Thursday, 28 July 2016

Kata Kunci #5: Work At Home Mom (WAHM)



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Setahun yang lalu, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan kerjaya baru sebagai wanita dan ibu yang bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah tidak bermaksud seseorang itu boleh goyang kaki. Malah tugasnya lebih berat kerana meliputi segala tanggungjawab sebagai seorang ibu, seorang surirumah dan seorang yang bekerja. Mungkin ada yang menyangka wanita yang bekerja dari rumah ini lebih mudah berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Sebenarnya setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing.

Disini saya ingin kongsikan panduan untuk wanita yang memilih untuk menjadi wanita yang berkerja dari rumah atau nama glamour sebagai Work-At-Home-Mom (WAHM).

1. Sediakan Ruang Kerja Anda
Anda perlu sediakan satu ruang kerja atau SOHO ( Small-Office-Home-Office) di dalam rumah supaya kerja anda akan menjadi teratur. Kewujudan SOHO secara tidak langsung akan memberikan anda perasaan yang anda masih perlu bekerja walaupun di dalam rumah anda sendiri.

2. Jadual Kerja Yang Fleksible
Jika sebelum ini anda perlu hadir di pejabat untuk lebih kurang 8 jam, pastikan anda menyediakan jadual kerja anda juga. Masa kerja adalah fleksible berdasarkan rutin harian anda di rumah. Bagi yang masih mempunyai anak kecil seperti saya, pasti sukar untuk anda fokus apabila anak anda sedang aktif.

Justeru, saranan saya adalah untuk menggunakan masa tidur anak anda sebagai waktu kerja anda.  Oleh itu, tiada gangguan anak merenggek minta perhatian anda.

Bagi saya pula, susun jadual kerja di awal petang lebih kurang jam 1-4 petang dan  lewat untuk tidur malam lebih kurang jam 1-2 pagi. Di waktu-waktu ini saya akn menyiapkan kerja di SOHO.

Saya tidak seperti ibu-ibu lain yang mempunyai masa menyiapkan kerja di SOHO seawal 4-5 pagi kerana waktu-waktu seumpama itu adalah waktu untuk persiapan anak sulung ke sekolah. Sekitar jam 7-8 pagi pula anak ke dua akan bangun dan masa untuk berada di SOHO akan terganggu. Apa pun alasannya, anda perlu bijak “mencuri” masa.

3. Disiplin & Komitmen
Bila kita bekerja sendiri, kita adalah BOSS dan kita juga adalah PEKERJA. Penting untuk anda mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dengan jadual yang telah anda tetapkan. Sentiasa fokus supaya anda tidak membuang masa sehingga kerja anda terbengkalai. Duduk di rumah bukanlah tiket untuk anda bersenang-lenang bergoyang kaki.

4. Kurangkan Masa Senggang
Bekerja di rumah menyebabkan anda mudah terpikat untuk melihat televisyen atau melayari internet terutamanya mereka yang berniaga secara online. Kurangkan masa senggang anda dan fokus. Untuk peniaga online, tutup FACEBOOK supaya anda dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5. Sediakan To-Do-List
Setiap hari, anda perlu menyenaraikan tugasan yang perlu anda lakukan termasuk untuk urusan membeli belah barangan dapur. Jika anda perlu memasak untuk keluarga, masukkan di dalam senarai to-do-list anda.

Ambillah masa dalam 30 minit untuk periksa jadual harian anda dan susun mengikut keutamaan untuk to-do-list anda.

Itu adalah 5 panduan untuk wanita yang berkerja dari rumah yang dapat saya kongsikan. Secara jujurnya, saya juga masih dalam fasa menyesuaikan diri kerana boleh dikatakan “culture shock” apabila bekerja dari rumah. Bezanya saya jadi kurang stress kerana tidak perlu lagi keluar seawal pagi dan balik ke rumah ketika waktu hampir Isyak. 

TIME FREEDOM sudah saya kecapi. Kini, saya dalam proses ke arah FINANCIAL FREEDOM. Doakan impian saya akan tercapai dalam masa terdekat. Saya YAKIN ianya akan tercapai dan terima kasih kepada Shaklee dan ABDR untuk peluang saya menjadi seorang surirumah yang berpendapatan sendiri. Malah ianya akan lebih besar nilai daripada gaji terakhir saya di sebuah institusi pendidikan swasta.

Adakah anda juga ingin menjadi seperti saya? Di mana seorang isteri, ibu dan suri yang juga bergaji. Jika anda ingin menikmati 'time freedom' seperti saya, boleh sertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:
www.facebook.com/panduan.nutrisi.adhwa

Jemput singgah ke blog saya:

http://panduannutrisiadhwa.blogspot.my

Kata Kunci #7: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Modal?



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Ekonomi negara semakin menyeksakan dan memberi  tekanan  hebat buat kita suri rumah. Sudahlah tiada pendapatan tambahan belanja dapur pula semakin bertambah. Duit belanja dari suami perlu digunakan secara berhemah agar cukup untuk keperluan harian.

Justeru bagi suri rumah yang baru nak bercadang berniaga, sebaiknya mulakan bisnes anda tanpa modal. Bagaimana nak bermula?

Langkah pertama yang perlu kita fikirkan adalah;

1. Kaji semula perbelanjaan harian dan bulanan. Kurangkan perbelanjaan kepada barang yang tidak berapa penting. Contohnya membeli almari baru, katil baru, tv baru dan sebagainya.

2. Elakkan membuat hutang baru, tetapi berusaha untuk menutup hutang lama.

3. Berusaha mencari pendapatan sampingan tanpa modal.


Langkah kedua adalah bertindak melaksanakan langkah pertama yang kita senaraikan tadi. Pada pendapat saya ramai yang akan bertanya bagaimana nak bermula bagi poin ketiga iaitu "berusaha mencari pendapatan sampingan tanpa modal".


2 Cara Bagaiman Memulakan Bisnes Tanpa Modal

Di sini saya kongsikan 2 cara bagaimana nak berniaga tanpa modal.

Bisnes Dropship

Walaupun margin keuntungan bisnes dropship tidaklah sebesar mana tetapi jika anda rajin berusaha, dengan bisnes dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan tanpa modal.

Apa yang penting kenal pasti kemahiran dan minat diri. Contohnya tudung, kosmetik, vitamin, buku-buku ilmiah dan sebagainya. Ini sangat penting agar anda mempunyai sedikit 'produk knowlegde' bagi membantu untuk memasarkan produk tersebut.

Manfaatkan juga medium pengiklanan secara percuma contohnya beriklan melalui facebook, instagram, wassap, telegram, email, ataupun blog.

Bisnes produk dropship ni senang saja. Anda cuma perlu iklankan produk berkenaan mengikut kretiviti sendiri, jawab soalan propek dan ambil tempahan. Anda tak perlu simpan stok. Kerja-kerja pengeposan pula akan dilakukan sendiri oleh pihak pengedar. Mudah bukan?


Manfaatkan Kemahiran Diri

Dah ada suri yang mula bingung? Bagaiman nak manfaatkan kemahiran diri? Ini lagi mudah nak buat. Kenalpasti kemahiran diri, contohnya anda pandai dan mahir menjahit baju, langsir dan tudung. Apa kata anda mula iklankan dan jual kemahiran anda dengan mengambil tempahan menjahit.

Jika anda mahir dalam bidang masakan. Anda boleh mengambil tempahan katering, sedia makanan bungkus, mengambil tempahan kek, kuih-muih tradisional dan sebagainya.

Modal untuk jual kemahiran diri hanyalah tenaga, keinginan dan minat sahaja. Betul tak?

Sebenarnya banyak peluang untuk suri rumah mula berniaga di luar sana cuma kena bijak mengatur langkah. Dari rumah sambil jaga anak juga masih boleh berbisnes tanpa keluarkan sesen modal.

Anda hanya perlu melaburkan modal sejumlah keinginan yang besar, impian yang besar dan semangat yang kental serta jiwa yang sedia untuk menimba ilmu baru.

Moga perkongsian kali ini memberikan anda sedikit inspirasi dan idea untuk mula berniaga tanpa modal.

Nak bermula bersama Akademi bekerja Di Rumah juga dialu-alukan. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:




Wednesday, 27 July 2016

Kata Kunci #4: Carian Google



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Taip saja "pilihan popular di abdr". Pastinya anda akan temui beberapa entri popular pilihan "uncle google". Dan yang best nya, salah satu entri yang ku tulis ketika itu menjadi "TOP 5" di mata "uncle google" hari ini. Tarikh keramat entri itu di tulis pada 3 Ogos 2015 iaitu entri yang ke-38.

Alhamdulillah. Tidak sia-sia pelaburan yang sedikit bersama keluarga besar ADBR. Kini telah ku nikmati hasilnya.





Nak tahu lebih lanjut apa cerita disebalik entri itu? Boleh klik link ini ya

http://nasriahabdullah.blogspot.my/2015/08/2-pakej-kelas-abdr-utama-yang-popular.html?m=1


Saturday, 13 February 2016

Sukses Bukan Mimpi

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Buku: Sukses Bukan Mimpu, Shah Othman


Kalau kita takut dilambung ombak, 
Jangan berumah di tepi pantai. 
Kalau kita takut berubah, 
Jangan bermimpikan kejayaan.


"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu".

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

"Ya Allah permudahkanlah dan lancarkanlah segala urusan ku, urusan suamiku, urusan teman-teman ku dan urusan semua umat di muka bumi ini, Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin.."

Nak tahu cerita dari buku "Sukses Bukan Mimpi"? Boleh hubungi saya segera untuk miliki koleksi ini...

Ayuh dapatkan senaskah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan dinukilankan dari hati khas untuk semua pembacanya.


Dapatkan Buku SUKSES BUKAN MIMPI
Hanya RM26 senaskah Semenanjung dan RM29 Sabah & Sarawak
Boleh PM saya Nasriah Abdullah untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan





Friday, 12 February 2016

Terkenal Di Langit


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Buku: Terkenal Di Langit, Khairul Hakimin Muhammad


"Hari ini pakcik jumpa kamu, itu semua kerja Tuhan. Tuhan hantar kamu untuk jumpa pakcik, suap makanan ke mulut pakcik, beri pakcik air, beri baju, kain pelikat, semua kerja Tuhan. Masa pakcik kuat kerja dulu, pakcik mencari duit untuk makan, sekarang masa pakcik tidur pun kamu kejutkan pakcik suruh makan, itu bukan kerja Tuhan namanya?"

"Ya pakcik..". "Pakcik mahu terkenal di langit.." Beliau menyambung dengan suara yang semakin perlahan. Saya hanya diamkan diri dan terus menyuapnya.

Ini himpunan kisah seorang manusia yang matanya memandang setiap susuk yang bakal muncul di hadapannya sebagai si "malaikat" yang membantunya menambahkan pahala atau si "syaitan" yang membuatkannya menambahkan dosa.

Ada sesuatu yang kita akan belajar daripadanya. "Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah jalan-jalan ke syurga atau lauan-laluan ke neraka. "Mimpi kita mungkin sama. Mahu nama kita TERKENAL DI LANGIT.


Macam mana tu? Nak tahu cerita selanjutnya dari buku "Terkenal Di Langit"? Boleh hubungi saya segera untuk miliki koleksi ini...

Ayuh dapatkan senaskhah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan dinukilankan dari hati khas untuk semua pembacanya.


Dapatkan Buku TERKENAL DI LANGIT
Hanya RM30 senaskah Semenanjung dan RM33 Sabah & Sarawak
Boleh PM saya Nasriah Abdullah untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan



Thursday, 11 February 2016

Jimat Dari Dapur



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Buku: Jimat Dari Dapur, Izham Alias & Ashraf Shuib



Siapa suka berkebun?

Siapa pernah tanam pokok tapi pokok asyik mati?

Siapa yang pokoknya seperti 'hidup segan, mati tak mahu'?

Senang cakap, siapa ada masalah dengan pokok-pokok yang ditanamnya?


Tuan Izham Alias dan Tuan Ashraf Shuib sudi untuk sama-sama bergabung tenaga dan menuli buku ini, JIMAT DARI DAPUR


Siapa mereka?

Tuan Izham Alias adalah PENGASAS GRUP KEBUN BANDAR, JOM TANAM SENDIRI yang keahliannya pada waktu ini mencecah 120,000 orang ahli yang aktif.

Tuan Ashraf Shuib pula adalah PENGARAH di ABI AGRO.

Lebih best, mereka bukan saja membantu menyelesaikan masalah penanaman kita, tetapi juga membantu kita MENJIMATKAN KOS DAPUR.

Macam mana tu? Nak tahu cerita selanjutnya dari buku "Jimat Dari Dapur"? Boleh hubungi saya segera untuk miliki koleksi ini...

Ayuh dapatkan senaskhah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan dinukilankan dari hati khas untuk semua pembacanya.


Dapatkan Buku JIMAT DARI DAPUR
Hanya RM35 senaskah Semenanjung dan RM38 Sabah & Sarawak
Boleh PM saya Nasriah Abdullah untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan




Wednesday, 10 February 2016

Jimat Dari Dapur


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Buku: Jimat Dari Dapur, Izham Alias & Ashraf Shuib


Seorang ibu mengemas rumah dan membaca isu-isu terbaru mengenai kenaikan harga makanan dan kesannya kepada kos isi dapur. Dia termenung. Hampir separuh perbelanjaan rumah berkait dengan perbelanjaan dapur. Bagaimanakah dia yang duduk di rumah mampu mengurangkan beban suaminya yang bekerja?

Petang itu, dia berbual dengan jiran di sebelah rumah yang baru pulang dari pejabat. Kisahnya sama. Mereka samasama berbincang bagaimana menjimatkan perbelanjaan dapur. Kemudian jiran itu bercerita mengenai keselamatan yang mereka makan selama ini. Kebanyakan sayur dan buah yang dibeli di pasar disembur dengan racun. Antara kesan jangka pangjangn bagi yang memakan makanan tersebut ialah potensi penyakit kronik menghinggap seperti kanser. Lama mereka berbincang.

Kemudian seorang jiran di hujung barisan rumah yang baru pulang dari pejabat melintasi mereka. Melihat suasana rancak perbincangan mereka, dia pun turut serta. Selepas mendengar masalahmasalah tersebut, dia memberi cadangan, “Mengapa tidak tanam sendiri? Bukan sahaja dapat menjimatkan kos makanan, malahan sayur yang dimakan adalah organik dan sihat dimakan. Tidak perlu risau mengenai racun.”


Nak tahu cerita selanjutnya dari buku "Jimat Dari Dapur"? Boleh hubungi saya segera untuk miliki koleksi ini...


Ayuh dapatkan senaskhah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan dinukilankan dari hati khas untuk semua pembacanya.



Dapatkan Buku JIMAT DARI DAPUR
Hanya RM35 senaskah Semenanjung dan RM38 Sabah & Sarawak
Boleh PM saya Nasriah Abdullah untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular