Monday, 7 May 2018

Resepi Selera Adhwa: Nasi Goreng Telur Masin


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Hari ni hari terakhir semua parti #PRU  berkempan-sakan. Esok adalah hari yang dinanti-nantikan setelah 5 tahun berlalu. Di kesempatan ini, saja ku kongsikan resepi ringkas untuk bekalan korang sebelum buat barisan panjang esok hari.

Biarlah gambar nda cantik, asalkan perut ku dah kenyang!

Resepi ni ringkas saja. Bahan pun tak banyak. Yang penting masa korang masak nasi untuk dinner malam ni, nasi tu masak lebih sikit dari hari biasa. So esok subuh-subuh boleh buat sarapan untuk anak-anak dan suami sebeluam keluar mengundi.


Bahan-bahan:

Nasi putih
- Sukatan ikut berapa banyak lebihan nasi putih korang ada masa dinner semalam

Telur masin
- Suka hati korang nak letak berapa biji

Bawang merah
- Satu ulas dah cukup

Bawang putih
- 2-3 ulas pun ok. Kalau suka bawang putih, boleh letak lebih

Cili padi
- Kalau suka pedas letak la cili padi. Aku suka yang kaler hijau. Rasanya pedas-pedas manis. Hiris halus-halus je dan sedap di kunyah. Ni salah satu ejen penambah selera.

Minyak sayuran
- 2-3 sudu. Bergantung dengan kuantiti nasi putih yang korang nak goreng.

Garam
- Secubit cukup la.



Cara Memasak:

1.  Panaskan kuali. Masukan minyak sayuran. Guna api sederhana.

2. Tumbuk kasar bawang putih dan bawang merah. Guna lesung batu lagi bagus dari mesin pengisar. Jadi boleh bagi dengar dekat jiran sebla yang korang tengah masak.

3. Bila minyak dah sedikit panas, masukkan bahan yang di tumbuk tadi.



4. Sementara menunggu bawang-bawang tu naik bau yang harum semerbak baiklah kau lenyek sampai lumat tu telur masin. Guna sudu boleh. Mau guna lesung batu pun boleh. Lagi digalakkan.

5. Setelah bebawang tu kuning keemasan, cepat-cepat kau masukkan telur masin yang siap dilenyek tadi. Gaul hingga sebati dan pastikan guna api sederhana supaya tak cepat hangus.


6. Masukkan nasi putih. Gaul hingga tiada lagi ketulan. Maksudnya hingga sebatilah campuran antara bebawang, telur masin lenyek dan nasi putih.

7. Bila dah hampir nak masak, masukkan secubit garam. Jangan letak lebih nanti nasi goreng korang telajak masin.

8. Sebelum hidang nasi goreng telur masin tu, cili padi hijau yang sudah di hiris halus-halus tadi korang tabur saja atas nasi dan gaul sebati.

9. Tadaaaaa. Nasi Goreng Telur Masin mengikut Selera Resepi Adhwa siap untuk di hidang.



So, bolehlah korang masukkan siap-siap dalam tupperware untuk bekalan buang undi.

Jika korang rasa resepi ni mudah nak masak dan pembuka selera yang tak tau nak makan apa, baiklah korang share dengan kengkawan yang lain. Manalah tau boleh tolong bangkitkan selera mereka yang tak berselera nak makan apa. Tu kira satu ibadah juga kan? Hihihi...


Moga bermanfaat. 


KEMAS Sabah: Kelas eUsahawan Bersama Coach Rieya [15 Ogos 2018]

Alhamdulillah. Lega sangat. Kelas eUsahawan hari ni adalah peserta usahawan KEMAS dari pelbagai daerah.   Satu cabaran baru sebenarnya...

Post Paling Popular