Friday 1 January 2016

Part #1: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.


1 - Bina Pesona Kendiri Usahawan Hebat

Bagaimana anda mahu memiliki bisnes yang sukses sedangkan diri anda sendiri bermasalah? Bagaimana nak kembangkan bisnes kalau anda sendiri tidak berkembang secara individu? Di dalam bahagian ini anda akan dibantu cara-cara menjadi usahawan yang cemerlang. Anda akan mempunyai sikap dan minda yang betul sebagai usahawan jadi anda akan sentiasa positif dan tidak mudah kecewa. 



Belajar bagaimana untuk amalkan lifestyleusahawan yang tepat dan meningkatkan pendapatan anda dengan berdamping rakan yang betul. Ketahui teknik 80% produktiviti dengan 20% usaha. Pelajari juga bagaimana mengetahui nilai masa anda jadi anda boleh jual dan beli masa anda. Dengan ini anda dapat menghasilkan lebih banyak duit dalam masa yang sama mempunyai masa yang banyak. Semua orang mempunyai 24 jam sehari tetapi hanya yang tahu memanipulasikan masa boleh mendapat masa 48 jam dari 24 jam. Di bahagian ini juga anda dapat pelajari bagaimana merangka perkembangan hidup anda selari dengan perkembangan bisnes. Dan disertakan sekali tip dan persediaan berhenti kerja untuk jadi full time bisnes.


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular