Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Kecoh apam viral 3 bahan. Ada yang jadi bambam bak kuih pau. Ada yang bantat tak menjadi.
Apa
pun keputusannya, cuba lagi hingga berhasil. Jangan pernah putus asa kerana kau
tak akan tahu percubaan yang keberapa akan membuahkan hasil hingga kau
tersenyum tanpa noktah.
Alhamdulillah.
Roti Puri Adhwa kembang mekar setaman. Tak pernah mengecewakan.
Memandangkan
ramai yang nak cuba buat roti puri yang tak banyak bahan ni, aku kongsikan
untuk korang cuba buat pula. InsyaAllah pasti berhasil.
Bahan-bahan Roti
Puri:-
2 cawan tepung
gandum
1 sudu teh yis
5 sudu teh minyak
masak
1 sudu teh gula
1/2 sud teh garam
3/4 cawan air
panas
Cara Pembuatan Roti Puri:-
1. Satukan tepung
gandum, yis, garam, gula dan minyak masak. Gaul sebati.
2. Bagi lubang ditengah-tengah adunan tadi dan tuang air panas sedikit demi sedikit. Gaul rata dan uli adunan hingga sebati.
4. Bulat-bulatkan
adunan mengikut saiz kesukaan masing-masing. Aku suka besar-besar, so sorang
sekeping dah kenyang.
5. Rehatkan
adunan sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga kembang.
6. Lenyekkan adunan dengan penggelek. Jangan terlalu nipis atau tebal supaya bila menggoreng nanti bentukknya kembang menawan.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
8. Semasa menggoreng, siram minyak ke atas adunan tu supaya ianya kembang sekata. Pastikan api sederhana supaya tak cepat hangus.
Sukatan adunan ni dapat sikit jer tau. Kalau nak hasil yang banyak, korang tambah jer sukatan asal tu.
Roti puri ni sedap cicah bersama sardin, kari ayam, rendang atau pun susu manis. Petang ni aku buat cicah dengan sardin jer untuk anak-anak. Cepat dan ringkas.
Roti puri ni sedap cicah bersama sardin, kari ayam, rendang atau pun susu manis. Petang ni aku buat cicah dengan sardin jer untuk anak-anak. Cepat dan ringkas.
Aku pula cuba dengan
Sambal Tai' Minyak Adhwa. Sedap. Baru pertama kali makan roti puri ni cicah
Sambal Tai' Minyak Adhwa. Ingatkan sekeping cukup rupanya nak tambah lagi. Nasib
baiklah ada buat lebih adunan tadi. Kalau tak terpaksa bancuh lagi.
Apa pun selamat
mencuba ya kawan-kawan semua. Semoga berhasil percubaan Roti Puri kalian. Nanti
kongsi la hasilnya di ruangan komen blog ni yer.
Jom, nikmati menu
minum petang bersama Rieya...
Boleh share entri
ini jika kalian rasa ianya bermanfaat. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment