Monday, 4 January 2016

Jaga Keselamatan Anak


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Ramai ibu bapa yang excited kongsi kisah anak masuk sekolah. Biasalah ibu bapa selalu memang excited anak dah besar! Rasa macam baru je dukung, suapkan moi pada anak. Harini masuk darjah 1, tingkatan 1.

Cuma pesanan saya, dengan keadaan negara yang banyak kes culik dan kes pelik-pelik, tolong jangan dedahkan lokasi sekolah spt nama sekolah, snap gambar buku sekolah yang ada nama sekolah, snap lencana sekolah yang orang boleh detect sekolah mana.

Nama anak dah tahu, sekolah anak dah tahu, darjah berapa dah tahu. Senang kan kerja mereka? Bukan nak bersangka buruk. Langkah berjaga-jaga.

Ada mata-mata memandang. Yang nak buat kerja-kerja duit cepat dalam keadaan ekonomi mendesak. Ada sanggup ragut, rompal, culik dsb.

Selalu pesan anak: 
1. baca doa keluar rumah - bismillahi tawakkaltu alallah
2. Jangan keluar dari pagar sekolah sampai ibu bapa / penjaga datang
3. Jangan ikut orang tak kenal - yang tanya jalan dsb
4. Boleh juga buat lakonan kalau orang bagi gula-gula ambil tak? Tanya supaya mereka berfikir. 
5. Ibu bapa doakan keselamatan anak-anak. Sesungguhnya bukan kita yang memelihara anak-anak kita, tapi Allah yang memelihara anak-anak kita

Moga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca dan pengunjung setia blog "Suri Rumah Berpendapatan Sendiri".

Sunday, 3 January 2016

Aku Paling Pantang Kalau Kena 'TAG'


Teks: Nasriah Abdullah
Foto:


Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik sudah hari ketiga kita di tahun 2016 yer. Sungguh cepat masa berlalu. Ni baru hari ketiga sana sini nama ku kena tag dalam FB. Pelbagai jenis promosi bisnes online.

Dalam bisnes online ni, orang paling pantang kalau tag dia. Betul tak? Ke aku je yang rasa gitu?

Selalu sangat aku kena. Banyak kali dari orang yang sama. Last-last kalu bosan memang 'unfriend' la jawabnya.

Jangan buat orang macam tu yer. Begitu juga orang terhadap kita.

Never tag orang ye. Lainlah orang tu adalah orang yang ada kaitan dengan apa yang kita share tu. Dan dia nak info dari kita atau trestimoni dia ke... Hah! Yang itu bolehlah. Sebab tu dia punya. So kita bagi kredit lah juga kat empunya testimoni kan.

Kalau yang lain, tak ada kaitan dengan dia, walau kita rasa dia perlukan produk kita tu. Jangan tag dia. Ini peringatan untuk diri sendiri juga.

Moga bermanfaat ye kawan-kawan semua J


Part #3: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan. 


3 - Memilih Bisnes Yang Tepat & Membangunkan Bisnes Dengan Betul

Ketahui bagaimana memilih jenis bisnes dan membangunkannya sehingga ke tahap 7 angka hanya dengan modal permulaan dari serendah RM500 ke RM2,000 - Yang mana anda juga boleh lakukan. Kuasai kemahiran memilih dan mengesan jenis bisnes yang bersifat genuine dan mampu memberikan keuntungan berlipat kali ganda. Ramai yang terperangkap dalam mitos memilih bisnes yang disangkakan menguntungkan tetapi akhirnya rugi atau tidak bertahan lama, hilang ditelan masa. Satu perkara yang penting di dalam hal ini adalah bisnes yang 'hot' bukan bisnes yang 'tulen' dan ketahui langkah mengelakkan dari tersalah terpilih menjalankan bisnes yang 'hot' ini.


Ditunjukkan bagaimana membuat perancangan bisnes dan forecast dengan berkesan. Ketahui secara advance misteri asas bisnes anda seperti hal siapa pelanggan yang anda mahukan dan cara membina struktur penting organisasi bisnes anda. Akhir sekali penuhi Quadrant Pendapatan - (Berbeza dengan quandrant yang diajar R.Kiyosaki) bisnes anda jadi anda mempunya paip-paip perdapatan yang selamat dan berterusan.

Saturday, 2 January 2016

Formula Menjemput Rezeki

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


Formula Menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..


Wallaahua'lam..

Part #2: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan. 


2 - Kuasai Kejuruteraan Kuasa Minda



Di bahagian ini digali secara dalam tentang mindset dan kuasa minda. Ilmu kejuruteraan minda dengan teknik Models of Reality dan Systems For Living. Dengan ini anda tahu untuk mengasah minda menjadi minda yang hebat dan menggunakannya dengan berkuasa sekali.

Anda juga akan ditunjukkan bagaimana dengan menggunakan teknik bending reality melalui kuasa minda dan persepsi anda boleh menarik dan merealisasikan perkara-perkara positif dan apa sahaja yang anda mahukan ke dalam hidup anda dan bisnes anda dan juga meminimakan rasa takut kegagalan. Selain itu hapuskan Trap of Reality jadi anda boleh bebas mencapai matlamat dan impian. Belajar bagaimana untuk connect dengan insan berpengaruh dan dalam masa yang sama anda juga boleh mempengaruhi orang lain.


Akhir sekali ketahui bagaimana tetapkan mindset duit yang betul supaya anda menguasai duit untuk kebaikan banyak perkara. Kesemua teknik ini membantu saya dengan izinNya untuk transformasi dari sekadar seorang makan gaji RM3,000 sebulan kepada berpendapatan sendiri 6 angka setahun dan memiliki aset bernilai 7 angka serta beberapa bisnes yang genuine. Tuhan telah kurniakan kuasa minda yang hebat hanya kita perlu ketahui melatih dan menggunakannya.

Friday, 1 January 2016

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


⏳ Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang
gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada majan?" " Apa la pen kertas pun tak
bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia
berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia
suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia x cari
kerja.

Orang berjaya sikap berbeza!!
⏳ Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak,
dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga
buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang
berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan
seterusnya.

⏳ Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka.
Invest wang, tenaga dan masa.

⏳ Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda.
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

⏳ Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka
nak berjaya.
Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

⏳ Mereka berkawan dengan orang yang betul.

⏳ Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes
mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan
kepantasan.
Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order
tu bila nak siap?

⏳ Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk
melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan
kutukan orang.

⏳ Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan
anda NENEK JUTAWAN!.
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di
situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.
Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

⏳ Mereka konsisten & persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak
jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Untuk insan-insan HEBAT!!
Semoga kalian kaya & berjaya dunia akhirat!!!!

Part #1: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.


1 - Bina Pesona Kendiri Usahawan Hebat

Bagaimana anda mahu memiliki bisnes yang sukses sedangkan diri anda sendiri bermasalah? Bagaimana nak kembangkan bisnes kalau anda sendiri tidak berkembang secara individu? Di dalam bahagian ini anda akan dibantu cara-cara menjadi usahawan yang cemerlang. Anda akan mempunyai sikap dan minda yang betul sebagai usahawan jadi anda akan sentiasa positif dan tidak mudah kecewa. 



Belajar bagaimana untuk amalkan lifestyleusahawan yang tepat dan meningkatkan pendapatan anda dengan berdamping rakan yang betul. Ketahui teknik 80% produktiviti dengan 20% usaha. Pelajari juga bagaimana mengetahui nilai masa anda jadi anda boleh jual dan beli masa anda. Dengan ini anda dapat menghasilkan lebih banyak duit dalam masa yang sama mempunyai masa yang banyak. Semua orang mempunyai 24 jam sehari tetapi hanya yang tahu memanipulasikan masa boleh mendapat masa 48 jam dari 24 jam. Di bahagian ini juga anda dapat pelajari bagaimana merangka perkembangan hidup anda selari dengan perkembangan bisnes. Dan disertakan sekali tip dan persediaan berhenti kerja untuk jadi full time bisnes.


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular