Thursday, 31 December 2015

5 Contoh Hasilkan Sasaran Pelanggan 100% Berbeza Daripada Pesaing

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


Untuk produk yang mempunyai ramai pesaing, menghasilkan kempen marketing  adalah lebih mencabar.

Kita tidak boleh berfikir macam usahawan biasa. Kita tidak boleh berfikir sama seperti pesaing-pesaing kita.

Apakah corak pemikiran yang terbaik?

===
Kaedah pemikiran lateral terhadap kempen marketing.
===

Juan Martitegui dari Mindvalley Hispano menggunakan pendekatan pemikiran lateral, apabila melakukan kempen-kempen marketing.

Tujuannya supaya:

1) Dapat jimatkan kos pengiklanan.

2) Tidak perlu bergaduh dan berlawan dengan syarikat-syarikat besar untuk dapatkan pelanggan.

3) Dapat tingkatkan keuntungan secara optimum dan berperingkat.

Beliau berikan contoh pemikiran lateral apabila mahu mempromosikan produk yang membantu pelanggan menurunkan berat badan.

===
Cara berfikir yang menghasilkan sasaran pelanggan berbeza.
===

Apabila kita berfikiran lateral, kita lebih cenderung mengenalpasti golongan yang lebih spesifik yang memerlukan produk ini.

Sebagai contoh, dalam kes produk yang membantu menurunkan berat badan, Juan Martitegui akan sasarkan kepada golongan wanita berikut:

1) Golongan yang membeli lampin wanit.

2) Golongan yang mahu berkahwin dan ingin mencari baju perkahwinan yang bersesuaian.

3) Golongan yang sedang mencari katering untuk perkahwinannya.

4) Golongan ibu yang baru lepas bersalin.

5) Golongan ibu yang selalu menyusukan anak.

Pemikiran lateral tidak menghadkan kita berfikir secara umum iaitu golongan orang yang mahu kurus semata-mata.

Kita berfikir secara terbuka dan mengeluarkan senarai-senarai pelanggan yang berpotensi dan mempunyai kuasa membeli yang besar supaya menjadi pembeli produk.

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular