Kelu lidah tiada idea menulis. Walau hanya cerita tanpa gambar. Yang mampu saya ucap hanya Allah Alhamdulillah.
Awalnya saya terbaca fb Puan Masayu Ahmad (pengasas ABDR) pada 9 Mac tentang berkongsi pengalaman mahu berhenti kerja, berhenti kerja dan wahm. Saya fikir ya, inilah saya. Mesti ambil peluang mesti ada sesuatu yang boleh beri manfaat pada orang lain. Seingat saya tarikh akhir hantar 10 Mac. Saya fikir "buat esok lah, sempat". Malam itu anak yang kecil meragam. Lagilah saya fikir "tak boleh buat malam ni". Apabila semua anak tidur lena berdengkur, saya fikir "jam memang sudah lewat, buat sahajalah". Lalu saya terbongkok-bongkok dalam gelap sambil menepuk punggung si kecil. Sebelah tangan memegang handphone menaip draf kisah itu menggunakan aplikasi Gtask. Rupanya Gtask juga ada limit. Kisah belum habis saya sudah tidak boleh menaip lagi.
Kemudian saya copy dan paste di Gmail. Berulangkali membaca edit di sana sini. Sudahnya saya emailkan kepada Kak Mas jam 2 pagi. Selesai semuanya tidak juga dapat tidur lena..anak yang kecil terjaga berulang kali. Mata kuyu badan lesu tangan menepuk anak tapi saya lega.Saya latih diri tidur sebelum jam 12 tengah malam dan bangun awal pagi. Itu cara saya menguruskan masa wahm. Akibat tidak cukup rehat, dua hari berikutnya terpaksa tidur siang dan tidak dapat menghadap laptop.
Kisah yang ditaip jam 2 pagi itu sudah selamat dibukukan dalam ebook Yeay Mama Sudah Resign dan keluar majalah Mingguan Wanita keluaran minggu ini 22 April. Terima kasih Puan Masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu Zakaria atas peluang, ilmu dan tunjuk ajar.
Ramai yang belum lagi bermula atau yang sudah separuh jalan awal-awal lagi angkat tangan malas tak sanggup tiada masa update blog. Percayalah teknik 44 entri, penjenamaan diri, kerap update blog dan pautan sesama rakan ABDR mampu menaikkan ranking blog.
http://arbeeali.blogspot.com/2015/04/kisah-saya-dalam-majalah-mingguan.html
No comments:
Post a Comment