ke malam, hingga berakhirnya bazaar hari kedua Rieya cuma fokus promosi produk
Shaklee sahaja. Modal sewa juga lepas. Dapat jugalah cover untuk sewa hari pertama. Hari kedua pulang dengan satu
semangat baru. Rasa seronok berbazaar mula dirasai.
Esok adalah
kemuncak sambutan hari kemerdekaan. Seawal 5.00 pagi, para peserta acara
perbarisan sudah bersiap sedia. Sudah tentulah mereka tidak sempat sarapan di
rumah. Dengan itu, idea menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari sekali
lagi untuk mereka.
Kali ni Rieya
masak lebih sikit. Jangkaan ramai pelanggan yang akan datang. Rasa letih
semalam masih ada. Tapi memikirkan matlamat pulangan modal RM150 sewa bazaar,
Rieya gagahkan diri memasak untuk hari terakhir bazaar. Hari ini Rieya masak
telur sambal, ayam masak merah, daging kicap, sambal terung kicap, kacang
panjang campur hati ayam. Kuih pula Rieya tempah 'tausa piang' enam puluh sen
sebiji. Rieya jual seringgit sebiji. Dapatlah untung empat puluh sen setiap
biji 'tausa piang' yang terjual. Sambil mencari pendapatan sendiri, Rieya
sempat juga beri pendapatan pada orang lain. Betul tak?
Alhamdulillah. Jualan
hari ketiga bazaar juga habis terjual. Jam 3.00 petang Rieya cuma fokus jual
produk Shaklee. Ada beberapa pelanggan 2-3 kali datang membeli lauk yang sama
iaitu telur sambal. Sedap katanya. Siap minta resepi. Lega rasa hati bila
pelanggan suka dengan masakan Rieya. Kueh Teow Kerang juga mendapatan sambutan
yang agak memberangsangkan. Sempat masak tiga bungkus. Ramai yang kecewa tak
sempat rasa.
Tambah Kenalan Baru
Hari ketiga
berbazaar ditemani mak dan suami. Anak-anak juga Rieya bawa sekali memandangkan
ada acara mewarna untuk kanak-kanak. Rieya menjaga booth jualan ditemani mak.
Suami pula melayan anak-anak bermain dan menyertai pertandingan mewarna. Walau
pun tak menang apa-apa hadiah tapi mereka seronok. Dapat pula bergambar bersama
maskot Olaf. Trend kartun frozen kegilaan ramai kanak-kanak.
Sesekali mak
membantu menjaga booth jualan dan ketika pelanggan tidak ramai Rieya mengambil
kesempatan meronda semua booth-booth jualan yang ada. Berkenalan dengan semua
peniaga yang turut serta dalam bazaar tersebut sambil mengedar flyers Shaklee. Di samping dapat
menambah kenalan baru, dapat juga berguru dengan otai-otai bazaar.
Aku Penjual, Aku Pembeli
Sewaktu
berbazaar, Rieya letakkan harga semurah mungkin. Dapat untung sikit cukuplah.
Sekurang-kurangnya sambutan meriah. Jualan juga habis. Untuk bazaar kemudian
hari pelanggan sudah kenal. Harga murah, rasa sedap. InsyaAllah.
Rieya juga
letakkan diri sebagai pembeli. Suka membeli barangan dengan harga murah tapi
berkualiti. Jika makanan, sudah tentunya nak yang sedap dan berbaloi dengan
harga yang ditetapkan. Jadi begitu juga yang Rieya buat ketika berniaga. Cuba
sedaya upaya menyediakan makanan yang bersih, rasa yang sedap dan berbaloi
dengan harga.
Tipulah kalau tak
ada rasa nak letak harga tinggi sikit. Nak dapat untung lebih. Rasa tamak dalam
hati tu ada. Tapi Rieya belajar dari pengalaman sebagai pembeli. Biar untung
sikit tapi pelangan sentiasa ada dan tidak pernah putus. Nak berniaga bukan
sehari dua tapi kalau boleh biarlah anak cucu jadi pewaris hasil titik peluh
Rieya.
Bak kata peniaga
veteren, biar bermula dengan sedikit dan lambat, asalkan kukuh dan bertahan
lama. Walau pun sikit asalkan berkat. Barulah rezeki datang melimpah.
Kikis Sifat Boros
Sepanjang
berbazar, Rieya dapat mengikis sifat boros. Sebenarnya Rieya taklah boros
sangat pun. Cuma sewaktu bekerja makan gaji dahulu, kalau berkenan dengan
sesuatu barang tu dah sah confirm nak
beli. Lebih-lebih lagi supermarket bersebelahan je dengan office. Bila-bila masa ada jualan murah pasti ada saja di bawa
pulang. Mak pun selalu membebel bila ada saja Rieya kirim untuk mak dan
adik-adik. Lebih baik simpan duit tu di bank katanya. Susah nanti ada juga
boleh diguna. Betul kata mak.
Alhamdulillah.
Semenjak berbazaar ni dapat juga mengekang sikap boros. Tak beli lagi beli
barang-barang yang tidak berapa penting. Barulah sedar mengumpul duit itu lagi
bagus daripada membuang duit! Hahaha... dalam hati padan muka! Siapa suruh tak
dengar cakap mak.
Pesta Buah
Bazaar niaga
kedua yang Rieya sertai adalah anjuran dari Jabatan Pertanian pada September
2015. Bazaar kali ni Rieya dengan kenalan baru. Tak tahu dari mana datangnya chemistry kami berlima. Sepakat
berkongsi modal satu ratus (RM100) seorang.
Pesta buah
berlangsung selama dua minggu. Barang jualan haruslah berdasarkan buah. Kami
memilih menjual 'pisang cheese' yang di masak di tapak jualan. Panas-panas
sudah tentu pelanggan suka. Jenis jualan tidak banyak. Cuma 'pisang cheese'
(jualan utama), rojak buah dan beberapa jenis minuman seperti jus mangga, jus
oren dan air bandung laici.
Membeli bahan
mentah, memotong, menggoreng, melayan pelanggan kami lakukan bersama. Sama-sama
memberi komitmen.
Pesta buah
berlangsung selama dua minggu dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Tapi gerai
jualan, kami buka bermula 4.00 petang hingga 10.00 malam. Jika jualan habis
awal, kami tutup 8.00 malam.
Sasaran jualan kami,
tertumpu pada pelancong asing yang menyewa hotel berhampiran bazaar pesta buah.
Alhamdulillah. Sambutan sangat luar janggaan. Adakalanya tak menang tangan kami
berlima dibuatnya. Pelanggan terpaksa beratur panjang menunggu giliran.
Pendapatan bersih
sepanjang dua minggu berbazaar lebih kurang 2k selepas ditolak semua segala kos
perbelanjaan yang ada. Berniaga cuma 4-5 jam sehari berhasil dengan 2k.
Alhamdulillah.
Hasilkan Produk Sendiri
Sepanjang setahun
terjebak dengan dunia bazaar di hujung minggu, sudah dua jenis makanan Rieya
cipta sendiri. Yang pertama adalah Roti Goreng Adhwa. Ini adalah cadangan dari
suami. Rieya mencuba dan dia merasa. Bila suami kata sedap dan boleh jual,
Rieya usahakan. Alhamdulillah. Pertama kali Rieya jual di bazaar bertemakan
'Hallowen', 40 biji terjual di hari pertama. Percubaan pertama mendapat
sambutan luar jangkaan.
Pernah juga Rieya
bawa menu ini ke pejabat MARA untuk dipasarkan. Banyak pula prosidurnya.
Maklumlah, namanya juga makanan. Sudah tentu banyak pihak terlibat seperti
JAKIM untuk sahkan halal haramnya bahan mentah yang digunakan, MARDI dan
sebagainya.
Label dan
pembungkusan juga diambil kira. Semuanya memerlukan modal yang besar. Oleh itu,
Rieya putuskan hanya jual di bazaar-bazaar kecil sahaja terlebih dahulu. Bila
modal sudah mencukupi barulah pasarkan di luar kawasan Kota Kinabalu.
Tempahan Pelanggan
Produk kedua
Rieya cuba adalah 'Popia Kacang'. Maklumlah, anak-beranak penggemar 'Batang
Buruk'. Idea ini muncul di minggu kedua Ramadhan. Sebenarnya kulit popia yang
ada tu nak guna untuk buat Roti Goreng Adhwa tapi selalu berbazaar dalam 'shopping mall' yang tidak membenarkan
proses masak memasak. Oleh itu, Rieya cuba ubah suai 'Batang Buruk' menjadi Popia Kacang by Adhwa Cookies.
Untuk permulaan
Rieya buat Popia Kacang hanya 15 balang kecik dan 2 balang besar. Bagi balang
kecil Rieya cuba jual RM18 untuk 45-50 biji. Bagi balang besar pula RM36 untuk
95-110 biji.
Ada juga yang
bertanya kenapa kuantiti setiap balang tak sama? Maklum sajalah, tangan dua
kerat ni saja yang buat. Adakalanya gulungan kulit popia tu tidak sekata. Ada
pula kecil sedikit. Rieya cuma penuhkan balang yang ada. Bila saiz popia kecik,
maka lebihlah kuantitinya. Jika saiznya semua besar, maka kuranglah kuantitinya.
tapi yang penting, inti popia itu sendiri penuh dengan kacang panggang!
Tanpa sedar
sepanjang dua minggu berbazaar dipenghujung Ramadhan, Rieya sempat jual hampir
150 balang Popia Kacang by Adhwa Cookies.
Sambutan bukan saja dikalangan penduduk sekitar Kota Kinabalu. Ada juga datang
dari negara Brunei yang datang beraya di Kota Kinabalu. Pelancong dari Korea,
Taiwan, Cina, Hongkong, Thailand juga ada membeli. Luar kawasan Kota Kinabalu
juga ada seperti Sandakan, Semporna Tawau dan Kota Belud. Jangan tak tau, Popia Kacang by Adhwa Cookies sempat
terbang hingga ke Shah Alam.
Ada juga
dikalangan rakan-rakan berbangsa cina sempat tempah 4 hingga 6 balang untuk
kudapan di pejabat. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.
Mencari Jawatan Kosong
Hari demi hari
beralu. Tanpa Rieya sedar, sudah satu tahun satu bulan tiga belas hari pada
hari ini (13.10.2016) hidup dengan aktiviti bazaar di hujung minggu dan
hari-hari perayaan.
Pernah terbaca
perkongsian seorang blogger bahawa berniaga adalah jawatan kosong yang tidak
pernah penuh. Jawatan kosong yang sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja tanpa
mengenal usia.
Kita boleh jual
apa sahaja produk dan perkhidmatan yang disukai. Mahu bermula dengan modal kecil
mahu pun modal besar. Bermula tanpa modal juga ada. Apa yang perlu adalah minat
dan keinginkan untuk bermula. Tapi diingatkan, jangan bermula dengan pinjaman.
Itu menempah maut namanya. keuntungan belum terjamin sudah berani menempah
hutang. Bila perniagaan gagal siapa yang nak tolong bayar hutang?
Bila difikirkan
semula, berniaga ini sebenarnya sangat mudah. Bermula tanpa modal juga boleh.
Bermula dengan modal yang paling minima juga boleh. Apa yang penting usaha dan
tawakkal kepada yang maha Esa. Kita hanya merancang dan Dia sebaik-baik penentu
segalanya.
Anda sedang mencari syarikat pinjaman kewangan sebenar untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 10,000 euro kepada 10,000,000 euro (untuk pinjaman komersial atau perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman modal teroka, pinjaman kesihatan dan sebagainya. ))
ReplyDeleteAtau adakah dia menafikan pinjaman dari bank atau institusi kewangan untuk sebarang sebab?
Memohon sekarang dan dapatkan pinjaman kewangan sebenar. Diproses dan diluluskan dalam 3 hari.
TANDATANGAN KEWANGAN PACIFIC Kami adalah pemberi pinjaman pinjaman antarabangsa yang menyediakan pinjaman kewangan sebenar kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad identiti yang sah atau pasport antarabangsa negara anda untuk pengesahan.
Pembayaran balik pinjaman bermula pada 1 (satu) tahun selepas pinjaman diterima dan tempoh bayaran balik adalah 3 hingga 35 tahun.
Untuk makluman segera dan memproses permohonan anda untuk sempadan dalam masa 2 hari perniagaan
Hubungi kami terus melalui mel ini: pacificfinancialloanfirm@gmail.com
Hubungi kami dengan maklumat berikut:
Nama penuh: ____________________________
Jumlah wang yang diperlukan sebagai pinjaman: ________________
Terma kredit: _________________________
Tujuan pinjaman: ______________________
Hari Lahir: ___________________________
Jantina: _______________________________
Status Perkahwinan: __________________________
Alamat: _______________________
City / ZIP Code: __________________________
Negara: _______________________________
Pendudukan: ____________________________
Telefon bimbit: __________________________
Hantar permintaan anda untuk tindak balas segera ke: pacificfinancialloanfirm@gmail.com
terima kasih
Ketua Pegawai Eksekutif Puan Victoria Johnson