Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: Nasriah
Abdullah
Hari ini 6 hari
bulan Januari 2016 menurut catatan kalendar Masihi. Sepanjang bersama keluarga
besar ABDR aku sentiasa bersemangat untuk terus bangun dan bangkit dalam
mencuba sesuatu idea bisnes baru. Di samping bisnes online dan offline, aku
juga terus memasang impian dan azam untuk membantu suri rumah yang ingin
upgrade diri dan ilmu sambil membantu mengurangkan beban suami menanggung kos
sara hidup keluarga di zaman ekonomi Malaysia yang semakin meningkat dan
menghimpit kemampuan dalam perbelanjaan seharian.
Alhamdulillah,
walau pun target bulanan belum melepasi sasarannya, namun target pecah telur
setiap bulan itu pasti. InsyaAllah dengan izin-NYA. Azam ku untuk Akademi
Bekerja Di Rumah (ABDR) pada tahun ini sama sahaja seperti bulan-bulan sebelum
ini untuk terus membantu suri rumah, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik atau
sesiapa sahaja di luar sana yang mahu upgrade diri dan belajar memulakan bisnes
secara alam maya (online) dengan menggunakan medium percuma seperti blog
sebagai medium perkongsian dan pengiklanan produk jualan.
InsyaAllah,
dengan kesungguhan, usaha yang tak pernah putus dan keyakinan yang ada,
permulaan bisnes tanpa modal melalui belajar bina kedai online bersama ABDR
pasti akan membuahkan hasil. Kedai online yang dihasilkan juga akan mudah
dijejaki melalui carian google di internet. Tak percaya? Inilah buktinya:
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Eh! Eh! Baru ku perasanlah.
Tak sangka rupanya sudah genap 6 bulan aku bersama keluarga besar ABDR. 6 bulan
itu seperti sudah 6 tahun berada dalam akademi. Masa yang begitu singkat ku
rasakan seperti telah lama mengenali mereka. Ya, merekalah sahabat-sahabat ku
di ABDR. Keakraban kami di alam maya membuatkan rasa itu seperti kami berada sangat dekat. Banyak
pengalaman hidup, idea-idea blog, semangat dan motivasi kami kongsikan bersama
sebagai teladan dan amalan bersama.
Justeru itu, aku
berazam untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi suri di luar sana dan kepada mereka yang ingin perubahan. 50
orang bertuah pertama yang ingin aku kenalkan dalam keluarga besar ABDR dan
seterusnya berkongsi segala pengalaman, ilmu, motivasi diri dan idea-idea
bisnes melalui blog.
Sahabat-sahabat
ku di luar sana, mohon doa kalian ya agar cepat dimakbulkan impian, usaha dan
kerja keras kami di ABDR. Amiin.
Sebelum menutup
tirai luahan ku entri kali ini, satu lagi berita gembira ku terima melalui
wassap sewaktu sedang kusyuk menaip entri ini. Nak tahu apa dia? Tadaaaa...
Inilah dia wassap
daripada Cikgu Anys Idayu Zakaria. Tengah-tengah malam buta nak bagi hadiah. Siapa tak
gembira, kan? Maunya tak gembira? Nak melompat pun ada nasib baiklah dah tengah
malam buta. Target tak sampai pun masih berpeluang terpilih menerima hadiah
sebagai pembakar semangat. Maunya tak bersemangat, kerja dari rumah je pun tapi
dapat juga hasilkan pendapatan sendiri. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan
rezeki yang Engkau berikan ya Allah.
Semoga
perkongsian malam ini memberi manfaat buat kalian di luar sana dan dapat
mencetuskan idea-idea baru untuk bermula bersama Akademi Bekerja Di Rumah.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment