Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Sambal
Tai' Minyak. Pelik bunyinya bukan? Ada yang bertanya kenapa letak nama macam
tu? Takut. Seram. Nampak macam jijik. Tahi minyak? Hello, sapa nak beli?
Ya.
Tidak ku nafikan. Namanya memang pelik. Tapi rasanya tidak sepelik namanya. Itu
adalah salah satu nama makanan tradisi suku kaum Bugis. Siapa yang tidak kenal
dengan Resepi Tradisi Nusantara? Pelbagai nama makanan yang pelik-pelik dan
jarang kita dengar. Namun, sekali kau merasa yang pasti kau akan terus jatuh
cinta. Begitu jugalah dengan Sambal Tai' Minyak jenama Adhwa ini.
Dulu
masa kecil, mak rajin buat Sambal Tai' Minyak ni. Setakat 5 ke 10 biji kelapa
tu sekelip mata saja kami tiga beradik habiskan. Maklum saja, sebiji kelapa
cuma menghasilkan kurang 100 gram tahi minyak. Nak dapat hasil yang banyak,
kenalah guna pati santan pekat yang banyak.
Percubaan
pertama aku buat sendiri. Saja ingat-ingat balik resepi yang mak pernah ajar
sewaktu sekolah rendah dahulu. Sekilo pati santan pekat bersamaan 5 biji
kelapa. Hasil yang aku dapat cuma 420 gram tahi minyak saja. Sedikit bukan?
Kebetulan
masa tu encik suami ajak bercuti sempena "Staff Out Day" syarikatnya.
Jadi aku bawa lah sebotol sebagai bekalan. Sambal Tai' Minyak ni bukan saja
sesuai di makan bersama nasi putih (nasi kosong), juga boleh dijadikan perencah
nasi gorang.
Selain
itu, Sambal Tai' Minyak ni juga boleh dimakan bersama bubur, pulut, buras, mee,
ubi kayu, pisang goreng dan roti sanwich.
Bagi
batch pertama ni, aku buat tak banyak. Saja nak tengok pasaran macam mana. Nak
tahu juga, orang pandai makan ke tidak? Orang suka ke tidak dengan rasanya.
Alhamdulillah.
Ramai beri respon yang baik. Sedap! Nak beli lagi. Nak yang pedas-pedas manja.
Nak pedas menggigit. Ada-ada saja permintaan dari citarasa pelangan. InsyaAllah.
Akan aku usahakan mengikut permintaan dan selera kalian. Terima kasih atas
segala sokongan dan komen yang diberikan.
Bagi
kalian yang baru mahu mencuba rasa Sambal Tai' Minyak ni boleh dapatkan di
Kiosk FAMA UTC, Kota Kinabalu. Sebotol Sambal Tai' Minyak cuma RM11 sahaja. Murah bukan?
Jika
nak tempah secara borong juga dialu-alukan. Ketuk saja wasap ku ini +60 16-817
8716
No comments:
Post a Comment