Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Lauk campak-campak jer
tapi mampu membuka selera anak-anak. Siap warning ummi lagi untuk stok bento ke
sekolah.
“Ummi, jangan kasih habis
arrr, Ariel mau bawa tapau pi sekolah!” Arahan keras dari si anak manja.
“Kakak pun mau bah. Ummi
masak banyak sikit ya. Kakak mau tapau juga”. Sampuk si kakak yang tidak mahu
ketinggalan.
Alhamdulillah. Tiada apa yang
menggembirakan hati si ibu bila anak-anak berselera dengan masakannya walau
seringkas mana pun.
Bahan-bahan:
1kg Ayam
(paha/kepak)
2 biji Bawang merah (ditumbuk kasar)
3 ulas Bawang putih (ditumbuk kasar)
3 biji Jus limau kasturi
2 sudu Sos cili
2 sudu Sos tiram
2 sudu Kicap
2 sudu Serbuk kari
1 sudu Serbuk kurma
1 sudu Madu
1 sudu Serbuk lada sulah (guna sudu kecik
jer)
1 sudu Garam (secukup rasa)
1 sudu Parutan butter
Cara memasak:
1. Campakkan semua bahan dalam mangkuk kecuali parutan
butter. Gaul hingga sebati.
2. Toskan ayam selepas dibasuh. Biar sedikit kering.
3. Perap ayam seketika. Mo perap 1 malam pun ok.
4. Panggang ayam di dalam oven dengan suhu 150 darjah selama
25 minit (ikut jenis model oven korang)
5. Parut sedikit butter di atas ayam. (saja ja letak
butter supaya kulit ayam tu berkilat dan tidak kering)
6. Bakar semula selama 5 minit.
7. Keluarkan dan sedia untuk dihidang.
Selamat menjamu selera.