Sunday, 7 October 2018

Chicken Grill Butter



Hari tu ada mak-mak yang request nak resepi "Chicken Grill Cheese" (gelaran oleh Ariel). Sorry baru hari ni sempat update entri menu ni. 


Lauk campak-campak jer tapi mampu membuka selera anak-anak. Siap warning ummi lagi untuk stok bento ke sekolah.

“Ummi, jangan kasih habis arrr, Ariel mau bawa tapau pi sekolah!” Arahan keras dari si anak manja.

“Kakak pun mau bah. Ummi masak banyak sikit ya. Kakak mau tapau juga”. Sampuk si kakak yang tidak mahu ketinggalan.

Alhamdulillah. Tiada apa yang menggembirakan hati si ibu bila anak-anak berselera dengan masakannya walau seringkas mana pun.


Bahan-bahan:

1kg                Ayam (paha/kepak)
2 biji              Bawang merah (ditumbuk kasar)
3 ulas            Bawang putih (ditumbuk kasar)
3 biji              Jus limau kasturi
2 sudu           Sos cili
2 sudu           Sos tiram
2 sudu           Kicap
2 sudu           Serbuk kari
1 sudu           Serbuk kurma
1 sudu           Madu
1 sudu           Serbuk lada sulah (guna sudu kecik jer)
1 sudu           Garam (secukup rasa)
1 sudu           Parutan butter


Cara memasak:

1.     Campakkan semua bahan dalam mangkuk kecuali parutan butter. Gaul hingga sebati.

2.     Toskan ayam selepas dibasuh. Biar sedikit kering.

3.     Perap ayam seketika. Mo perap 1 malam pun ok.

4.     Panggang ayam di dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 25 minit (ikut jenis model oven korang)

5.     Parut sedikit butter di atas ayam. (saja ja letak butter supaya kulit ayam tu berkilat dan tidak kering)

6.     Bakar semula selama 5 minit.

7.     Keluarkan dan sedia untuk dihidang.




Selamat menjamu selera.





Lauk 4 Bahan, Menambah 3 Piring Nasi



Sambal Ikan Masin Lada Putih


4 bahan jer untuk lauk makan tengahari hari ni. Simple. Sempoi. Cepat. Jimat. Hihi…ramainya mak-mak yang tertanya apa menu 4 bahan tu?

Jom, ku kongsikan menu simple ni. Lauk kampong jer tapi jangan salahkan aku kalau korang menambah hingga 3 pinggan nasi yer.



Bahan-bahan:
1.     Ikan masin
2.     Tomato
3.     Lada Putih
4.     Minyak sayuran


Cara memasak:

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak sayuran.

2. Bila minyak sudah mula panas, masukkan ikan masin dan goreng hingga garing.

3. Bila ikan masin dah garing (tak perlu nak tos minyak bagai), masukkan tomato.

4. Gaulkan tomato hingga sedikit layu, kemudian masukkan lada putih.

5. Gaul hingga sebati dan sedia untuk di hidang.


Korang rasa, senang tak masak lauk ni? Best tak? Kalau best, tolong SHARE untuk kengkawan korang pula ya. Manatau ada di antara mereka nak menambah berat badan ideal macam aku ni. Hihiihi….


Kalau tak ada masa langsung nak masuk dapur, senang jer. Ni haaa Sambal Tai Minyak Adhwa yang lagi senang nak disediakan. Hanya buka penutup botol kemudian hidang bersama nasi putih. Kalau nasi putih pun kau tak ada masa nak masak, boleh jer makan dengan roti.  


Jangan lupa tau, SHARE dengan kengkawan korang entri ni. Moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan idea ni.

Jumpa lagi di entri akan datang….



Tuesday, 11 September 2018

Tawau: Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan


[PROGRAM KHAS EUSAHAWAN TAWAU, SABAH]

Sila daftar disini http://bit.ly/eUsahawan-Tawau

Ingin menjadi seorang Usahawan Digital?

Anda dijemput menyertai Program eUsahawan yang bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara PERCUMA kepada usahawan mikro.


Apa yang akan anda pelajari?

• Facebook untuk perniagaan
• Instagram untuk perniagaan
• Posting Jualan - Copywriting
• Fotofon via Canva


Syarat Penyertaan

1. Rakyat Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Berminat untuk mempelajari teknik pemasaran digital yang berkesan untuk produk dan perkhidmatan.
3. Terbuka kepada semua usahawan yang mempunyai perniagaan atau ingin memulakan perniagaan
4. Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet atau computer riba.
5. BELUM PERNAH HADIR kursus eUsahawan.


Kelebihan Menyertai Program eUsahawan

1.   Berpeluang untuk menjadi salah seorang ‘Usahawan Digital Berjaya’.
2.   Terpilih untuk menyertai program latihan lanjutan untuk platform.
3.   Percuma ‘buku simpan kira’ dan ganjaran apabila anda merekodkan jualan di portal eUsahawan.
4.   Jaringank kerjasama ‘Networking’ yang meluas.



Seminar ini akan dijalankan satu hari penuh.



SIJIL PENYERTAAN DIGITAL DIBERIKAN



Butiran seperti dibawah:

Tarikh : 23 September 2018
Hari: Ahad
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Training Olive House Tawau
Yuran: Percuma


TERHAD KEPADA 40 PESERTA SAHAJA.


Pra-Pendaftaran Online, KLIK LINK ini:-


atau



Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline eUsahawan di +60 16-817 8716. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Terima kasih.


eUsahawan Certified Trainer
Trainer Code : TG246


#WiraDigital #eUsahawan #eUsahawanCertifiedTrainer #eUsahawanSabah #eUsahawanTawau #CoachRieya #OliveHouseSabah #OliveHouseTawau #Aafiat


Monday, 20 August 2018

Easy Ways To Delete A Facebook Page


Cara Menghapus Halaman Facebook, Fan Page atau Facebook Perniagaan


Log-iIn (log masuk) dulu ke akaun Facebook.



Setelah itu, klik ikon bendera, buka halaman (pages) 
yang kita kelola dan ingin dihapus.



Scroll ke bawah dan pilih halaman facebook 
(page) yang ingin dihapus (delete)



Selepas memilih halaman facebook (page) 
yang ingin dihapus (delete), klik butang "edit page" 



Setelah berada di halaman "edit page", 
scroll ke bawah. Klik butang "settings" 



Setelah berada di halaman "settings", 
klik butang "general".



Setelah berada di halaman "general", 
scroll ke bawah hingga terjumpa perkataan "remove page"



Pilih halaman facebook (page) yang ingin di hapus (delete)
“Hapus nama halaman secara permanen” 
atau dalam english nya "Deleting a page is permanent"

Klik butang "delete page"


Terakhir akan muncul info yang memberitahukan proses penghapusan akan dibatalkan dalam waktu 14 hari, pilih OK. Selesai

Sangat mudah bukan hanya perlu beberapa langkah saja FB page yang dulu pernah kita buat sudah dihapus dan tentu tidak akan dapat diakses lagi seperti sebelumnya.

Semoga bermanfaat dan jika masih kurang jelas sila panjangkan pertanyaan kalian ke http://bit.ly/CoachRieya

Semoga perkongsian ini membantu kalian.




Putatan: Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan


[PROGRAM KHAS EUSAHAWAN PUTATAN, SABAH]

Sila daftar di sini http://bit.ly/eUsahawanPutatan-September


Ingin menjadi seorang Usahawan Digital?

Anda dijemput menyertai Program eUsahawan yang bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara PERCUMA kepada usahawan mikro.


Sila daftar di sini http://bit.ly/eUsahawanPutatan-September



Apa yang akan anda pelajari?

• Facebook for Business
• Instagram for Business
• WhatsApp Marketing
• Copywriting Techniques
• SEO On Facebook


Apakah prasyarat yang dikenakan?

1. Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan.
3. Keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital.
4. Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar dan tablet.
5. BELUM PERNAH HADIR kursus eUsahawan.


Seminar ini akan dijalankan satu hari penuh.


Butiran seperti dibawah:

Tarikh : 10, 14, 17 & 21 September 2018 (***pilih salah satu tarikh sahaja)
Hari: Isnin / Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia, Kg. Muhibbah, Petagas
Yuran: Percuma


TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA.


Pra-Pendaftaran Online, KLIK LINK ini:-



Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline eUsahawan di +60 16-817 8716. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Terima kasih.


Nasriah Binti Abdullah
eUsahawan Certified Trainer
Trainer Code : TG-246



#WiraDigital #eUsahawan #eUsahawanCertifiedTrainer #eUsahawanSabah #eUsahawanKotaKinabalu #eUsahawanPutatan #eUsahawanPetagas #eUsahawanPapar #CoachRieya


Wednesday, 15 August 2018

KEMAS Sabah: Kelas eUsahawan Bersama Coach Rieya [15 Ogos 2018]



Alhamdulillah. Lega sangat. Kelas eUsahawan hari ni adalah peserta usahawan KEMAS dari pelbagai daerah.  Satu cabaran baru sebenarnya berdepan dengan peserta yang agak kurang pengetahuan tentang pemasaran digital. Selain nak kongsikan ilmu, apa itu pemasaran digital, cabaran terbesar adalah mengajar topik bagaimana bina page perniagaan dan perniagan di Instagram. Rata-rata peserta hari ni yang sangat lemah dalam aplikasi pemasaran digital.

Kedua, isu penggunaan bahasa di media sosial. Rata-rata peserta yang hadir kelas eusahawan hari ini menggunakan Bahasa Melayu. Kalau melayu Malaysia tak apa juga, ini melayu versi Indonesia. Pelbagai perkataan dalam satu maksud. So, aku terpaksa memikir maksud yang sama untuk beri mereka pemahaman yang jelas.

Ketiga, pelbagai jenis jenama telefon. Dalam situasi ini, aku juga terpaksa belajar dan buat kaji selidik kedudukan ikon-ikon dan gadget yang ada di telefon pintar mereka. Lain jenama telefon, lain juga kedudukan ikon seperti edit page, edit profil, setting dan sebagainya.

Keempat, ini kelas pertama yang aku tidak sempat habiskan keseluruhan topik yang telah aku rancang untuk kelas eusahawan yang aku jalankan . Sebab pertama, peserta tiba di kelas agak terlalu lewat. Kelas yang aku rancang biasanya bermula 8.30am. Paling lewat pun lebih kurang 9.00am. Tak mengapa, boleh dimaafkan. Kemungkinan sebab lokasi kelas yang agak kurang familiar buat mereka. Kesukaran mencari lokasi dan tempat letak kereta juga punca utama.

Kelima, kelas ni khas untuk belajar pemasaran digital. Sudah tentulah penggunaan telefon pintar (laptop jika ada) dan internet sepanjang kelas berlangsung akan digunakan. Terdapat dikalangan peserta kelas baru separuh jalan untuk topik pertama, beteri telefon dah habis. Pengecas pula tak bawa. Nak pinjam kawan lain pun tak dapat. Maklumlah semua pun nak guna dalam masa yang sama. So sudahnya mereka hanya duduk diam dan mendengar bebelan aku kat depan. Harap mereka fahamlah apa yang cuba aku sampaikan.

Kelima, ada sorang peserta tu aku tanya, “kenapa tak buat apa yang saya ajar? Kalau tak buat sekarang macam mana nak tahu? Macam mana nak pandai?”. Dia hanya tersenyum dan aku tanya soalan yang sama sekali lagi. Jawapan yang aku terima, “saya tiada facebook. Saya tiada emel”. So, jawapan tu aku boleh terima tapi yang aku tak tahu nak cakap apa bila aku nak tolong dia daftarkan emel dan akaun facebook yang baru, dia cuma sempat jawab, “Tak payahlah cikgu, nanti saya tengok kawan buat (sambil tunjuk kawan sebelah)”. Kawan sebelah pula terkebil-kebil. Bila aku dapat respon macam ni, aku tak tahu nak tolong macam mana usahawan kita yang hidup jauh dari bandar agar berfikiran lebih terbuka.

Aku tak marah pun kalau dia tak tahu buat, malah aku sanggup tolong ajar langkah demi langkah macam mana daftar emel dan buat akaun facebook yang baru.  Itulah tujuan utama kenapa aku sanggup terjebak menjadi trainer eUsahawan. Aku nak tolong rakan-rakan usahawan sama-sama miliki ilmu pemasaran digital agar sama-sama maju dan dapat mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan. Seronok jugakan kalau maju ramai-ramai? Barulah meriah!

Keenam, dalam ramai-ramai peserta yang hadir, tak ada seorang pun yang membawa produk untuk dipromosikan. Kalau tak, sempatlah tolong sebarkan di ruangan blog ini.

Ketujuh, aku kagum dengan urusetia yang mengiringi peserta yang hadir. Ada sorang tu sempat bawa produk dan tester sekali. Kuih Bahulu. Sedap. Sempat juga dia promosi dengan peserta lain yang hadir dalam kelas. Cuma aku tak sempat ajar topik CANVA. Kalau tak boleh aku tunjuk macam mana nak buat iklan poster kuih bahulunya. Tak apalah, bukan rezeki namanya kan?

Kalau korang nak tempeh kuih bahulu beliau, sila layari laman niaga ni https://www.facebook.com/kuihbahuluhomemade atau boleh terus hubungi www.wasap.my/60146859693.

Kesimpulannya, aku tetap happy dengan mereka. Walau dah jam 5.15pm ada juga yang tak nak pulang. Masih gigih bertanya soalan. Kalau nak buat ni macam mana? Kalau nak buat yang tu macam mana? Cuma aku tak sempat nak layan dan tunjuk satu per satu. Pusat training dah nak tutup so terpaksa aku berkemas-kemas.

Apa yang aku harapkan, akan ada lagi kelas eUsahawan bersama peserta-peserta dari KEMAS di seluruh Sabah. Apa yang sempat aku cadangkan dengan urusetia pengiring tadi, Pn Maslia dan En. Bob, lebih baik kelas ni di adakan lagi mengikut kluster perniagaan masing-masing. Contoh, kumpulkan peserta khas untuk kluster craft, makanan, jahitan, urutan dan sebagainya. Jadi, satu kluster satu kelas. Ini adalah supaya lebih fokus kearah satu kluster perniagaan dan dalam masa yang sama bolehlah aku kongsi idea macam mana buat ayat iklan page, macam mana nak buat design poster iklan di Instagram.

Pendek kata, kita tunggulah perancangan akan datang untuk kelas eUsahawan bersama usahawan-usahawan di bawah bimbingan KEMAS Sabah.


Melakar memori sepanjang sesi kelas eUsahawan berlangsung.





























Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular