Wednesday, 4 October 2017

Datuk Maznah Hamid: Perginya Seorang Pejuang Usahawan Wanita

"Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup, 
walaupun setelah kita tinggalkan dunia nanti".

Secebis kenangan yang telah kau tinggalkan buat ku Datuk Iron Lady. Ilmu yang telah kau curahkan akan dipraktikan (walaupun sedikit perlahan). InsyaAllah.

 


Tuesday, 3 October 2017

Menikmati Keindahan Alam



Menikmati keindahan alam. Bertapa cantiknya pokok bunga ni. Buahnya (bunga) digunakan sebagai hasilan warna untuk corak lukisan batik tangan. Warna alam tanpa campuran bahan kimia.



Monday, 2 October 2017

Selamat Malam



Jangan melirik
Nanti tertarik
Yang susah kau jugak
Aku pi betapuk jak

Ok, gudnite uolls https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f57/1/16/1f609.png;-)


Sabar Saat Diuji



Pernahkah kamu berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit dan perit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?

Itu adalah saat اللّه mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّه ingin mendengar rintihan serta do'a mu agar kau menyedari akan keberadaan-NYA...

Kerana DIA tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan.

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin. Moga kalian sentiasa dalam lindungan-NYA.



Sunday, 1 October 2017

Selamat Tinggal Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)



Alhamdulillah. Setelah seminggu bercuti di#HWKKS, hari ini boleh rehat di rumah. 

Terima kasih buat semua doktor yang merawat kakak sepanjang berada disini. 

Terima kasih buat para jururawat yang setia dan tenang melayan kerana manja dan cerewet kakak.

Terima kasih buat keluarga dan kawan-kawan yang sempat meluangkan masa melawat kakak sepanjang berada disini. 

Terima kasih buat jiran-jiran katil dari Ward Melur 1 Bilik-12 dan Bilik-11 dan Melur 2 Nephro-1 yabg sudi menceriakan hari-hari kakak sepanjang bersama kalian. Moga kalian juga diberi kesembuhan dan boleh pulang ke rumah.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan kakak. 

Moga bertemu lagi di luar #Ward_HWKKS

Asah Bakat Melukis



Bosan. Asah bakat melukis. Isi masa terluang dengan lakaran burung.

Moga ada harapan discaj hari ni. Jadi, boleh terbang bebas macam burung. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f51/1/16/1f603.png:-D

InsyaAllah.
 — at Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah.

Bersiaran dari Melur 2 Nephro-1, Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah



Bersiaran dari Melur 2 Nephro-1.

Hari ini. Pagi ini. 1 Oktober 2017. Setia ditemani antibiotik. Menghabiskan saat-saat akhir rawatan rapi dari doktor pakar. Moga dapat kembali ke rumah hari ini setelah seminggu bercuti di sini#HWKKS 

Maaf kawan-kawan. Aku tidak dapat bertugas bersama kalian untuk program #PUNB#PROSPERNITA #IKSNITA hari ni.


Ada tanggungjawab yang lebih besar harus ku laksanakan. Selamat bergembira buat semua. Diharap program sepanjang hari ni berjalan dengan tenang dan lancar. InsyaAllah.
 — at Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah.


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular