Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah & Pn. Rehan Rahim, Timbalan Presiden IKSnita Sabah
Alhamdulillah.
Selesai sudah sesi pertama untuk program Klinik Usahawan Wanita Sabah kelolaan
IKSnita Sabah pada petang tadi di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.
Sambutan
yang agak memberangsangkan dari usahawan-usahawan wanita yang datang dari
pelbagai daerah di negeri Sabah.
Antara
isu yang dibincangkan adalah bagaimana mahu mendapatkan fakta nutrisi bagi
setiap produk yang dikeluarkan? Topik ini nampak mudah tapi jika kita kurang
ilmu, kurang pendedahan sudah pasti ianya begitu sukar untuk dilaksanakan.
Bagaimana
mahu membina "jenama" produk walau pun hanya dari rumah. Ada antara usahawan
yang sudah berpengalaman belasan tahun dalam bisnes dari rumah tapi tidak tahu
bagaimana mahu bina "jenama" produk.
Ada
yang rasa terkilan kerana mendapati produk keluaran mereka ditukar hak milik "dibuat
oleh" tanpa pengetahuan dan persetujuan dari mereka. Ini berlaku kerana
kurangnya pengetahuan mahu pun pendedahan tentang kepentingan "jenama" yang perlu di
daftarkan.
Ada
pula usahawan yang cuba bangunkan "jenama" yang sudah didaftarkan
oleh orang lain tanpa mereka sedar dan tahu. Tindakan ini sia-sia kerana tanpa sedar,
kita yang akan rugi dan boleh didakwa jika terdapat pihak yang sudah mendaftarkan
jenama itu buat aduan hak cipta mereka dicuri, digunapakai atau ditiru oleh
pihak lain.
Rancangan
Perniagaan juga merupakan salah satu topik paling hangat dan digilai ramai oleh
usahawan-usahawan baru. Kertas kerja Rancangan Perniagaan adalah penting
untuk memohon pembiayaan atau pinjaman kewangan bagi apa jua jenis perniagaan. Menyentuh
tentang topik ini, masih ramai yang tidak tahu akan kepentingannya. Rancangan
Perniagaan merupakan dokumen WAJIB dalam membuat
permohonan dana berupa geran atau pinjaman perniagaan di MARA / PUNB / SME Bank
/ Bank Pembangunan dan Badan-badan kerajaan yang berkaitan.
Tanpa Rancangan Perniagaan, sudah tentulah sukar untuk kita
dapatkan bantuan dana daripada mana-mana pihak kecuali "Ah-Long"
(peminjam wang tanpa lesen). Setuju?
Media pengiklanan online juga tidak kurang hebatnya. Ramai
yang kurang mahir bagaimana mahu mempromosi dan memperkenalkan produk
masing-masing menggunakan media sosial. Ada yang beranggapan "aku sudah
tua, jadi tidak perlulah semua itu". "Media sosial ni hanya untuk
orang-orang muda".
Jika kita beranggapan seperti ini, maka kita akan semakin
jauh ketinggalan. Pemasaran media sosial sebenarnya tanpa mengira usia asalkan kita
tahu dan pandai memanfaatkan penggunaannya.
Oleh kerana masa yang diperuntukan tidak cukup, maka
penerangan tentang Kelas Blog Bisnes Penulisan di Akademi Bekerja Di Rumah
(ABDR) sebagai salah satu medium pemasaran percuma tidak berapa aku tekankan. InsyaAllah.
Jika punya ruang dan peluang, akan dikongsikan dimasa akan datang.
Sebelum bersurai sempatlah kami bergambar kenangan untuk
tatapan di masa depan selain menjalin ukhwah yang baru. Kata orang, lebarkan
sayap "netwoking" yang sedia ada.
Hah! Nak tahu? Sempat lagi aku merasa kuih kampung hasilan
tangan seorang makcik ni. Kuih Penjaram Gula Merah. Sedap. Memang susah nak
dapat rasa asli kuih ni. Kalau nak
tempah untuk makan-makan di rumah atau jamuan bagi sebarang majlis, bolehlah
cari makcik ni nanti ya.
Silapnya, aku lupa tanya nama makcik ni tadi. Suka hati je
aku promo dan rekomen, kan? Tapi tidak mengapa, "follow" saja
perjalanan blog "Suri Rumah Berpendapatan Sendiri" ni. InsyaAllah,
entri seterusnya akan ku kongsikan maklumat tentang makcik usahawan kuih
penjaram ni.
Jom kita cuci mata dengan gelagat usahawan wanita Sabahan ni.
Semuanya punya idea yang hebat-hebat tau! Boleh dimajukan dan ditambahbaik lagi
produk yang sedia ada. Moga kalian semua berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Aamiin.
Apalah agaknya yang Datuk Presiden curahkan tu? Kelihatan begitu
kusyuk mendengar curahan idea dari dari Datuk Presiden IKSnita, Dg Khatijah
Datu Bachtiyal.
|
Timbalan Presiden IKSnita pun bukan main rancak lagi dengan
topiknya. Penuh ceria dan gembira terpancar dari raut wajah Pn. Rehan. Masing-masing
fokus menuntut ilmu.
|
Laju! Ready? 1...2...3... Caaak!
Bah! Ready kamu senyum manis-manis arrr
Cahaya apa di belakang tu? Jaga-jaga kamu arrr
Caaak! Haha sempat juga aku beraksi.
Di sini kami hari ni bos!
Sebelum beredar, jom tinggalkan jejak di sini.
Ok. Jom, pulang! Klinik dah tutup!
No comments:
Post a Comment