Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Masih
relevankah buat rumah terbuka dalam keadaan ekonomi seperti sekarang ini?
Suasana
Hari Raya pasti lebih meriah dengan adanya rumah terbuka. Namun, persoalannya
disini, masih relevankah buat rumah terbuka dalam keadaan ekonomi yang tidak
berapa stabil?
Pandangan
saya, ya masih wajar tradisi dan amalan ini diteruskan kerana aktiviti rumah
terbuka merupakan salah satu platform untuk kita saling mengeratkan silaturahim
serta hubungan baik sesama insan, bertanya khabar dan mengambil berat di antara
satu sama lain.
Istimewanya
rumah terbuka bukan saja dengan adanya sajian juadah yang yang jarang kita
nikmati di hari-hari biasa malah kita dapat mengenali siapa jiran-jiran
disekitar tempat tinggal kita. Maklum saja rutin hidup di bandar, keluar rumah
hari masih gelap dan balik ke rumah juga hari sudah gelap. Bertegur sapa dengan
jiran tetangga boleh dihitung dengan jari. Oleh itu, dengan adanya rumah
terbuka kita bukan saja dapat berkenalan dengan jiran tetangga malah boleh
saling membantu jika memerlukan di samping dapat memupuk semangat kekitaan dan
kejiranan. Betul, tak?
Biasanya
juadah rumah terbuka disediakan sama ada melalui khidmat katering atau masakan
sendiri yang dimasak oleh tuan rumah. Bagi yang tidak punya waktu dan mempunyai
bajet yang lebih mungkin memilih khidmat katering untuk menyediakan juadah
rumah terbuka. Pantas dan ringkas. Di samping itu dapat menyumbang sedikit
ekonomi kepada si penyedia khidmat katering.
Bagi
yang memasak sendiri, itulah masanya mengajar anak-anak di dapur bergotong-royong
menyediakan juadah rumah terbuka untuk tetamu. Menu biasanya terdiri daripada
juadah tradisional dan moden yang menyelerakan seperti ketupat, lemang, sate,
soto, kambing panggang, nasi, lauk-pauk, mi goreng, kepelbagaian jenis biskut
traditional dan moden dan lain-lain.
Namun,
dengan kekanggan bajet yang ada cukuplah menyediakan juadah ala-kadar sahaja.
Tidak perlu berlebihan dan menunjuk-nunjuk bertapa hebatnya majlis rumah
terbuka yang kita adakan. Tetapkan niat dan tujuan kita adakan rumah terbuka
adalah untuk mengeratkan tali silaturrahaim sesama keluarga dan jiran tetangga
sama ada dari jauh dan dekat. Saling menjejaki susur galur dan salah silah
keturunan keluarga dari nenek moyang kita. Bukan sekadar acara makan-makan sahaja
sebaliknya apa yang lebih penting ialah wadah untuk mengeratkan mengeratkan
silaturahim.
Bukankah
konsep rumah terbuka raya sebenarnya melambangkan keindahan agama Islam itu
sendiri? Selain dari mengharapkan rahmat dan keberkatan yang datang bersama
dengan kunjungan para tetamu, jiran tetangga (sekalipun bukan seagama), kemuliaan
dan kesuciannya tidak boleh dicemari dengan motif dan tujuan lain.
InsyaAllah,
dengan amalan rumah terbuka raya ini dan niat yang suci murni, rezeki kita
lebih melimpah ruah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment