Friday, 29 December 2017

Bazaar Borneo Fest, Imago Shopping Mall


Sedang berlangsung BORNEO FEST di Imago Shopping Mall.
Jom uolls transit di booth CAHAYA NUR ADHWA...
Booth No-1(corner) berhadapan dengan Pizza Hut & The Cafe BBQ








Monday, 25 December 2017

Misi Lightning Mc Queen


Misi Lightning Mc Queen buat birthday boy. 
Ini belum lengkap sebab kawan-kawan Mc Queen tiada. 
Nasib itu cup cake Ariel lupa kejap. 
Harap besok nda kena tagih cup cake awal pagi.

  


Sunday, 24 December 2017

Lightning Mc Queen


Baru mau bawak ni birthday boy keluar jalan cari cup cake lightning mc queen
Kedai mana kunuk ada jual tu cup cake yang di idam oleh birthday boy?
Cup cake jak di minta tapi tu tema bikin pusing..
Tawakkal jak la pusing kk yang macam-macam rasa jem ada...


Happy Birthday Muhammad Nadzril Adhwan Bin Iwan Mahdzuan


Maka dengan rasminya hari ini bersamaan tarikh yang sama 5 tahun lepas. Genaplah sudah usia anak teruna ummy Nasriah Abdullah dan baba Iwan Mahdzuan Mahali dan satu-satynya adik kepada  Nadzhatul Adhwa menyambut kelahiran tahun ke-5 Muhammad Nadzril Adhwan.

Semalam ummy tanya, Ariel mau hadiah apa sempena hari lahirnya. Ariel cuma minta hadiah #CupCake #LightningMcQueen.

So sweet. Cup cake jak di minta.

So, kepada bakers sekitar Kota Kinabalu siapa yang ada buat CUP CAKE LIGHTNING MC QUEEN sila munculkan diri.

Pamerkan hasil kreativiti kalian diruangan komen. Mana tahu mampu mengoda pandangan mata anak teruna ummy yang sambut hari lahir hari ini.




Tuesday, 19 December 2017

Bengkel Asas Pengurusan Kewangan Perniagaan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: WIN Training & Management


Tarikh: 28 DISEMBER 2017
Hari: KHAMIS
Masa :  9.00 PAGI - 5.00 PETANG
Lokasi: KOTA KINABALU
Yuran Penyertaan: RM100 SAHAJA (seorang)


Pengetahuan mengurus kewangan syarikat membantu anda dalam membuat keputusan pengeluaran kredit demi memastikan kedudukan kewangan syarikat terpelihara; mengelak daripada berlakunya cek tendang, kekurangan dana, kelalaian mengutip bayaran dan sebagainya.


Bengkel ini menerangkan tentang konsep dan proses perakaunan yang digunakan di dalam perniagaan sebenar. Peserta (anda) akan mudah memahami dan menggunakan data kewangan dalam membuat keputusan.


Objektif:
1. Memahami dengan jelas Prinsip Asas Perakaunan
2. Membuat analisis penyata kewangan
3. Membuat tafsiran berdasarkan maklumat yang ada
4. Memahami pelbagai kegunaan belanjawan
5. Menghargai pentingnya kawalan dalaman


Modul bengkel:
1. Penetapan Minda Usahawan
2. Pengenalan Kewangan Perniagaan
3. Latihan amali cara betul susun semula perniagaan usahawan


Kenapa anda perlu hadir ke bengkel ini?
1. Sesi pembelajaran di sampaikan dalam bahasa yang mudah difahami
2. Bengkel ini berbentuk latihan praktikal. BUKAN satu kelas TEORI
3. Membolehkan anda sebagai usahawan tahu tentang untung atau rugi perniagaan anda
4. Ilmu yang dikongsikan bakal membuktikan bahawa anda usahawan tidak merompak duit perniagaan sendiri


Yuran Bengkel RM100 seorang termasuk:
·        Yuran bengkel
·        Makan tengahari
·        Modul bengkel
·        Sijil penyertaan
·        PERCUMA minuman prebiotik untuk tenaga eksklusif daripada WIN Training & Management


Sasaran Peserta:
1. TERHAD! 30 peserta sahaja
2. Peniaga atas talian (online)
3. Pengusaha industeri kecil dan sederhana (SME)
4. Mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan


Peringatan!
1. Alat tulis (buku nota dan pen), sila bawa sendiri
2. Peserta WAJIB membawa labtop masing-masing


Bersedia untuk menjadikan rekod kewangan anda sebagai suatu perniagaan yang berjaya!

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Miss Rieya di talian 








Sunday, 17 December 2017

Tempahan Upah Buat Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Hati berbunga harum mewangi bila dapat risikan dari Tanjung Malim, Kedah.



Dalam kesibukan mengatur kelas-kelas ilmu, tempahan popia kacang, pes ayam lengkuas, sambal tai' minyak dan air mineral prebiotik untuk tenaga #WIN di risik pula dengan tempahan upah buat profil syarikat dan upah buat blog.

Alhamdulillah. Rezeki datang tepat pada waktunya. Hari ini tidak ke mana. Tenangkan minda sambil layan anak teruna sepahkan rumah dengan pelbagai jenis permainan dan buku-buku contengan.

Berdepan komputer menyusun atur aktiviti dan perancangan kelas-kelas ilmu seterusnya sambil menyiapkan tempahan profil syarikat client.

Ok. Siap! Next?





Tempahan Upah Buat Profil Syarikat


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




Kenapa perlu ada Profil Syarikat ?

1. Mendekati atau menerokai segmen baru yang boleh meningkatkan perniagaan

2. Menarik minat pelabur sekiranya perlu

3. Untuk memberi maklumat atau penerangan yang menarik perhatian bakal pelanggan

4. Untuk memberi gambaran bagaimana syarikat anda mamapu mememenuhi keperluan pelanggan

5. Untuk menanam kepercayaan pelanggan terhadap syarikat
.
.
.
[+] Mahu belajar buat profil syarikat?
[+] Tiada masa buat profil syarikat?
[+] Mahu buat tempahan upah buat profil syarikat?

Meh! roger Rieya...



Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular