Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Sumber:
Bernama,Harian Metro
#Road2Growth Put your hiking shoes on!
Together we scale to new heights :-D
#MTDC #agrobazaaronline #AdhwaCookies #AdhwaCreative #eUsahawan#eRezeki #MDec #IKSnita #DIDR #MID #iBIB #INSKEN
Kota Kinabalu: Perbadanan Pembangunan
Teknologi Malaysia (MTDC) menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana
(IKS) bekerjasama dengan universiti termasuk institusi penyelidikan tempatan
bagi menyuntik serta membangunkan teknologi dalam perniagaan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk
Norhalim Yunus berkata, langkah itu penting bagi meningkatkan potensi
perniagaan usahawan IKS di negara ini, sekali gus memastikan produk mereka
tidak hanya berada dalam pasaran domestik, sebaliknya berupaya menembusi
pasaran antarabangsa.
Menurutnya, revolusi industri ketika ini
memerlukan usahawan menerapkan elemen teknologi dan inovasi dalam perniagaan
mereka.
“Universiti dan institusi penyelidikan
tempatan mempunyai ramai pakar yang menghasilkan R&D (penyelidikan dan
pembangunan) terhadap sesuatu industri. Justeru, usahawan IKS digalak untuk
menggunakan semua sumber itu yang mungkin ada yang belum diterokai bagi
menyuntik aspek teknologi dan inovasi dalam perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas
merasmikan program MTDC Road2Growth di sini, semalam.
Menurutnya, kerjasama itu juga mampu
memanfaatkan sepenuhnya usaha R&D yang dibuat ahli akademik tempatan
seterusnya mengurangkan kebergantungan usahawan kepada teknologi dan inovasi
dihasilkan negara luar.
Katanya, MTDC sebagai anak syarikat
milik penuh Khazanah Nasional Berhad dan agensi di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi sentiasa bersedia menjadi platform memperkasa kerjasama
antara usahawan IKS dan universiti bagi membolehkan hasil R&D
dikomersialkan ke pasaran.
“Kami boleh membantu memadankan usahawan
IKS dengan kepakaran dan universiti yang tepat, namun usahawan perlu terlebih
dulu mengenal pasti teknologi sesuai untuk syarikat mereka yang boleh digunakan
secara strategik dalam memberi hasil optimum untuk bersaing dalam pasaran,”
katanya.
Mengenai
program MTDC Road2Growth, Norhalim berkata, jerayawara sehari itu adalah
platform untuk memberi pendedahan kepada usahawan di Sabah mengenai
perkhidmatan ditawarkan dalam membantu mereka mengembangkan perniagaan,
seterusnya menjadi usahawan tekno.
Artikel ini
disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 2:37 AM
No comments:
Post a Comment