Friday, 1 January 2016

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


⏳ Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang
gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada majan?" " Apa la pen kertas pun tak
bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia
berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia
suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia x cari
kerja.

Orang berjaya sikap berbeza!!
⏳ Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak,
dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga
buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang
berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan
seterusnya.

⏳ Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka.
Invest wang, tenaga dan masa.

⏳ Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda.
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

⏳ Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka
nak berjaya.
Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

⏳ Mereka berkawan dengan orang yang betul.

⏳ Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes
mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan
kepantasan.
Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order
tu bila nak siap?

⏳ Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk
melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan
kutukan orang.

⏳ Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan
anda NENEK JUTAWAN!.
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di
situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.
Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

⏳ Mereka konsisten & persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak
jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Untuk insan-insan HEBAT!!
Semoga kalian kaya & berjaya dunia akhirat!!!!

Part #1: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.


1 - Bina Pesona Kendiri Usahawan Hebat

Bagaimana anda mahu memiliki bisnes yang sukses sedangkan diri anda sendiri bermasalah? Bagaimana nak kembangkan bisnes kalau anda sendiri tidak berkembang secara individu? Di dalam bahagian ini anda akan dibantu cara-cara menjadi usahawan yang cemerlang. Anda akan mempunyai sikap dan minda yang betul sebagai usahawan jadi anda akan sentiasa positif dan tidak mudah kecewa. 



Belajar bagaimana untuk amalkan lifestyleusahawan yang tepat dan meningkatkan pendapatan anda dengan berdamping rakan yang betul. Ketahui teknik 80% produktiviti dengan 20% usaha. Pelajari juga bagaimana mengetahui nilai masa anda jadi anda boleh jual dan beli masa anda. Dengan ini anda dapat menghasilkan lebih banyak duit dalam masa yang sama mempunyai masa yang banyak. Semua orang mempunyai 24 jam sehari tetapi hanya yang tahu memanipulasikan masa boleh mendapat masa 48 jam dari 24 jam. Di bahagian ini juga anda dapat pelajari bagaimana merangka perkembangan hidup anda selari dengan perkembangan bisnes. Dan disertakan sekali tip dan persediaan berhenti kerja untuk jadi full time bisnes.


Thursday, 31 December 2015

5 Contoh Hasilkan Sasaran Pelanggan 100% Berbeza Daripada Pesaing

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


Untuk produk yang mempunyai ramai pesaing, menghasilkan kempen marketing  adalah lebih mencabar.

Kita tidak boleh berfikir macam usahawan biasa. Kita tidak boleh berfikir sama seperti pesaing-pesaing kita.

Apakah corak pemikiran yang terbaik?

===
Kaedah pemikiran lateral terhadap kempen marketing.
===

Juan Martitegui dari Mindvalley Hispano menggunakan pendekatan pemikiran lateral, apabila melakukan kempen-kempen marketing.

Tujuannya supaya:

1) Dapat jimatkan kos pengiklanan.

2) Tidak perlu bergaduh dan berlawan dengan syarikat-syarikat besar untuk dapatkan pelanggan.

3) Dapat tingkatkan keuntungan secara optimum dan berperingkat.

Beliau berikan contoh pemikiran lateral apabila mahu mempromosikan produk yang membantu pelanggan menurunkan berat badan.

===
Cara berfikir yang menghasilkan sasaran pelanggan berbeza.
===

Apabila kita berfikiran lateral, kita lebih cenderung mengenalpasti golongan yang lebih spesifik yang memerlukan produk ini.

Sebagai contoh, dalam kes produk yang membantu menurunkan berat badan, Juan Martitegui akan sasarkan kepada golongan wanita berikut:

1) Golongan yang membeli lampin wanit.

2) Golongan yang mahu berkahwin dan ingin mencari baju perkahwinan yang bersesuaian.

3) Golongan yang sedang mencari katering untuk perkahwinannya.

4) Golongan ibu yang baru lepas bersalin.

5) Golongan ibu yang selalu menyusukan anak.

Pemikiran lateral tidak menghadkan kita berfikir secara umum iaitu golongan orang yang mahu kurus semata-mata.

Kita berfikir secara terbuka dan mengeluarkan senarai-senarai pelanggan yang berpotensi dan mempunyai kuasa membeli yang besar supaya menjadi pembeli produk.

Azam 2016

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


Azam untuk tahun 2016.

Elakkan 6 penyakit di bawah.

Untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita wajib atasi 6 masalah utama KULIT yang mesti kita cegah iaitu:

1. KUDIS @ Kurang Disiplin
2. KURAP @ Kurang Rapi
3. KUPENG @ Kurang Pengetahuan
4. KUTEL @ Kurang Teliti
5. KUSTA @ Kurang Stamina
6. KUTU @ Kurang Tumpuan

Semua berpunca dari:

1. KUMAN @ Kurang Iman
2. KULAT @ Kurang Solat

semoga berjaya semua sahabat..

#sharingiscaring

KONSEP REZEKI


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


🍪 Konsep Rezeki Pertama.

😊 Kita usaha dan kita dapat.
👍 Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.


🌂 Konsep Rezeki Kedua.

😊 Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

👍 Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

👍 Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

🙌 Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

🙌 Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.


🎈 Konsep Rezeki Ketiga

😊 Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

👍 Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

🙌 Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

🙌 Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

📌 “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

🙌 Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari bersyukur. kan?

🙌 Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

🙌 Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

🙌 Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?


🍫 Konsep Rezeki Keempat

😊 Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

👍 Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

🙌 Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

🌹 Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

❤ In Shaa Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. ❤

Wednesday, 30 December 2015

Kelas Asas Blog Dan Penulisan Kreatif

Sumber: http://akademibekerjadirumah.blogspot.my/2015/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html

Penghujung bulan September 2015 saya mengambil keputusan untuk mengorak langkah lebih ke hadapan. Saya mengikuti Kelas Blog Penulisan Kreatif yang dikendalikan oleh Cikgu Monalita Mansor. Pada mulanya saya begitu bimbang kerana takut tidak dapat mengikuti kelas tersebut memandangkan faktor umur saya yang sudah pun menjangkau angka 46 tahun. Mungkin sudah terlewat untuk saya belajar. Namun apabila saya mengikutinya secara tekun Alhamdulillah saya dapat mengikuti dengan berjaya meskipun  ada juga tugasan saya tidak menepati seperti yang dikehendaki.

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnya melepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari seperti memasukkan entri ke dalam blog, lay out, label dan pelbagai lagi. Sebelum ini saya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui. Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.

Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahami istilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada. Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebih membanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telah terpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu.

Saya sungguh gembira dan berterima kasih kepada Cikgu Monalita Mansor yang sering ada apabila saya ingin bertanya tentang pelajaran yang saya tidak faham. Pembelajaran yang mudah difahami oleh suri rumah seperti saya. Kenapa tidak bagi anda yang mungkin lebih baik dari saya.

Tips Pemasaran Guna Personal FB


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


+ Tukar setting privacy post jadi Public, bukannya Friends atau Only me.

+ Bila ada orang komen post kita, terus like. Kemudian bagi maklum balas jika perlu.

+ Rajin ziarah timeline orang kemudian komen. Kalau tak tahu komen apa, tampal sticker je. Paling kurang pun belanja like.

+ Jangan jadi silent reader. Bila jumpa status yang baik dan menarik, terus like. Jangan kedekut like ok.

+ Tulis guna ejaan penuh.


RFS
Perunding pemasaran tak bertauliah

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular