Tuesday 17 November 2015

10 Formula Mencapai Kebahagiaan Dalam Apa Jua Yang Dikerjakan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


1. Kerjakan sesuatu yang anda suka atau yang anda minat. Bukannya melakukan sesuatu yang anda terpaksa kerana sesuatu yang anda minat pasti akan dilakukan juga biar pun ketika sibuk.

2. Mengambil berat kesihatan kerana kesihatan itu kunci kebahagiaan. Jadi, jagalah makanan yang seimbang, bersukan dan menjauhi yang tidak sihat.

3. Matlamat hidup kena jelas. Crystal Clear - barulah boleh dapat apa yang diangankan. Bukannya berangan mat jenin. Jadi pendek kata, tak salah berangan tp kena clear okay.

4. Redha dengan kehidupan apa adanya termasuk pahit maung hidup. Cukuplah Allah tempat bergantung dan berlindung. Dengan redha dan rela kita takkan mudah mengeluh dan gentar.

5. Focus dengan kehidupan hari ni tidak menyesal dengan hari yang telah berlalu dan tidak gelisah dengan hari esok yang belum sampai lagi.

6. Berfikir sebelum membuat sebarang keputusan dan berani mengambil keputusan serta tidak menyalahkan orang lain jika keputusan itu salah.

7. Selalu memerhatikan orang lain yang lebih rendah. Maksudnya tidak ego atau sombong kerana ada banyak lagi yang hidup serba kekurangan.

8. Sering senyum dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis. Jadi tak adalah mudah putus asa dalam hidup.

9. Bersedia membantu orang lain mendapat kebahagiaan.  Ingat kata-kata ni to be happy for the lifetime, help others

10. Mampu merebut peluang yang berharga.

Akhir kata, “Jalanilah harimu dengan gembira dan berbuatlah dengan lebih bersungguh-sungguh. Bersabarlah. Allah pasti memberi jalan keluar. Mudah-mudahan jalan keluar itu segera sampai dan ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar dahulu.

(Sumber: diulas dari buku "motivasi -menjadi wanita paling bahagia") 


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular