Thursday, 17 November 2016

Jamuan Perpisahan Kelas 1 Akasia SK Pekan Putatan



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Hari ni kakak ada jamuan perpisahan kelas. Kakak cadang nak bawa makanan juga.

Ummy ingat nak masak mee atau kueh teow kerang tapi takut kakak tak terangkat bawa ke sekolah. Berat. Tambah pula jamuan bermula waktu rehat.

Marshmallow Chocolate Stick pun kakak nak bawa juga. Semalam baba bawa kakak pi shopping barang jamuan. Marshamllow peket ada jual cuma coklat masakan tak jumpa.

Sebenarnya coklat masakan tak berjenama tu ada. Coklat biasa je cuma ummy yang tak nak guna. Rasa tak berapa nak sedap. Nak juga coklat jenama Beryl's. Manisnya kurang. Lagi sedap bila di olah dengan protein susu ESP Shaklee. Fuuuuh! Yang sudah rasa saja pasti datang berkali-kali nak beli.

Sudahnya beli jajan je sebabnya ada kawan lain juga bawa mee. Jawapan selamat dari mulut kakak. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂

Yang happy, ummy la. Senang kerja. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂


Resepi Sambal Kulat Bermusim Masakan Tradisi Bugis



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Langkah demi langkah mudah menyediakan Sambal Kulat Bermusim . Lauk kampung, masakan suku kaum Bugis. Anak jati Bugis beb. kalau tak reti makan lauk ni, tu bukan anak Bugis namanya. Lauk ni boleh dimakan hanya sewaktu musim hujan sahaja.

Bertuahlah pada ibu-ibu atau bakal ibu yang mengidam lauk ni di musim hujan. Sebab senang nak dapat kulat jenis bermusim ni. Kalau musim panas, kompom meleleh liur. Nangis air mata darah tak berlagu belum tau dapat makan.

Kenapa saya kata Sambal Kulat Bermusim? Sebab kulat ni hanya boleh dibeli di pasar sewaktu musim hujan. Cendawan ni tumbuh di pokok kayu yang telah reput. Tak tahulah apa nama cendawan ni. Mak selalu sebut kulat jadi saya pun panggillah kulat. Makcik-makcik kat pasar tamu yang jual cendawan ni pun panggil kulat. Jadi memang sahlah namanya kulat kan? Hahahaha hantam sajalah...

kulat yang wujud hanya sewaktu musim hujan.

Beli jenis kulat bermusim ni kat pasar tamu. Dek non, engko tengoklah dalam gambar macam mana rupa kulat bermusim tu ya. Hakak tak reti nak jelaskan kulat yang macam mana. Hakak dah memang kenal kulat tu jadi senang nak beli. Kalau nak masak menu ni kena masak waktu musim hujan sebab kulat ni akan banyak terjual pada musim hujan saja. Hah! Masa ni la baru merasa dapat makan sambal kulat bermusim.

Di pasar tamu ada yang jual kulat yang sudah siap di bersihkan batang kulat tu. Hah! Tengoklah gambar tu. Kulat yang siap untuk di masak. Ada pula kita terpaksa buang sisa-sisa dahan kayu yang masih melekat kat kulat tu. Buat kerja sikit je dek non. Jangan merungut. Kata nak jadi menantu terbaik dan isteri solehah. Buat saja. Jangan banyak menbebel.

Ada makcik-makcik jual kulat yang sudah kering. Itu lagi senang kerja. Macam yang hakak beli ni, kulat masih segar yang baru dipetik dari dahan pokok. Kulatnya basah dan kelihatan segar. RM2 sepiring. Beli satu piring mana cukup untuk makan seperut. Kebetulan makcik tu ada jual 9 piring. Siap dia offer RM3 untuk 2 piring. Wah! Kira murah tu. Belum sempat nak tawar menawar makcik dah offer harga murah.  Jadi hakak borong semua 8 piring untuk harga RM12. Tinggal satu piring baki lagi. Hakak kata nak borong semua tapi makcik tu bagi percuma saja. Lepas tu ditambah lagi baki stok dalam plastik yang hampir 2 genggam banyaknya. Wah! rezeki di pasar tamu la nampaknya.

Minggu lepas hakak sempat juga beli 6 piring. Kulat yang tu hakak cuma dapat harga RM5 untuk 3 piring selepas sesi tawar menawar dengan makcik tu. Rezeki setiap minggu berbeza. Tak tahu lagi rezki pasar tamu untuk minggu depan. Harap masih ada dijual kulat ni.

Dah! Stop cerita kulat. Jom kita masak...


Bahan-bahannya ialah:-

500 gram kulat (cendawan)
250 gram ikan bilis
1/2 biji kelapa parut
200 gram lada hijau
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
1 batang serai
3 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
100 ml minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan Sambal Kulat Bermusim

Langkah Pertama. Pastikan cek betul-betul tiada lagi dahan kayu melekat kat kulat tu. Basuh bersih-bersih kulat yang telah dikeringkan tadi. Letak tepi.


Langkah kedua. Basuh ikan bilis bersih-bersih dan toskan airnya. Saya pilih ikan bilis yang bersaiz kecil. Sedap dan mudah dibersihkan. Tak perlu buang kepala. Kalau untuk jualan, saya guna ikan bilis yang bersaiz besar sedikit. Ikan bilis itu perlu di kopek atau belah dua dan kepala di buang.

Selepas toskan airnya basuhannya, panaskan kuali dan tuanglah minyak secukupnya untuk menggoreng ikan bilis.

Ikan bilis kecil yang telah digoreng
separuh garing bersama bawang merah.

Ikan bilis digoreng bersama satu biji hirisan bawang merah untuk menaikkan bau wangi ikan bilis. Kalau nak jimat bawang pun tak apa. Tak perlu letak. Angkat ikan bilis tu setelah kelihatan separuh garing.

Kalau ikut cara mak, ikan bilis tu tak perlu goreng tapi saya suka makan garing-garing jadi saya goreng la ikut suka selera saya. Hihihi...


Langkah Ketiga. Ambil lesung batu dan tumbuklah bawang merah dan bawang putih. Kalau tahap malas datang guna jer mesin pengisar. Tapi waktu nak masak Sambal Kulat Bermusim ni, saya tengah mood rajin nak masak jadi saya guna lesung batu. Tumbuk tidaklah lumat sangat. Agak-agak hancur macam dalam gambar tu saja. Serai tu pun ketuk la sekali.

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.
Termasuklah serai sekali.

Langkah Keempat. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dengan lesung batu tadi. Tumis hingga naik bau. Tambahkan garam secukup rasa sesedap lidah, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.

Masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan serbuk kunyit.

Bila bahan tumis dah pecah minyak dan harum semerbak sudah memenuhi ruang tamu jiran sebelah, masukkan kulat yang sudah dibersihkan. Gaul sebati.


Langkah Kelima. Bila sudah sebati, masukkan santan perahan yang sudah diselawat ntah berapa ratus kali. Cara nak dapat santan berkualiti bolehlah baca entri sebelum ni di sini Petua Perah Santan. Gaul sebati hingga pecah minyak.

Perahlah kelapa parut ni secara manual.
Dapatkan pati santan yang asli.
Barulah sedap masakan tu.

Langkah Keenam. Apabila santan sudah sebati dengan kulat dan santan itu sudah tersejat sedikit jadi bolehlah masukkan ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing tadi. Eh! Ikan bilis ini semakin kurang kuantitinya. Ini mesti engko dah sumbat kat mulut tadi masa perah-perah santan kan?

Ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing.

Langkah Ketujuh. Bila kuah sudah hampir kering, masukkanlah lada hijau yang sudah dihiris serong. Saya tak terangkan macam mana nak hiris lada hijau tu jadi korang tengok jer rupa lada hijau yang dihiris serong tu dalam gambar. Hah! Jelas tak? Atau suka hati koranglah nak hiris macam mana. Layukan saja lada tu kemudian hidang. Dan siap untuk dijamah bersama seisi keluarga.

Lada hijau segar yang sudah dihiris serong.

Hidanglah bersama nasi putih panas-panas yang baru masak dari periuk nasi. Nak makan sekali dengan lauk ikan goreng atau ayam masak kicap pun boleh. Makan satu keluarga. 

Fuuuh! Tak sabar nak makan.

Fuuuh! Selera sampai boleh tambah nasi 3 kali. Lupa rasa nak kenyang. Suami juga bertambah. Selesa anak-anak luar biasa. Yang jarang menambah nasi juga bertambah. Alhamdulillah. Masak dari hati. Masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Siap untuk dijamah. Selamat menjamu selera.

Akhir sekali, kalau korang rasa resepi ni membantu memberi idea menu nak masak apa hari ni untuk perut abam yang sedang berkeroncong riang, bolehlah kongsikan dengan pembaca yang lain. Semoga bermanfaat ya.

Selamat mencoba dek non.







Resepi Ayam Lengkuas Makanan Tradisi Bugis



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Carian Google


Langkah demi langkah mudah menyediakan Ayam Likku atau lagi moden nama diberi Ayam Lengkuas.  Makanan tradisi suku kaum Bugis. Anak jati Bugis beb. Kalau tak reti makan lauk ni tu bukan anak Bugis namanya.

Bahan-bahannya ialah:-

500 gram ayam kampung
250 gram lengkuas kering
1 biji kelapa parut
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
2 batang serai
5 hiris asam mangga
3 sudu besar serbuk kunyit
1 batang kayu manis
3 kuntum cengih
1 jambak bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 biji buah keras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
100 ml minyak masak untuk menumis


Langkah pertama. Sebelum memasak kenalah sediakan lengkuas dahulu. Ambil lengkuas hidup. Hiris sederhana halus. Agak-agak je untuk gigi blender yang korang guna. Kalau tajam sangat bolehlah hiris tebal-tebal. Kalau serupa pengisar yang saya guna ni yang hampir senja terpaksalah hiris sehalus mungkin.

Lengkuas Di Parut

Kisar semua lengkuas yang telah dihiris tadi dan perah airnya. Setelah selesai bolehlah dikukus lengkuas itu sebelum dijemur. Kenapa perlu dikukus? Tak tahulah kenapa. Mak kata untuk hilangkan rasa pedas lengkuas dan naikkan wangi lengkuas tu. So anak-anak pun boleh makan sekali. Jemurlah lengkuas tu selama 1 hingga 2 hari atau sehingga lengkuas tu kering.

Hah! Ambek kaw. 1 hingga 2 hari yer dek non, nak tunggu lengkuas kering. Sebenarnya boleh jer masak terus lepas lengkuas tu dikukus cuma ada perbezaan rasa disitu.

Kalau nak ikut betul-betul cara tradisi dari nenek moyang, mana ada guna pengisar dek non. Guna saja pisau dan hirislah lengkuas tu halus-halus. Macam buat carik-carik ayam rebus gitue. Agak-agak korang, 250 gram lengkuas yang nak kena hiris tu ambik berapa lama?

Masa sekolah rendah dulu selalu guna cara ni. Guna pisau saja hiris-hiris lengkuas tu. Kadang guna parut jer. Masa tu mesin pengisar belum wujud lagi dalam ruang dapur mak.  Kalau parut tajam sangat, silap-silap jari sado pun boleh terparut sama. Sekarang rasa tak sanggup nak tunggu, gunalah cara pantas. Kita main kisar-kisar jer senang. Jari yang sado pun surrender dek non nak hiris-hiris lengkuas yang tak berapa nak lembut tu.


Langkah kedua. 1 biji kelapa parut segar. Ambil kelapa parut tadi dan perahlah pati santannya. Bukan kelapa parut yang nak diguna tapi pati santan segar itu penting. Diperah ikut putaran jam dengan dua belah tangan.

Perah santan cara manual barulah sedap menusuk hingga ke seluruh ruang perut.

Jangan malas pesan arwah nenek. Perah dengan dua belah tangan. Tangan kanan diutamakan serta diiringi dengan bacaan selawat yang tak pernah putus. Petua yang diturunkan oleh arwah nenek suami sebelah mak mentua. Lauk tahan lebih lama dan lagi sedap dimakan. Tak mudah basinya katanya.

Kata arwah nenek yang masih segar dalam ingatan. Petua itu sentiasa diamal jika memasak menggunakan bahan kelapa parut. Selepas siap proses perah memerah bolehlah diletak tepi dulu santan itu.

Kalau dah tahap kemalasan datang menerpa, guna saja santan dalam kotak atau santan serbuk. Tapi rasa lemak santan asli sangat jauh bezanya sebab itu saya lebih mengutamakan bahan-bahan asli yang segar.


Langkah ketiga. Ambil bawang merah, bawang putih, halia, serai dan buah keras. Kisar hingga lumat kesemua bahan-bahan ini. Guna sedikit air saja untuk proses mengisar. Nak guna minyak pun boleh. Dalam masakan kali ini saya terlupa kisar serai sekali jadi ketuk-ketuk saja serai tu pun jadilah. Asal keluar wangian dan rasa serai dalam masakan nanti. Setelah siap proses mengisar, kita letak tepi dulu.

Ni saja yang sempat di snep. Bahan-bahan lain kita main
campak-campak jer ikut style chef yang dah pro. 

Langkah keempat. 500 gram ayam kampung. Potong ayam mengikut saiz kesukaan sendiri. Basuh bersih-bersih. Toskan air basuhan ayam. Kalau untuk menu jualan bazar, saya biasa guna paha ayam bersaiz besar dan dipotong dua sahaja. kalau paha ayam yang bersaiz kecil ala-ala anak ayam kefsee saya biarkan seketul macam tu.

Lepas tu bolehlah lulurkan ayam dengan hirisan asam mangga, sedikit serbuk lada sulah, dan serbuk kunyit. Tak nak campur garam nanti telebih masin. Nak letak serbuk kunyit kemudian pun boleh. 


Hirisan asam mangga buatan tangan nenek di kampung
yang dibuat dengan penuh kasih sayang.

Guna asam jawa pun boleh tapi saya lebih suka cara tradisi dari nenek moyang. Asam mangga yang ditanam, dijaga rapi dan dibuat sendiri. Pokok panggalnya dari A hingga Z semua hasil asam mangga dari titik peluh nenek di kampung. Satu-satunya nenek sebelah mak, adik beradik atok, ayah kepada mak yang masih diberi kesihatan yang baik dan usia yang panjang yang sudah mencecah seratus tahun. Alhamdulillah. doakan nenek sihat dan masih bertenaga menghasilkan asam mangga untuk anak, cucu dan cicitnya.

Korang nak guna ayam bandar pun boleh tapi dalam gambar ni saya guna ayam kampung (potongan ayam kampung lupa nak snep gambar so korang imajin sajalah). Ayam jantan yang dipelihara dan diternak sendiri dengan penuh kasih sayang oleh  ayah. Apa yang paling seronok, ayam ini disembeleh dengan penuh tertib dan patuh syariah. Halal dan sedap dimakan. Walau ayam kampung tapi dagingnya tak keras mahu pun liat sebab kena dengan cara masaknya.

Kalau guna ayam bandar pun boleh cuma kena pandai gaul ayam tersebut semasa proses memasak. Ayam bandar ni dagingnya lembut jadi bila terlalu menggaul isi ayam boleh terlerai dari tulangnya. Jadilah ayam hancur masak lengkuas. Hahaha dah tak jadi rupa ayam lengkuas dah lepas tu. Makanya, kena ada teknik memasak yang betul. Cewaaah! Dah jadi macam ala-ala chef dah.

Kalau tak nak ayam tu hancur, petuanya mudah saja. Goreng ayam terlebih dahulu. Goreng suku masak sahaja ye. Agak-agak kulit ayam tu kering sedikit, angkat dan toskan minyak. Cara ini sesuai kalau nak buat jualan.


Langkah kelima. Panaskan kuali. Bila kuali dah panas, masukkanlah minyak. Agak-agak minyak dah panas, masukkan bahan kisar tadi termasuk la kayu manis, cenggih, bunga lawang, buah pelaga dan serai yang diketuk-ketuk tadi. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.

Sesetengah orang suka campur serbuk jintan manis dan jintan putih. Mak tak suka makan makanan yang banyak jenis rempah-ratus jadi saya tak campur. Biar yang asas saja katanya. Lagi sedap. Selera masing-masing.


Langkah keenam. Bila bahan tumis dah mula pecah minyak dan berbau harum semerbak satu rumah, bolehlah masukkan santan. Proses ini agak lama sedikit. Masak santan sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu macam mana? Sehingga santan itu naik berketul-ketul. Sentiasalah gaul sebati. Jangan sampai pati santan tu melekat kat tepi-tepi kuali. Proses ini mengambil masa sehingga 30 minit atau lebih. Bergantung dengan kepanasan api dapur gas yang korang guna.

Santan yang sudah mendidih dan nak hampir jadi minyak.

Langkah ketujuh. Bila pati santan tadi sudah mula naik- ketul-ketul dan tak nampak rupa santan lagi bolehlah masukkan lengkuas kering tadi. Sebelum masukkan lengkuas, pastikan lengkuas itu sudah siap dibasuh bersih-bersih. Maklumlah kita tak tahu apa yang dah melakat kat lengkuas tu semasa proses mengering. Untuk langkah kebersihan dan keselamatan, basuh saja hingga bersih. Jangan banyak tanya kenapa.

Gaul sebati di dalam kuali. Supaya lengkuas tu tak nampak pucat, tambahkan serbuk kunyit. Kalau 3 sudu tu rasa tak cukup kuning, tambahkan saja lagi sehingga warna kuning yang korang suka. Kalau nak lagi harum semerbak wangi kunyit, boleh guna kunyit hidup. Masa nak masak ni, kunyit hidup kat dapur sudah habis stok, jadi nak cepat kita guna yang serbuk pun boleh. Asal warna kuning tu ada.

Bila dah jadi macam ni bolehlah masukkan ayam kampung.

Langkah kelapan. Korang tengoklah bila pati santan dan lengkuas itu sudah cukup sebati dan hampir nak kering, bolehlah masukkan ayam kampung yang sudah dilulur dengan asam mangga tadi. Nak masukkan hirisan asam mangga sekali boleh. Nak buang pun boleh. Ikut selera koranglah nak buat macam mana.

Kalau tanya saya, hirisan asam mangga tu saya keluarkan sebab nanti suami makan boleh hilang selera bila tergigit hirisan asam mangga tu. Nanti telebih masam pula. Masak ikut selera suami juga, jadi buangkan saja. Kalau ikut selera saya memang masuk sekali. Sedap apa, hisap-hisap hirisan asam mangga tu. Ceeeh! baru sebut dah nak leleh air liur. Ni yang tak tahan ni.


Langkah kesembilan. Gaul sebati ayam tu dan masukkan garam secukup rasa. Kalau nak tambah serbuk perisa ayam tu pun boleh tapi saya tak guna sebab nak kekalkan rasa asli dari resepi nenek moyang. Walau cara penyediaannya sudah di upgrade dengan sedikit cara moden.


Masak sehingga warna lengkuas itu kuning keemasan.

Langkah kesepuluh. Masaklah hingga kering. Masak sehingga warna lengkuas itu kuning keemasan. Kalau sudah jadi emas gold bar 916 bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Ayam Lengkuas siap untuk dijamah.

Engko makanlah dek non bersama abam mr pilot tersayang. Hidang saja dengan nasi putih panas-panas. Fuuuuh! Jangan marah kalau dek non yang nak kurus ramping bergaya telajak tambah nasi sampai tiga kali. Hakak tak jamin engko kurus macam anak dara pinggang 25cm kalau makan melantak lupa dunia betambah sampai 3 kali.

Kalau sudah kenyang, rehat sebentar. Selepas 10 atau 30 minit telan 3 biji Omega Guard Shaklee. Minyak ikan terbaik dunia yang mampu memecahkan lemak degil selepas korang membaham ayam masak lengkuas dengan 3 kali tambah nasi.

Akhir sekali, kalau korang rasa resepi ni membantu memberi idea menu nak masak apa hari ni untuk perut abam mr pilot yang sedang berkeroncong riang, bolehlah kongsikan dengan pembaca yang lain. Yang nak jadikan salah satu menu sumber pendapatan juga boleh. Ambil saja resepi ini. Semoga bermanfaat ya.

Selamat mencoba dek non.






Raihkan Kejayaan Anak-Anak Yang Cemerlang Dalam UPSR 2016


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Ramainya mak-mak update status result UPSR anak. Saya tak ada anak ambil result UPSR. Anak sulung baru darjah satu. Kakak sampaikan pesan cikgu tadi. Esok pagi ummy dengan baba kena pi sekolah. Cikgu pesan ambil report card.

Keputusan peperiksaan akhir ummy dan baba dah tahu dah. Kedudukan kakak  dalam kelas pun dah tahu . Result, kami mak bapa tengok melalui online sekolah jer. Alhamdulillah. Ada sedikit peningkatan.

Walau pun kakak terlepas dari senarai top 10 dalam kelas tapi ummy dan baba bangga dengan kakak sebab keputusan peperiksaan akhir untuk sekolah sekolah rendah banyak peningkatan.

Bagi sekolah agama, juga ada peningkatan. Kakak masih tersenarai top 10 dalam kelas. Guru-guru kelas memuji prestasi kakak dalam kelas.

Mak-mak yang punya anak tunggu result UPSR sedang sibuk kongsi kejayaan anak masing-masing. Yang berjaya akan di up dalam fesbuk dan instagram. Bagi yang kurang cemerlang hanya diam membisu. Mungkin ada mak bapa yang naik berang atas kegagalan anak masing-masing. Ummy pula tak ambil port langsung tentang result UPSR hari ini. Ummy cuma fokus nak kongsi resepi Ayam Lengkuas makanan tradisi suku kaum Bugis.

Ayam ni belum masak lagi. Nampak tak masih berkuah?
Ayam Lengkuas ni kena masak sampai kering dan kuning keemasan seperti 'gold bar 916'. Hihihi

Masakan ini boleh dijadikan juadah untuk raihkan kejayaan anak-anak yang cemerlang dalam UPSR. Nak jadikan salah satu menu sumber pendapatan dari rumah juga boleh. Saya sudah mencuba. Hasilnya sungguh memuaskan. Jualan cepat habis. Tempahan juga tak putus. Alhamdulillah. Rezeki bagi orang yang berani mencuba dan berusaha.

Bagi yang baru nak merasa keenakkan masakan Ayam Lengkuas ini bolehlah buat tempahan awal. Harga sukar saya tetapkan kerana bergantung dengan harga bahan mentah di pasaran.

Kalau harga bahan mentah murah, maka murahlah harganya dan sebaliknya. Tapi usah risau, harga yang saya tetapkan pasti mampu beli, mampu rasa, mampu dikongsi bersama seisi keluarga. Itu sudah pasti jaminan saya.

Jangan biar liur korang meleleh dek non. Cepat wassap 016-817 8716 untuk tempahan awal. 


Friday, 11 November 2016

Create FB Page



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


SIRI SATU: KISAH AKAK CUN VS ADIK MANIS
====================================

Akak Cun: Hi, Morning. Akak dapat mesej u dari blog dan email akak. Nak upah buat FB PAGE ke?

Adik Manis: Ade niat nak ambik upah. Berapa harga u letak? Bisnes campur-campur boleh ke?

Akak Cun: Kamu buat biz apa?

Adik Manis: Saya jual perfume, accessories phone, phone , sim dan prepaid sekali termasuklah barangan lelaki seperi baju, kasut, seluar. Banyak produk tu tapi TAK TAU NAK CREATE FB PAGE macam mana. Ada cadangan?

Akak Cun: Biz kamu ni buat dari rumah saja ka atau ada kedai?

Adik Manis: Just online saja sebagai dropship dan agen. Saya dah jual kat FB personal tapi tak NAMPAK TAK BERAPA JALAN.

Akak Cun: Berapa ramai dah FRIEND kat fb?

Adik Manis: 230 jer. Tu pun bukan saya kenal semua.

Akak Cun: Uhhmmm...patutlah. Tu salah satu punca kenapa u jual kat fb tapi tak ramai customer. Yang baca posting u boleh dibilang dengan jari.

(satu jam akan cun tunggu respon...krik krik je dari adik manis...akak cun nak tau gak, faham ke tak ni apa yang akak cun nak sampaikan)

selepas satu jam...

Akak Cun: Faham tak apa yang akak cuba sampaikan ni? Harap dapat respon, so akak boleh bagi idea.

Adik Manis: Dapat. Tu arr tak tau nak setup camna. Nak buat fb page dengan fb ads tak berapa reti.

Akak Cun: Pendapat akak, jangan guna fb ads dulu kalau tak mahir. Membazir! better u belajar buat page dan blog dulu. Jimat dan potensi customer datang dari seluruh dunia.

Adik Manis: Ni page yang saya try buat. Ok ke? (siap tunjuk sample page) Tak publish lagi sebab tak tau nak setup macam mana. Kalau saya buat page khas untuk jual gadget dengan accessories phone u boleh buatkan?

Akak Cun: Boleh

Adik Manis:  Page yang saya buat tu ok ke tak?

Akak Cun: Page tu belum publish lagi macam macam nak review?

Adik Manis: !@$#%^*&())_
.
.
.
Pesanan buat newbie. Kalau tidak mahir urus fesbuk page jangan berangan nak bermain dengan fb ads. Bukankah menempah rugi namanya?

Melabur dulu menimba ilmu bina fesbuk page. Bila sudah mahir baru mula langkah kedua. Belajar dulu beriklan percuma guna fesbuk page. Bila ada hasil baru mula upgrade iklan dengan FB Ads. Jangan nanti habis ratusan ringgit bayar upah iklan tapi satu sen hasil pun tidak berhasil. Sudahnya sendiri nangis tidak berlagu mengenangkan nasib rugi beriklan. FB Ads tidak bersalah. Yang bersalah anda sendiri. Tamak halobah. Belajar dulu yang asas. Sudah mahir boleh terus dilangkah kedua.

Adik manis nak buat upah bina fesbuk page? Boleh. Akak cuma kenakan bayaran perkhidmatan RM150-RM200 sahaja termasuk cover banner dan gambar wall page adik nanti. Bila fesbuk page siap, adik cuma tinggal beriklan saja nanti. Apa-apa nak tanya selepas tu pun boleh. InsyaAllah akak akan beri konsultasi tip top punya.

Adik nak belajar buat fesbuk page dengan akak? Boleh. Akak boleh ajar secara online sampai pandai. Sampai faham. Wow! Tip top punya kelas you. Anytime boleh tanya akak. Kalau tak tanya mana akak nak tau awak faham ke tidak. Betul tak? Bayaran perkhidmatan juga sekitar RM150-RM200. Murah tak? Kelas youu. nak belajar sampai pagi pun boleh asal tak tercabut biji mata hadap komputer tu. Hahaha...

Hah! Jangan fikir panjang. Wassap cepat 016-817 8716 bila dah sedia mula kelas.





Wednesday, 2 November 2016

Alumni ABDR Di Majalah Mingguan Wanita


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Alumni ABDR


Kisah Saya Dalam Majalah Mingguan Wanita
Bilangan 1720 (4-10 November 2016)
 
Raih Pengalaman Pertama Berniaga Bazar
Assalamualaikum. Permulaan November yang sungguh manis.


Alhamdulillah. Syukur ke-Hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hasil coretan saya terpilih untuk paparan slot 'Panduan Bekerja Dari Rumah' muka surat 68 keluaran 1720 (4-10 November 2016). 

Majalah Mingguan Wanita
Bilangan 1720 (4-10 November 2016)

Ini adalah pertama kali saya diberi ruang dan peluang untuk berkongsi kisah saya bagaimana mula terjebak dengan dunia bazar.  Saya bukan siapa-siapa. Saya cuma suri rumah biasa yang punya impian luar biasa dan tetap mengharapkan agar setiap perkongsian di dalam blog mahu pun majalah dapat memberi manfaat dan sumber inspirasi kepada mereka yang mahu bermula.

Saya suka berkongsi cuma kemahiran menulis perlu di asah lagi. Bermula dengan belajar menulis di blog. Kemudian berangan nak keluar artikel di majalah. Hamboi! Angan-angan besar dek non. Tidak mengapa. Bukankah berangan itu percuma? Beranganlah sebanyak mana pun tapi biarlah angan-angan itu diisi dengan impian yang boleh dicapai. InsyaAllah.


Bagaimana Artikel Saya Terpilih?
 
Hadiah terindah Dari Puan Pengasas ABDR


Ada yang bertanya, bagaimana artikel saya terpilih? Saya terbaca status Puan Masayu Ahmad, Pengasas ABDR pada 9 Oktober 2016 tentang reward yang hendak diberikan kepada protege-protege ABDR yang telah tamat tugasan. Pada mulanya terdetik di hati, 'Ada peluang kah aku? Ke reward ini hanya terbuka kepada mereka yang baru selesai tugasan? Aku sudah lama siap tugasan, masih layakkah terima reward yang ditawarkan? Lagi pula sudah berstatus alumni'.

Dengan sedikit kekuatan yang ada, saya membalas status fesbuk Puan Masayu Ahmad dan alhamdulillah, mendapat respon yang positif.

Senyuman manis mula terukir di bibir. Otak pula ligat berfikir. Nak tulis apa? Sehinggalah Cikgu Anys Idayu Zakaria mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman bagaimana mula terjebak dengan berniaga bazar. I love you cikgu. You always give me some ideas. Wow! Talking london gitue...

Yes! Idea itu datang mencurah bagaikan air terjun. Ayat demi ayat ditaip sehingga tercetusnya kemalangan tertendang kabel komputer. Sudahnya, hampir 70% coretan yang siap ditaip hilang ntah ke mana. Semua silap sendiri. Siapa suruh tak save awal-awal? Hendak sambung cerita yang berbaki tapi mood sudah tiada. Tempoh bertenang dari mengarang diambil. Selepas sehari kejadian terdendang kabel barulah bermula semula.

Berkat bertenang dan berkayuh perlahan-lahan dengan fokus 100%. Akhirnya artikel 'Raih Pengalaman Berniaga Bazar' siap dihantar terus ke emel Puan Masayu Ahmad.


Jadikan Akademi Bekerja Di Rumah Sebagai Platform Untuk Dikenali

Inilah salah satu keistimewaan bila bersama jemaah ABDR yang mana dapat membantu menjenamakan perniagaan di samping beriklan secara percuma.  Uolls rasa terbakar tak? Maunya tak terbakar. Iklan percuma beb. Siapa nak kasih. Betul tak?

Keistimewaan lain adalah jaringan mantap di dalam ABDR itu sendiri sebagai platform untuk lebih dikenali ramai. Alhamdulillah, kisah saya sudah pun keluar di majalah Mingguan Wanita keluaran 1720 di mana Nabil dan keluarga menjadi penghias muka depan majalah tersebut. Nak tahu kisah lanjut, bolehlah beli majalah tersebut dan cerita penuh boleh baca coretan di sini http://nasriahabdullah.blogspot.my/2016/10/pengalaman-pertama-cuba-berniaga-bazaar.html

Pengalaman Pertama Berniaga Bazar
Yang Cukup Bermakna Dan Memberi Kesan


Syukur yang tak terkata. Melalui ABDR, saya banyak belajar. Bukan sahaja dapat belajar menulis di blog, malah blog juga dijadikan medan perkongsian ilmu, idea dan pengalaman. 

Selain itu, dapat pula berkenalan dengan ramai usahawan hebat yang berjaya dan wartawan majalah, Puan Netty.

Saya ingin menjadi suri rumah yang berilmu, kaya, berjaya, dermawan dan menjadi sumber inspirasi kepada suri rumah lain agar mempunyai pendapatan sendiri .


Alumni ABDR Di Majalah

Dahulu selalu tengok dan baca artikel rakan-rakan alumni ABDR yang terpilih keluar di majalah. Tengok orang lain gembira, kita pun tumpang gembira sekali sambil berangan artikel sendiri terpampang dalam majalah. Cemburu tau! Tipulah kalau tak ada perasaan cemburu. Kalau Artikel orang lain boleh keluar majalah kenapa aku tidak? Semangat itu sentiasa jadi penyuluh untuk terus berkongsi.

Apabila artikel sendiri keluar majalah baru tahu bertapa gembiranya kita. Ini kerana bukan senang nak sampai satu tahap artikel kita di siarkan dalam paparkan khas seperti 'Panduan Bekerja Dari Rumah'.

Antara guru online dan rakan alumni ABDR yang telah berjaya muncul di majalah, boleh baca dan lihat di link berikut:


Guru Online ABDR

1. Puan Anys Idayu Zakaria

Majalah Mingguan Wanita
Bil. 1689, April 2016

2. Puan Zaila Muhammad

Majalah Seri Dewi & Keluarga
November 2014


 Rakan Alumni ABDR

1. Puan Arbee Ali

Majalah Mingguan Wanita
April 2015


2. Puan Saniah Mat Sanat

Majalah Mingguan Wanita
Mac 2016


3. Puan Siti Naimah Norman

Majalah Pa & Ma
Disember 2015


4. Puan Zeela Lamin

Majalah Mingguan Wanita
Disember 2015


5. Puan Rohayu Rashid

Majalah Mingguan Wanita
Ogos 2015

Banyak lagi sebenarnya artikel rakan alumni yang telah berjaya disiarkan dalam pelbagai jenis majalah tersohor di Malaysia. Nak tahu siapa lagi, boleh baca kisah mereka di http://akademibekerjadirumah.blogspot.my

Ayuh rakan pembaca sekalian, kita sama-sama jadikan blog sebagai medium penyebar maklumat. Sambil memberi maklumat, boleh jana wang juga. Jimat masa, jimat tenaga, hasil lumayan. InsyaAllah.

Jangan jadikan alasan tidak ada modal, tidak pandai berniaga, tidak tahu apa nak dijual tapi sebaiknya belajar dulu, mulakan dulu. Tak buat, tak tahu apa hasilnya. Tak cuba, tak tahu apa keputusannya. Tak bermula, tak tahu apa kesudahannya. Rangsang saja minda kita. Aktifkan anggota badan yang sudah sedia cukup sempurna bentuk dan fizikalnya. InsyaAllah semuanya akan memberi kesan yang baik kepada diri kita juga. Tak percaya? Cubalah...


Pendaftaran November untuk Kelas Blog Bisnes sudah dibuka. 10 kuota kosong sahaja. Setiap pendaftaran bulan ini berpeluang untuk dapat PERCUMA buku DOA DAN AMALAN, Ustaz Ebit Lew.

Jom rakan-rakan pembaca blog saya, rebut peluang belajar secara online di ABDR. Bagi yang memilih belajar secara face-to-face juga masih ada. Kelas berlangsung pada 19 November 2016 bertempat di Royal Plaza Putatan, Sabah.

Nak tahu lagi lanjut boleh hubungi saya secepat mungkin 016-817 8716

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular