Tuesday 1 October 2019

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah


Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama juga. Tu otak arrr makin ligat dia bekerja ðŸ¤¦‍♀️.

Dalam mata terpejam pun masih lagi dapat disenaraikan dia mau buat itu. Dia mau buat ini. Yang tu begitu. Yang ni begini. Jadi bila masanya dapat tidur lena😇?

Apa pun terima kasih buat semua customer Aroma Dapur Adhwa yang sentiasa beri sokongan dan selalu repeat order produk-produk #Adhwa. Terima kasih juga sudi #viralkan #KeriaAdhwa dengan rakan-rakan dan jiran-jiran kamurang.

Ya Allah, terharu sangat. Moga kalian juga dilimpahkan rezeki yang tak pernah putus.

InsyaAllah. Aamiin.



Wednesday 15 May 2019

FB Page: Kereta Sewa Bajet & Jual Beli Kereta Terpakai - Kuala Lumpur & Pahang

PANGGILAN RAMADAN SYAWAL ISTIMEWA BUAT WARGA PAHANG


Nak balik kampung tapi tak ada kereta?
Nak beli kereta tapi tak cukup bajet?
Dah jumpa kereta idaman tapi servis seller tak memuaskan?

Keta dah jumpa. Bajet dah cukup. Tapi tak tahu cara macam mana nak berurusan
Tak pa...Rileks duluuuu. Kita dengar apa kata mereka...

"Tip top. Kete ohsooom, beli tak yah buat apa dah . Jimat - Adik Firdaus, Kakitangan Swasta, Melaka

"Terima kasih, akhirnya saya dapat memiliki kereta sendiri walaupun gaji saya cuma RM1,000." – Puan Aisyah, Kakitangan Kerajaan, Johor

"Terbaik. Beli kete, member semua tengok servis tip top macam kete baru." - Cik Amy, Peniaga, KL.

"Senangnya beli kereta dekat sini. Banyak pilihan. Kereta yang ada pun cantik-cantik. Seller pun peramah. Senang runding" – Puan Intan, Peniaga, Kota Bharu
.
.
.
ADAKAH ANDA TERINGIN NAK BELI KERETA TETAPI TAK TAHU CARANYA?

Jangan risau, serahkan pada kami yang pakar. Izinkan kami bantu anda untuk miliki kereta 'secondhand' yang berkualiti umpama kereta baru.

KENAPA ANDA TAK RUGI BELI KERETA "SECOND-HAND" DAN MILIKI SERVIS KAMI?
 Full loan
 Tiada booking fee
 100% Bumiputera
 Barisan salesman yang professional & mesra pelanggan
 Harga kereta mampu milik
 Banyak pilihan (Ada lebih 100 unit)
 Pelbagai jenama (Honda, Nissan, Toyota, Perodua, Proton, Kia, Naza dll)
 Kereta terpakai berkualiti tinggi (umpama kereta baru)
 Boleh test drive atau bawa mekanik sendiri
 Dibuka 7 hari seminggu
 Khidmat nasihat percuma
 Tanpa penjamin

====================
Amacam? Best ke BEST?
====================

Sebelum tu, lengkapkan dokumen ni dulu:-
🔼 Gaji bersih RM1,000 ke atas layak memohon
🔼 Tak ada lesen pun layak memohon
🔼 Berniaga sendiri/ kerja kerajaan/ kerja swasta/ pelajar layak memohon
🔼 Gaji cash layak memohon (asalkan ada potongan KWSP)
🔼 Blacklist/ ccris/ ctos – down payment dari RM4,000 (untuk kereta terpilih sahaja)
🔼 Terbuka kepada semua rakyat Malaysia (tanpa mengira kaum & agama)
.
.
.
Apa, nak beli sekarang??? Klik LINK ini untuk diskusi lanjut. Sepantas kilat kami aturkan istimewa untuk anda.

============================
https://keretasewaaswad.wasap.my
============================

Sebelum tu, bantu kami VIRALKAN page Kereta Sewa Bajet & Jual Beli Kereta Terpakai Kuala Lumpur & Pahang agar kengkawan, sedara-mara dan jiran tetangga anda tau kami menyediakan servis dan pekej BEST ni. Manalah tau mereka pun sama macam anda nak beli kereta menjelang Syawal ni. Bolehlah balik kampong sesame nanti. Yer tak?

=================================
 Facebook : http://bit.ly/keretasewaaswad
 Facebook : http://bit.ly/keretasewaaswad
 Facebook : http://bit.ly/keretasewaaswad
==================================


Monday 13 May 2019

Tempahan Upah Buat Page: Kereta Sewa Bajet & Jual Beli Kereta Terpakai – Kuala Lumpur & Pahang


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Mahu sewa kereta dengan bajet yang rendah?
Klik http://bit.ly/keretasewaaswad atau terus saja booking di sini https://keretasewaaswad.wasap.my 

Assalamualaikum. Salam Ramadan buat pengunjung setia blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Lama dah rasanya tidak bersiaran. Ramai sangat dah merindu. Terima kasih buat sahabat sekalian tidak kira jauh mahu pun dekat. Kenal secara fizikal mahu pun di alam maya sahaja. Kalian sahabat terhebat Rieya. Sentiasa menanti jika tiada perkongsian terkini di blog ini. Terharu tau punya sahabat seperti kalian. Terima kasih juga yang sudi bertanya khabar melalui wasap dan messenger. Sayang korang ketat-ketat.

Hari ni dah masuk Ramadan ke-8. Ada siapa yang dah start ponteng puasa? Hah! Jangan culas tau kalau tak bersebab. Yang rugi bukan Rieya. Korang sendiri.

Saja hari ni mencuri sedikit masa nak melepas rindu dengan korang. Hari ni cuti buat tempahan kuih-muih untuk bazar dan sebarang majlis iftar atau moreh. Nak tumpukan kerja untuk “Upah Buat Page” pula.

Mahu sewa kereta dengan bajet yang rendah?
Klik http://bit.ly/keretasewaaswad atau terus saja booking di sini https://keretasewaaswad.wasap.my 


Rieya nak bagi tau ni, page “Kereta Sewa Bajet & Jual Beli Kereta Terpakai – Kuala Lumpur & Pahang” dah siap. Page ni dah sedia untuk diserahkan kepada owner nya En Asuad Adam. Nak berkenalan dengan beliau? Klik saja nama ni “Asuad Adam”. Muda lagi. Orangnya pun ramah. Senang nak berkawan.  Andai kata kalian punya masalah berkenaan pengangkutan, saya rekomen kalian hubungi En. Asuad Adam. Beliau ada buat bisnes kereta sewa. Sesuai sangatlah untuk kita yang ada bajet kecil. Sangat murah dan berbaloi dengan pekej harga yang ditawarkan.



Selain kereta sewa, En. Asuad Adam ni ada jual kereta terpakai. Harga boleh runding sampai jadi. Tak percaya, try lah kontek En.Asuad Adam.  Malas nak save nombor telefon? Tak perlu save pun, boleh jer klik link ni https://keretasewaaswad.wasap.my. Hah! Mudah bukan? Terus boleh berhubung dengan beliau.

Jom kita support page En. Asuad Adam ni. Jangan lupa klik link ni Kereta Sewa Bajet & Jual Beli Kereta Terpakai – Kuala Lumpur & Pahang. LIKE dan SHARE lah page beliau. Tak susah pun, kan? Kotlah ada kengkawan ker jiran ke perlu bantuan kereta sewa bajet atau nak beli kereta terpakai yang masih punya kondision yang tip top, En. Asuad Adam sedia membantu.

Bagi yang nak berjinak-jinak dengan page, nak buat tempahan “UpahBuat Page” macam En. Asuad Adam ni bolehlah roger Rieya yer. Klik saja nombor telefon ni +60 16-817 8716



T E M P A H A N   U P A H   B U A T   P A G E




Sunday 7 October 2018

Chicken Grill Butter



Hari tu ada mak-mak yang request nak resepi "Chicken Grill Cheese" (gelaran oleh Ariel). Sorry baru hari ni sempat update entri menu ni. 


Lauk campak-campak jer tapi mampu membuka selera anak-anak. Siap warning ummi lagi untuk stok bento ke sekolah.

“Ummi, jangan kasih habis arrr, Ariel mau bawa tapau pi sekolah!” Arahan keras dari si anak manja.

“Kakak pun mau bah. Ummi masak banyak sikit ya. Kakak mau tapau juga”. Sampuk si kakak yang tidak mahu ketinggalan.

Alhamdulillah. Tiada apa yang menggembirakan hati si ibu bila anak-anak berselera dengan masakannya walau seringkas mana pun.


Bahan-bahan:

1kg                Ayam (paha/kepak)
2 biji              Bawang merah (ditumbuk kasar)
3 ulas            Bawang putih (ditumbuk kasar)
3 biji              Jus limau kasturi
2 sudu           Sos cili
2 sudu           Sos tiram
2 sudu           Kicap
2 sudu           Serbuk kari
1 sudu           Serbuk kurma
1 sudu           Madu
1 sudu           Serbuk lada sulah (guna sudu kecik jer)
1 sudu           Garam (secukup rasa)
1 sudu           Parutan butter


Cara memasak:

1.     Campakkan semua bahan dalam mangkuk kecuali parutan butter. Gaul hingga sebati.

2.     Toskan ayam selepas dibasuh. Biar sedikit kering.

3.     Perap ayam seketika. Mo perap 1 malam pun ok.

4.     Panggang ayam di dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 25 minit (ikut jenis model oven korang)

5.     Parut sedikit butter di atas ayam. (saja ja letak butter supaya kulit ayam tu berkilat dan tidak kering)

6.     Bakar semula selama 5 minit.

7.     Keluarkan dan sedia untuk dihidang.




Selamat menjamu selera.





Lauk 4 Bahan, Menambah 3 Piring Nasi



Sambal Ikan Masin Lada Putih


4 bahan jer untuk lauk makan tengahari hari ni. Simple. Sempoi. Cepat. Jimat. Hihi…ramainya mak-mak yang tertanya apa menu 4 bahan tu?

Jom, ku kongsikan menu simple ni. Lauk kampong jer tapi jangan salahkan aku kalau korang menambah hingga 3 pinggan nasi yer.



Bahan-bahan:
1.     Ikan masin
2.     Tomato
3.     Lada Putih
4.     Minyak sayuran


Cara memasak:

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak sayuran.

2. Bila minyak sudah mula panas, masukkan ikan masin dan goreng hingga garing.

3. Bila ikan masin dah garing (tak perlu nak tos minyak bagai), masukkan tomato.

4. Gaulkan tomato hingga sedikit layu, kemudian masukkan lada putih.

5. Gaul hingga sebati dan sedia untuk di hidang.


Korang rasa, senang tak masak lauk ni? Best tak? Kalau best, tolong SHARE untuk kengkawan korang pula ya. Manatau ada di antara mereka nak menambah berat badan ideal macam aku ni. Hihiihi….


Kalau tak ada masa langsung nak masuk dapur, senang jer. Ni haaa Sambal Tai Minyak Adhwa yang lagi senang nak disediakan. Hanya buka penutup botol kemudian hidang bersama nasi putih. Kalau nasi putih pun kau tak ada masa nak masak, boleh jer makan dengan roti.  


Jangan lupa tau, SHARE dengan kengkawan korang entri ni. Moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan idea ni.

Jumpa lagi di entri akan datang….



Tuesday 11 September 2018

Tawau: Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan


[PROGRAM KHAS EUSAHAWAN TAWAU, SABAH]

Sila daftar disini http://bit.ly/eUsahawan-Tawau

Ingin menjadi seorang Usahawan Digital?

Anda dijemput menyertai Program eUsahawan yang bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara PERCUMA kepada usahawan mikro.


Apa yang akan anda pelajari?

• Facebook untuk perniagaan
• Instagram untuk perniagaan
• Posting Jualan - Copywriting
• Fotofon via Canva


Syarat Penyertaan

1. Rakyat Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Berminat untuk mempelajari teknik pemasaran digital yang berkesan untuk produk dan perkhidmatan.
3. Terbuka kepada semua usahawan yang mempunyai perniagaan atau ingin memulakan perniagaan
4. Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet atau computer riba.
5. BELUM PERNAH HADIR kursus eUsahawan.


Kelebihan Menyertai Program eUsahawan

1.   Berpeluang untuk menjadi salah seorang ‘Usahawan Digital Berjaya’.
2.   Terpilih untuk menyertai program latihan lanjutan untuk platform.
3.   Percuma ‘buku simpan kira’ dan ganjaran apabila anda merekodkan jualan di portal eUsahawan.
4.   Jaringank kerjasama ‘Networking’ yang meluas.



Seminar ini akan dijalankan satu hari penuh.



SIJIL PENYERTAAN DIGITAL DIBERIKAN



Butiran seperti dibawah:

Tarikh : 23 September 2018
Hari: Ahad
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Training Olive House Tawau
Yuran: Percuma


TERHAD KEPADA 40 PESERTA SAHAJA.


Pra-Pendaftaran Online, KLIK LINK ini:-


atau



Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline eUsahawan di +60 16-817 8716. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Terima kasih.


eUsahawan Certified Trainer
Trainer Code : TG246


#WiraDigital #eUsahawan #eUsahawanCertifiedTrainer #eUsahawanSabah #eUsahawanTawau #CoachRieya #OliveHouseSabah #OliveHouseTawau #Aafiat


Monday 20 August 2018

Easy Ways To Delete A Facebook Page


Cara Menghapus Halaman Facebook, Fan Page atau Facebook Perniagaan


Log-iIn (log masuk) dulu ke akaun Facebook.



Setelah itu, klik ikon bendera, buka halaman (pages) 
yang kita kelola dan ingin dihapus.



Scroll ke bawah dan pilih halaman facebook 
(page) yang ingin dihapus (delete)



Selepas memilih halaman facebook (page) 
yang ingin dihapus (delete), klik butang "edit page" 



Setelah berada di halaman "edit page", 
scroll ke bawah. Klik butang "settings" 



Setelah berada di halaman "settings", 
klik butang "general".



Setelah berada di halaman "general", 
scroll ke bawah hingga terjumpa perkataan "remove page"



Pilih halaman facebook (page) yang ingin di hapus (delete)
“Hapus nama halaman secara permanen” 
atau dalam english nya "Deleting a page is permanent"

Klik butang "delete page"


Terakhir akan muncul info yang memberitahukan proses penghapusan akan dibatalkan dalam waktu 14 hari, pilih OK. Selesai

Sangat mudah bukan hanya perlu beberapa langkah saja FB page yang dulu pernah kita buat sudah dihapus dan tentu tidak akan dapat diakses lagi seperti sebelumnya.

Semoga bermanfaat dan jika masih kurang jelas sila panjangkan pertanyaan kalian ke http://bit.ly/CoachRieya

Semoga perkongsian ini membantu kalian.




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular