Wednesday 10 February 2016

Jimat Dari Dapur


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Buku: Jimat Dari Dapur, Izham Alias & Ashraf Shuib


Seorang ibu mengemas rumah dan membaca isu-isu terbaru mengenai kenaikan harga makanan dan kesannya kepada kos isi dapur. Dia termenung. Hampir separuh perbelanjaan rumah berkait dengan perbelanjaan dapur. Bagaimanakah dia yang duduk di rumah mampu mengurangkan beban suaminya yang bekerja?

Petang itu, dia berbual dengan jiran di sebelah rumah yang baru pulang dari pejabat. Kisahnya sama. Mereka samasama berbincang bagaimana menjimatkan perbelanjaan dapur. Kemudian jiran itu bercerita mengenai keselamatan yang mereka makan selama ini. Kebanyakan sayur dan buah yang dibeli di pasar disembur dengan racun. Antara kesan jangka pangjangn bagi yang memakan makanan tersebut ialah potensi penyakit kronik menghinggap seperti kanser. Lama mereka berbincang.

Kemudian seorang jiran di hujung barisan rumah yang baru pulang dari pejabat melintasi mereka. Melihat suasana rancak perbincangan mereka, dia pun turut serta. Selepas mendengar masalahmasalah tersebut, dia memberi cadangan, “Mengapa tidak tanam sendiri? Bukan sahaja dapat menjimatkan kos makanan, malahan sayur yang dimakan adalah organik dan sihat dimakan. Tidak perlu risau mengenai racun.”


Nak tahu cerita selanjutnya dari buku "Jimat Dari Dapur"? Boleh hubungi saya segera untuk miliki koleksi ini...


Ayuh dapatkan senaskhah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan dinukilankan dari hati khas untuk semua pembacanya.



Dapatkan Buku JIMAT DARI DAPUR
Hanya RM35 senaskah Semenanjung dan RM38 Sabah & Sarawak
Boleh PM saya Nasriah Abdullah untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan




No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular