Sunday, 12 November 2017

Perkongsian Ilmu Bersama Dato Sri Ahmad Khusairie


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


1. Selamat memasuki pasaran tempatan & global
2. Produk selamat digunakan
3. Jualan Bersistem
4. Pemasaran offline & online
5. Khidmat nasihat pelanggan
6. Sistem ejen
7. Proses margin untung rugi
8. KKM, Halal, GMP, IGM etc
9. Pembangunan website syarikat
10. Page, website dan cara penggunaan key words bagi enjin google
11. Personal coaching

Antara topik menarik yang dibincangkan pagi tadi sewaktu seminar santai perbincangan tentang usahawan kosmetik dan skin care.

Topiknya tentang usahawan kosmetik dan skin care tetapi intipati perbincangan dan perkongsian ilmu itu sendiri boleh diaplikasikan dalam kluster makanan. Alhamdulillah dapat ilmu baru hari ini dan boleh terus diaplikasikan dalam bisnes (kluster makanan).


Sebelah petang pula bergegas ke Kg Poturidong, Kiulu atas urusan rasmi#WAR program. Pertama kali sampai ke Kg Poturidong, Kiulu. Bemacam-macam cabaran ditempuhi hingga berjaya sampai ke kampung tersebut.

Cantik sungguh pemandangan di sana. Aman. Damai. Tenang mendengar unggas dan kicauan burung diwaktu senja. Sambil bermesyuarah dengan tuan tanah, dapat pula belajar serba sedikit tentang tanaman herba penyembuh ajaib, dengan izin-NYA. Alhamdulillah. Satu lagi ilmu baru dapat ku kutip hari ini.

Ilmu ini bakal dikongsikan dengan kalian sedikit masa lagi. Sabar menanti ya kawan-kawan cerita selanjutnya. Doakan semoga apa yang direncanakan ini akan berhasil. InsyaAllah. Aamiin

Penat. Otak pun mau rehat. Kita tidur duluuu. Bai bai... Jom tidur awal malam ni...

Friday, 10 November 2017

Gelang DIY Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Kakak: Ummi Ummi mana kotak gelang kakak?

Ummi: Mana ummi tau. Kakak yang simpan sendiri kan? Lain kali jangan letak sana sini. Sudah guna simpan balik tempatnya.

Kakak: Alaaa macam mana ni? Kakak mau buat gelang. Ada kawan order. Banyak sudah ummi, ada 3 order.

Ummi: Hamboi! Bila pula kakak jual gelang di sekolah? Cikgu nda marah ka?

Kakak: Tiada belajar sudah kami. Cikgu cakap boleh buat aktiviti sendiri. Ada satu cincin kecik ummi, mana sudah tu ya? Kakak mo bagi hadiah siapa order banyak.
.
.
.
Kesimpulannya: Baba
 Iwan Mahdzuan Mahali sila belikan stok gelang baru hahaha...

Siapa mau order Gelang DIY Adhwa, sila booking awal. Limited edition!



Wednesday, 8 November 2017

Sambal Tai' Minyak Adhwa Kini Di Dubai

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Sambal Tai' Minyak Adhwa sudah hari ketiga berada di Dubai. Ini merupakan produk kedua jenama Adhwa berjaya sampai ke Dubai sebelum tuannya. Hihihi (sabar jak la ko Rieya).

Alhamdulillah. Hari ini bakal berlangsung "Business Matching" antara team usahawan #IKSnita bersama delegasi Dubai. Semoga hasil perbincangan dan pembentangan dari team usahawan IKSnita di bawah pimpinan Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal membuahkan hasil seperti yang telah dirancang.

Avasee Skin Care oleh Faineh Modirim, Sambal Belacan Rehan dan Sambal Bilis Rehan oleh Timbalan Presiden IKSnita (Pn Rehan Rahim), Coffee Tukou, Cookies Bite, Sri Delima Facial Soap, Batooka, Tonik Rambut Raban Xtra antara produk usahawan IKSnita yang dipertaruhkan dalam "Busniess Matching" di Dubai.

Sebenarnya banyak lagi produk usahawan yang terlibat cuma ini saja yang terlintas dalam fikiran aku sekarang. Mohon maaf yang tidak tersebut produknya ya kawan-kawan.

Doa kami sentiasa mengiringi kalian di sana. Semoga apa yang telah dirancang dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Aamiin.




Wednesday, 1 November 2017

Ayam Masak Lengkuas


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Menu malam ni Ayam Masak Lengkuas

Cara Memasak Ayam Masak Lengkuas Menggunakan #PesAyamLengkuasAdhwa

1. Panaskan kuali. Masukkan Pes Ayam Lengkuas. Tidak perlu guna minyak masak.

2. Tambah 50ml air. Gaul hingga mendidih.

3. Masukkan ayam. Guna api sederhana supaya tidak cepat hangus.

4. Bila daging ayam empuk. Tambah garam secukup rasa.

5 Masak hingga kuning keemasan .

6. Sedia untuk dihidang.

7. Selamat menjamu selera.

Sila LIKE, KOMEN & SHARE jika bermanfaat. 
.
.
.
500g hingga 1kg ayam cukup untuk 1 pek (200g) #PesAyamLengkuas

Korang boleh buat pilihan sama ada untuk masak sehingga kering (macam dalam gambar di mangkuk kecil) atau basah, iaitu berkuah.

Kalau tanya aku, aku lebih suka kering sebab tahan lama. Kalau tak habis makan malam ni, boleh simpan untuk esok.

Kalau jenis basah (berkuah) kena habiskan terus. Kalau simpan takut pula basi sebab menu ni bersantan. Membazir. Esok tak boleh makan lagi.

Apa pun, terima kasih buat kawan-kawan terbaik di dunia yang sudi beli Pes Ayam Lengkuas #readytocook ni.

Selamat memasak semua.


Tuesday, 31 October 2017

Program Mobile CTC: Pusat Transformasi Komuniti Bergerak



Program Mobile CTC
Pusat Transformasi Komuniti Bergerak


4 - 5 Novermber 2017
Sabtu & Ahad
7.00 pagi hingga 11.00 malam
Beaufort


Booth pameran/jualan pelbagai produk
RM1,000
Saiz booth 10x10
termasuk meja krusi


Tinggal 2 booth saja lagi. 
Siapa cepat dia dapat!





Paparan Rak Ekspres


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Jangan baca jika anda bukan peniaga atau usahawan yang berniaga di booth, expo atau mana-mana tapak niaga!!!
  • Masalah  menyusun produk jualan tak menarik langsung
  • Ruangan pameran/jualan sempit
  • Produk berselerak
  • Tiada rak yang sesuai untuk menyusun pelbagai jenis produk


Jangan risau! Rieya akan tolong dan bantu selesaikan masalah korang.




Memperkenalkan Rak Display Express
  • Mudah dipasang
  • Comel, Cute, Cantik, Simple, Ringan yang sewaktu dengannya
  • Harga sangat berpatutan
  • Percuma Bag yang kiut lagi comel
  • Produk akan lebih tersusun, kemas, menarik, menawan

Sila tonton video ini, cara pemasangan mudah untuk Rak Display Express



Ini bukan mimpi! Ya, betul harga terlajak murah!

Brown = RM60
White = RM70
Pink Bag = FREE

Saiz yang diberikan juga sangat sesuai untuk pamerkan produk jualan anda.

22 inci = panjang
15 inci = lebar
10 inci = tinggi



Bagi yang berniaga "vendor style", Rak Display Express ni sesuai untuk anda. Terdapat saiz comel yang sesuai mengikut "box vendor" anda. Harga bergantung dengan permintaan saiz dan warna.


Mahu diskusi lebih lanjut? Boleh wasap Rieya sekarang!

Selagi stok masih ada, baik tempah cepat!

Jangan malu-malu nak ketuk wasap Rieya +60 16-817 8716


Contoh Rak Display Express yang sudah dimiliki boleh lihat di sini 




Rak Display Express


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Paparan Rak Ekspres


Anda seorang usahawan? Paparan Rak ekspress ini sangat sesuai untuk semua usahawan seperti kita.

  • Sangat mudah di pasang. Tidak sampai 1 minit pun.

  • Ringan, mudah bawa, cute, cantik, menarik dan memukau pelanggan dan bakal prospek untuk beli produk jualan kita.

  • Terdapat 2 pilihan warna. BROWN dan WHITE. Anda suka yang mana?

  • PERCUMA bag pink yang cute lagi comel untuk menyimpan Paparan Rak Ekspres ni selepas digunakan.

  • Harga sangat terlajak MURAH.


Paparan Rak Ekspres salah satu konsep "Marketing Tools" yang trendy. Wajid dimiliki oleh usahawan pelbagai bidang.


Pelbagai contoh dari usahawan yang sudah memilik Paparan Rak Ekspres. Anda masih nak fikir?

 



 

 



Selagi stok masih ada, baik tempah cepat!

Jangan malu-malu nak ketuk wasap Rieya +60 16-817 8716




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular