Saturday 9 January 2016

Part #9: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan. 

9 - Meningkatkan Hasil Bisnes Dengan Teknik Godam & Skala

Apakah penimbal-penimbal bisnes anda yang apabila diberatkan maka jualan dan bisnes anda akan melambung? Pelajari bagaimana nak 'hack' godam penimbal bisnes anda supaya bisnes anda sentiasa di optimasikan ke tahap yang lebih tinggi. 

Implement bagaimana memanipulasikan metriks-metriks yang diperolehi dan memperbaiki funnel proses bisnes itu sendiri supaya hasilnya dapat dilipat kali gandakan dan dalam masa yang sama mengkaji di bahagian mana yang bermasalah. Menumpukan kerja ini sahaja dapat memberi hasil yang lumayan pada bisnes anda dalam masa yang sama dapat kurangkan kos operasi.



Salin ilmu bagaimana menetapkan visi bisnes dalam masa 3 tahun dan dalam masa yang sama cubarelegate visi 3 tahun ini kepada hanya dalam masa 1 tahun dan perancangan suku tahun. Pelajari juga bagaimana untuk realisasikan visi itu tadi dengan Metriks, KPI, dan SOP dan dalam masa yang sama selari dengan kehendak semua ahli dalam pasukan bisnes anda.

Ilmu-ilmu ini adalah hasil dari pemerhatian dan uji cuba saya dengan bisnes saya dalam masa 3 tahun kebelakangan ini dan berbaloi jika anda mempelajarinya dan gunakan pada bisnes anda. Berkesan untuk bisnes kecil dan besar. Serius!

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular