Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Langkah
demi langkah mudah menyediakan Sambal Kulat Bermusim . Lauk
kampung, masakan suku kaum Bugis. Anak jati Bugis beb. kalau tak reti makan
lauk ni, tu bukan anak Bugis namanya. Lauk ni boleh dimakan hanya sewaktu musim
hujan sahaja.
Bertuahlah
pada ibu-ibu atau bakal ibu yang mengidam lauk ni di musim hujan. Sebab senang
nak dapat kulat jenis bermusim ni. Kalau musim panas, kompom meleleh liur.
Nangis air mata darah tak berlagu belum tau dapat makan.
Kenapa
saya kata Sambal Kulat Bermusim? Sebab kulat ni hanya boleh dibeli di
pasar sewaktu musim hujan. Cendawan ni tumbuh di pokok kayu yang telah reput.
Tak tahulah apa nama cendawan ni. Mak selalu sebut kulat jadi saya pun panggillah
kulat. Makcik-makcik kat pasar tamu yang jual cendawan ni pun panggil kulat. Jadi
memang sahlah namanya kulat kan? Hahahaha hantam sajalah...
|
kulat yang wujud hanya sewaktu musim hujan. |
Beli
jenis kulat bermusim ni kat pasar tamu. Dek non, engko tengoklah dalam gambar
macam mana rupa kulat bermusim tu ya. Hakak tak reti nak jelaskan kulat yang
macam mana. Hakak dah memang kenal kulat tu jadi senang nak beli. Kalau nak
masak menu ni kena masak waktu musim hujan sebab kulat ni akan banyak terjual
pada musim hujan saja. Hah! Masa ni la baru merasa dapat makan sambal kulat
bermusim.
Di
pasar tamu ada yang jual kulat yang sudah siap di bersihkan batang kulat tu.
Hah! Tengoklah gambar tu. Kulat yang siap untuk di masak. Ada pula kita terpaksa
buang sisa-sisa dahan kayu yang masih melekat kat kulat tu. Buat kerja sikit je
dek non. Jangan merungut. Kata nak jadi menantu terbaik dan isteri solehah.
Buat saja. Jangan banyak menbebel.
Ada
makcik-makcik jual kulat yang sudah kering. Itu lagi senang kerja. Macam yang
hakak beli ni, kulat masih segar yang baru dipetik dari dahan pokok. Kulatnya
basah dan kelihatan segar. RM2 sepiring. Beli satu piring mana cukup untuk
makan seperut. Kebetulan makcik tu ada jual 9 piring. Siap dia offer RM3 untuk
2 piring. Wah! Kira murah tu. Belum sempat nak tawar menawar makcik dah offer harga murah. Jadi hakak borong semua 8 piring untuk harga
RM12. Tinggal satu piring baki lagi. Hakak kata nak borong semua tapi makcik tu
bagi percuma saja. Lepas tu ditambah lagi baki stok dalam plastik yang hampir 2
genggam banyaknya. Wah! rezeki di pasar tamu la nampaknya.
Minggu
lepas hakak sempat juga beli 6 piring. Kulat yang tu hakak cuma dapat harga RM5
untuk 3 piring selepas sesi tawar menawar dengan makcik tu. Rezeki setiap
minggu berbeza. Tak tahu lagi rezki pasar tamu untuk minggu depan. Harap masih
ada dijual kulat ni.
Dah!
Stop cerita kulat. Jom kita masak...
Bahan-bahannya
ialah:-
500
gram kulat (cendawan)
250
gram ikan bilis
1/2
biji kelapa parut
200
gram lada hijau
2
ulas bawang merah
3
ulas bawang putih
2
inci halia muda
1
batang serai
3
sudu besar serbuk kunyit
1
sudu kecil garam
1
sudu kecil serbuk lada putih
100
ml minyak masak untuk menumis
|
Bahan-bahan Sambal Kulat Bermusim |
Langkah
Pertama. Pastikan cek betul-betul
tiada lagi dahan kayu melekat kat kulat tu. Basuh bersih-bersih kulat yang
telah dikeringkan tadi. Letak tepi.
Langkah
kedua. Basuh ikan bilis
bersih-bersih dan toskan airnya. Saya pilih ikan bilis yang bersaiz kecil.
Sedap dan mudah dibersihkan. Tak perlu buang kepala. Kalau untuk jualan, saya
guna ikan bilis yang bersaiz besar sedikit. Ikan bilis itu perlu di kopek atau
belah dua dan kepala di buang.
Selepas
toskan airnya basuhannya, panaskan kuali dan tuanglah minyak secukupnya untuk
menggoreng ikan bilis.
|
Ikan bilis kecil yang telah digoreng separuh garing bersama bawang merah. |
Ikan
bilis digoreng bersama satu biji hirisan bawang merah untuk menaikkan bau wangi
ikan bilis. Kalau nak jimat bawang pun tak apa. Tak perlu letak. Angkat ikan
bilis tu setelah kelihatan separuh garing.
Kalau
ikut cara mak, ikan bilis tu tak perlu goreng tapi saya suka makan
garing-garing jadi saya goreng la ikut suka selera saya. Hihihi...
Langkah
Ketiga. Ambil lesung batu dan tumbuklah
bawang merah dan bawang putih. Kalau tahap malas datang guna jer mesin
pengisar. Tapi waktu nak masak Sambal Kulat Bermusim ni, saya tengah mood rajin nak masak jadi saya guna lesung
batu. Tumbuk tidaklah lumat sangat. Agak-agak hancur macam dalam gambar tu
saja. Serai tu pun ketuk la sekali.
|
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar. Termasuklah serai sekali. |
Langkah
Keempat. Panaskan kuali. Masukkan
minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk
dengan lesung batu tadi. Tumis hingga naik bau. Tambahkan garam secukup rasa sesedap
lidah, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.
|
Masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan serbuk kunyit. |
Bila
bahan tumis dah pecah minyak dan harum semerbak sudah memenuhi ruang tamu jiran
sebelah, masukkan kulat yang sudah dibersihkan. Gaul sebati.
Langkah
Kelima. Bila sudah sebati,
masukkan santan perahan yang sudah diselawat ntah berapa ratus kali. Cara nak
dapat santan berkualiti bolehlah baca entri sebelum ni di sini Petua Perah Santan. Gaul sebati
hingga pecah minyak.
|
Perahlah kelapa parut ni secara manual. Dapatkan pati santan yang asli. Barulah sedap masakan tu. |
Langkah
Keenam. Apabila santan sudah
sebati dengan kulat dan santan itu sudah tersejat sedikit jadi bolehlah
masukkan ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing tadi. Eh! Ikan bilis ini
semakin kurang kuantitinya. Ini mesti engko dah sumbat kat mulut tadi masa
perah-perah santan kan?
|
Ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing. |
Langkah
Ketujuh. Bila kuah sudah hampir
kering, masukkanlah lada hijau yang sudah dihiris serong. Saya tak terangkan
macam mana nak hiris lada hijau tu jadi korang tengok jer rupa lada hijau yang
dihiris serong tu dalam gambar. Hah! Jelas tak? Atau suka hati koranglah nak
hiris macam mana. Layukan saja lada tu kemudian hidang. Dan siap untuk dijamah
bersama seisi keluarga.
|
Lada hijau segar yang sudah dihiris serong. |
Hidanglah
bersama nasi putih panas-panas yang baru masak dari periuk nasi. Nak makan
sekali dengan lauk ikan goreng atau ayam masak kicap pun boleh. Makan satu
keluarga.
|
Fuuuh! Tak sabar nak makan. |
Fuuuh! Selera sampai boleh tambah nasi 3 kali. Lupa rasa nak kenyang.
Suami juga bertambah. Selesa anak-anak luar biasa. Yang jarang menambah nasi
juga bertambah. Alhamdulillah. Masak dari hati. Masak dengan penuh ikhlas dan
kasih sayang.
|
Siap untuk dijamah. Selamat menjamu selera. |
Akhir
sekali, kalau korang rasa resepi ni membantu memberi idea menu nak masak apa
hari ni untuk perut abam yang sedang berkeroncong riang, bolehlah kongsikan
dengan pembaca yang lain. Semoga bermanfaat ya.
Selamat
mencoba dek non.