Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
13-Syawal
Bila
kau dah berhari-hari melantak daging, ayam, udang dan pelbagai makanan sedap
berlemak, ada masanya kau kan merindu si telur
mata sapi banjir kicap dengan taburan cili padi merah yang menggoda.
Ini
menu paling sempoi kau masak bila kemalasan mengotorkan dapur membelenggu diri
mu. Jimat, cepat dah mudah!
Kenapa
aku cakap jimat, ceat dan mudah?
Tengok
ni bahan-bahan dan cara penyediannya.
Bahan-bahan:-
2
biji telur saiz AA
5
biji cili padi merah
3 sudu minyak
masak
2
mangkuk nasi putih
Cara-cara
memasak:-
1.
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.
2.
Pecahkan telur di atas kuali. Hati-hati yer. Jangan sampai kuning telur tu
pecah. Masukkan terus 2 biji telur, jadi orang tak tau yang ko makan sampai 2
biji telur. Kalau ada yang tanya, "apasal ada 2 kuning telur?". Ko
jawab jak, "maybe telur tu kembar", hihihi
3.
Tabur cili padi atas telur. Kalau nak lagi pedas, boleh tambahkan jumlah cili
padi merah yer. Kalau ada cili padi hijau lagi bagus. Sedap dan manis.
Memandangkan cili padi semua dah jadi merah, terpaksalah aku guna apa yang ada
dalam peti sejuk.
4.
Bila dah agak keperangan di tepi-tepi telur tu, terbalikkan perlahan-lahan.
Hati-hati, jangan sampai kuning telur rosak. Nanti namanya tak jadi telur mata
sapi. Hihihi
5.
Dalam 5 hingga 10 saat, angkat dan toskan minyak.
6.
Di dalam pinggan kecik, simbah kicap sebanjir yang kau mahu.
7.
Hidang dengan nasi putih panas yang dah kau masak awal tadi.
8.
Selamat menjamu selera.