Thursday, 18 June 2015

Dalil Wajib Puasa Ramadhan

Entri #8

Teks: MySumber
Foto: MySumber


Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan 2015 Sebulan




Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut


Al-Quran
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa


Hadis
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Lafaz Niat Puasa

  • Lafaz niat puasa bulan Ramadhan (harian)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
  • Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Bahasa rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani




Pautan sumber : http://www.mysumber.com/tarikh-puasa-bulan-ramadhan-2012-di-malaysia.html#ixzz3dK73zc9S


Oooh Indahnya... Ramadhan Datang Lagi!

Entri #7

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Telah di umumkan bahawa puasa jatuh pada hari Khamis bersamaan 18 Jun 2015.


Wah! esok da start puasa. Bulan yang sangat dinanti-nantikan bagi seluruh umat Islam di dunia untuk melaksanakan salah satu ibadah wajib yang kelima iaitu berpuasa di bulan ramadhan.

Suatu perasaan bersyukur dan kegembiraan yang tak terucap dek kata-kata kerana masih diberi kesihatan yang baik dan usia yang panjang dapat menikmati kemuliaan ramadhan Al-Mubarak. Inilah anugerah terindah yang hanya di bero oleh Allah SWT di bulan Ramadhan.

Syukur alhamdulillah, ini merupakan kesempatan terbesar yang diberikan olehNYA kerana puasa tahun ini merupakan puasa pertama diriku sebagai seorang WAHM. Apa itu WAHM? WAHM ialah 'Working At Home Mom', hahaha...

Pelbagai jenis idea berselerak dalam kepala. Tahun ni rencananya hanya sungkai (berbuka puasa) di rumah dengan hasil air tangan sendiri walau taklah se-terror mana pun skill memasaknya. Terasa seperti ingin ku putar jam masa agar waktu sahur pertama sampai ke garisan penamatnya.

Semoga kita semua dilimpahkan dengan keberkatanNYA di dalam kehidupan kita dan di pelihara dengan amalan serta akhlak yang terpuji. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh keampunan. Di mana bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang di panggil 'lailatul qadar'. Malam yang baik dari seribu bulan. Subhanallah maha suci Allah. Allahuakbar!









Wednesday, 17 June 2015

Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium Biasa!

Entri #6

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Carian Google


Siapa Yang Perlukan Ostematrix?

  • Ibu yang sedang hamil
    • Ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang
  • Ibu yang sedag menyusukan anak
    • Ostematrix membantu pengeluaran susu ibu dengan lebih baik dengan syarat utama mengamalkan prinsip "supply and demand"
  • Wanita
    • Ostematrix mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis)
  • Obesiti
    • Jika anda di kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti anda sangat perlukan Ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh yang berat.
  • Sembelit
    • Ostermatix membantu melancarkan dan mengurangkan sembelit 
  • Sukar tidur malam
    • Jika anda sukar tidur malam dan sering letih serta lesu sewaktu bangun pagi pada keesokkan harinya, Ostematrix membantu anda agar lebih senang dan tenang sewaktu tidur dan akan rasa cergas sewaktu bangun apabila bangun pagi
  • Mereke yang bekerja
    • Ostermatrix membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat kekita melakukan kerja-kerja di pejabat
  • Mengubah nasib anda
    • Jika anda mempunyai masalah-masalah seperti mudah stress, kebas-kebas otot, 'water retention', sembelit atau pra-haid Ostematrix dapat membantu mengubah nasib anda. 


Tahukah Anda?
  • Kalsium dan Vitamin-D menhalang tulang daripada menjadi rapuh
  • Vitamin-D membantu penyerapan kalsium dan fosforus


Kenapa Kalsium Shaklee Istimewa?

Ostematrix lengkap dengan Magnesium, Vitamin-D, Mineral Zink, Tembaga dan Manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik



Apakah Perbezaan Kalsium Shaklee Dengan Jenama Kalsium Yang Lain?


Semua vitamin dan nutrien ada di dalam satu kapsul yang mudah di telan. Jadi tak perlu susah payah nak telan banyak-banyak dah!



Apakah Makanan Yang Kaya Dengan Kalsium?

Senarai sumber makanan yang kaya dengan kalsium;-

  • Susu
  • Keju
  • Telur
  • Brokoli
  • Oren
  • Yogurt
  • Sayuran Hijau
  • Jeruk
  • Oatmeal
  • Ikan Sardin
  • Pisang
  • Kacang Soya
  • Ikan Salmon
  • Buah-buahn Kering
  • Kacang Putih
  • Lobak
  • Biji Wijen
  • Susu Soya
  • Tofu
  • Kale
  • Kinoa/Quinoa
  • Kacang Almond






Apa Kata Mereka...












Mahukan pelaburan untuk kesihatan  anda seisi keluarga yang lebih murah? Sepanjang bulan Jun 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IRON FORMULA dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anda! Sila KLIK di sini...












Tuesday, 16 June 2015

Jom Ulang-kaji Bab Puasa...

Entri #5

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google




Mengulang-kaji Bab Puasa



Niat Puasa - 'Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala'



Syarat-syarat WAJIB Puasa:
1.   Islam
2.   Baligh
3.   Berakal
4.   Sihat
5.   Bermukim (tidak bermusafir)
6.   Suci (dari haid & nifas)


Syarat-syarat SAH Puasa:
1.   Islam
2.   Berakal & Mumayyiz
3.   Suci (dari haid & nifas)
4.   Nyata masuknya bulan Ramadhan


Rukun-rukun Puasa:
1.   Orang yang berpuasa
2.   Berniat
3.   menahan diri daripada perkara-perkara  yang boleh membatalkan puasa


Perkara Yang MEMBATALKAN Puasa:
1.   Makan dan minum dengan sengaja
2.   Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga-rongga  badan yang terbuka dengan sengaja
3.   Muntah dengan sengaja
4.   Keluar darah haid atau nifas
5.   Gila
6.   Murtad
7.   Keluar air mani dengan sengaja
8.   Bersetubuh di siang hari


Perkara-perkara SUNAT Ketika Puasa:
1.   Segera berbuka puasa ketika masuk waktu berbuka
2.   Berbuka dengan buah kurma/juadah manis
3.   Baca doa
4.   Melambatkan waktu bersahur
5.   Banyakkan membaca Al-Qur'an, berzikir, berselawat dan melakukan amal kebajikan
6.   Sentiasa bersedekah
7.   Jauh dari percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
8.   Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh


MAKRUH Ketika Puasa:
1.   Bersuntik
2.   Berbekam
3.   Berkumur-kumur
4.   memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5.   Mandi yang berlebihan
6.   Rasa makanan di hujung lidah


Golongan yang WAJIB QADA' Puasa:
1.   Orang yang sakit dan mempunyai harapan sembuh
2.   Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat)
3.   Orang yang kedatangan haid dan nifas
4.   Orang yang meninggalkan niat puasa
5.   Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6.   Orang yang pitam/mabuk/pening
7.   Orang yang lapar dan dahaga


Golongan Yang Dikenakan membayar FIDYAH Puasa:
1.   Mereka yang tidak dapat menggaqa'kan puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua - Fidyahnya: 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada' puasa
2.   Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh
3.   Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya berpuasa
4.   Orang yang qada; puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian - Fidyahnya: dibuat oleh kerabat atau waris si mati/ diambil daripada harta pusakanya
5.  Perempuan yang mengandung dan menyusukan anaknya - Fidyahnya: perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah sebanyak 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana kebimbangkan anaknya akan tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada' puasanya


KIFARAT BERSETUBUH Di Bulan Ramadhan:

Orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti tersebut di atas.

Walaubagaimana pun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa atau jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya maka tidaklah wajib kifarat itu

1.    Memerdekakan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan (sekiranya mampu)
2.    Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tak berdaya)
3.    Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin




Tingkatkan Puasa:
1.    Puasa umum

  • Sekadar menahan lapar dan dahaga serta keinginan untuk berjimak/bersetubuh
2.    Puasa khusus

  • Memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa-dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas
3.    Puasa khusus 'al-khusus'

  • Merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin

Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit apabilaberpuasa akan menambah keuzuran
2.    Orang yang bermusafir
3.    Orang ynag terlalu tua dan sangat lemah untuk berpuasa
4.    Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5.    Perempuan hamil atau menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri dan anak dalam kandungan atau anak yang disusuinya.


Marilah sama-sama kita bersedia untuk menemui Ramadhan dengan penuh kesyukuran, hati yang terbuka dan lapang dada. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Barangsiapa yang berpuasa di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"



Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Al-Mubarak 
Selamat Memulakan ibadah Puasa Dengan Sempurna



Vita-Lea For Children

Entri #4

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Shaklee Malaysia



Siapa Yang Perlukan Vita-Lea For Children?


  • Kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan ke atas yang memerlukan nutrisi seimbang dan lengkap untuk membesar.
  • Kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur.
  • Kanak-kanak yang suka makan 'candy' kerana ianya berperisa anggur yang snagat sedap
  • Kanak-kanak yang sering mengalami masalah kesihatan dan memerlukan makanan tambahan untuk meningkatkan sistem antibodinya.

Peringatan kepada ibu-ibu, bapa-bapa atau penjaga yang mementingkan kesihatan anak-anak mereka.
  • Bagi kanak-kanak yang berusia 2-3 tahun dan pandai mengunyah tablet, pengawasan ibu bapa atau orang dewasa sangat penting. Maklumlah, anak-anak kita ni aktif dan excited takut pula tercekik 'candy' nanti.
  • Jika kanak-kanak tersebut belum pandai mengunyahtablet, maka teblet vita-lea itu bolehlah di hancurkan atau dilarutkan dalam minuman atau susu mereka. Ini bagi memudahkan mereka mendapat khasiat daripada vita-lea tersebut.


Apa Perbezaan Multivitamin kanak-Kanak Shaklee, Vita-Lea For Children Dengan Vitamin Yang Lain?
  1. Tidak mengandungi perisa, pemanis dan pengawet tiruan.
  2. 100% semulajadi dengan rasa anggur yang sedap
  3. Pemanis semulajadi yang diperkaya dengan 'xylotol' yang membantu mencegah kaviti
  4. Bebas gluten di mana ia sesuai untuk kanak-kanak yang arlergik makanan yang berasaskan gandum.
  5. pembungkusannya bebas BPA


Cara Pemgambilan Vita-Lea for Children

Vita-Lea For Childern boleh di ambil oleh kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke atas dan di ambil selepas makan.
  • Kanak-kanak yang berusia 2-3 tahun
    • 1 biji sehari sudah cukup memadai
  • Kanak-kanak yang berusia 4-12 tahun
    • 2 biji sehari (maximum)
Peringatan: Vita-Lea For Children tidak sesuai untuk bayi yang berusia kurang 1 tahun kerana nutrisi terbaik untuk mereka adalah susu ibu.


Mahalnya...

Ok... Jom kita tengok harga Vita-Lea For Children. Sebotol Vita-Lea for Children mengandungi 60 tablet yang boleh dikunyah dengan harga yang sangat berbaloi  RM111.



Kalau kita bahagi, sebotol dengan satu biji tu cuma berharga RM1.85 sebiji.

Sebotol pula boleh tahan sehingga 2 bulan. Jadi, satu bulan anda hanya memperuntukan sebanyak RM55.50 atau dengan erti kata lain RM1.85 sehari sahaja untuk anak anda yang sihat, cergas dan cerdas!



Mahukan pelaburan untuk kesihatan anak anda yang lebih murah? Sepanjang bulan Jun 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol dengan belian 3 botol dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anak anda! Sila KLIK di sini...






















Kepentingan Inovasi & Jenama

Entri #3

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Kepentingan Inovasi & Jenama

Membina jenama merupakan salah satu aspek yang sangat penting di zaman ini kerana terlalu banyak persaingan perniagaan. Tahukah anda berapa banyak iklan kita didedahkan dalam sehari? Mengikut perkiraan saya, dalam sehari kita mungkin terdedah kepada lebih 3000 jenis iklan. Oleh itu, kita perlu membina jenama diri kita kerana tanpa membina jenama sudah tentu perniagaan kita akan karam!


Bagaimana Membina Jenama Untuk Perniagaan Kecil?

Membina jenama untuk perniagaan kecil adalah bermula dari penjenamaa diri kita sendiri kepada yang lebih unik dan istimewa di mata pelangan (pembeli) yang mana syarikat besar tidak mampu lakukan atau tidak akan di buat oleh syarikat besar. Maklumlah, benda kecik-kecik mana syarikat besar nak pandang kan?

Menurut usahawan muda yang terkenal Dato' Aliff Syukri Bin kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Dato' Telajak Laris, jual diri kita terlebih dahulu sebelum menjual produk. Ini kerana apa yang kita cakap dan lakukan di mata pelanggan, itu melambangkan perniagaan kita. Jika pelanggan memilih atau bertindak untuk membuat aduan atau sebarang tempahan produk/perkhidmatan, ini bermakna mereka berinteraksi secara langsung dengan kita. Letakkan diri kita di tempat pelanggan! Jika kita lebih cenderung dan suka berhubung terus dengan manusia berbanding robot (mesin), begitu juga dengan pelanggan kita. Oleh itu, ikatan positif akan wujud di antara kita dengan pelanggan apabila berhubung atau berkomunikasi secara langsung dengan kita atau mungkin mendengar berita tentang kita daripada pihak lain.


Bagaimana Mewujudkan Keunikan Di Mata Pelanggan?

Bertindak untuk menjadikan diri kita lebih istimewa dan unik di mata pelanggan. Memulakan bisnes dengan membina blog untuk pembaca mengenal siapa diri kita seterusnya ambil tahu mengenai perniagaan kita. Setiap kali menerima soalan daripada pelanggan, kita seharusnya bertindak dengan pantas untuk menjawab setiap satu persoalan mereka. Jika pada masa itu kita terlalu sibuk, cukuplah sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas memberitahu mereka kita akan respon sebentar lagi. Dengan itu, kita tidak membiarkan mereka menunggu jawapan atau maklumbalas terlalu lama. Jika sekirannya kita dapat menambat hati mereka dengan jawapan-jawapan bernas, ringkas dan padat, kemungkinan besar mereka akan anggap kita adalah orang yang dicari. Ini akan membantu menguatkan penjenamaan diri kita dari hari ke hari. Oleh itu, kita akan dapat pelanggan baru secara berterusan. 


Pentingkah Ada Logo & Tagline Perniagaan?

Logo mahupun tagline perniagaan bukanlah sesuatu yang sangat penting bagi mereka yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes atau perniagaan kecil tetapi tindakan dan apa yang dilakukan akan membentuk jenama itu sendiri. Apa yang penting adalah pemilihan nama perniagaan yang disukai, dikenali dan dipercayai. Jika ini berlaku, maknanya jenama yang kita cuba wujudkan berada dalam landasan yang betul untuk berjaya suatu hari nanti.









Monday, 15 June 2015

Jom Masuk Kelas!

Entri #2

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Belajar Asas Blog

Assalamualaikum dan salam ceria buat anda semua. Dah sholat Zohor ke belum? kalau belum, baik tunaikan sekarang sebelum anda leka membaca entri saya kali ni. Hari ni just nak tulis simple jer.

Syukur alhamdulillah sempat siapkan 5 assignment pagi tadi. Perasaan yang sangat teruja dan over excited walaupun dengan halangan line internet yang sangat slow. Maklumlah, saya tidak seperti kebanyakan peniaga online yang lain serba-serbi mahir dalam mencipta blog apatah lagi dari segi kemahiran menulis blog. Semuanya saya pelajari dari bawah. Apa yang penting, perasaan sangat bersyukur itu ada kerana ditemukan dengan seorang guru yang sangat dedicated dan penyabar terhadap pelajarnya. 

Berguru dengan guru yang jauh diperantauan tetapi seperti berada di depan mata. Itulah istimewanya Belajar Asas Blog di ABDR. Tak rugi melaburkan sejumlah wang yang saya kira agak kecil jumlahnya kerana kepuasan  dan manfaat yang akan diperolehi suatu hari kelak. Mudah-mudahan diri ini tergolong dalam pelajar 'score' markah tinggi di akhir kelas nanti. Insya Allah...






Sambil Menyelam Minum Air

Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air', sambil menyempurnakan tugasan yang diberikan, sambil memberi respon kepada ibu yang sarat mengandung. Alhamdulillah, rezeki datang lagi walau pun sibuk dengan tugasan yang diberikan disamping menjaga anak di rumah,  customers perlu diutamakan. 

Sambil menulis entri ini, sambil memasak cekodok bawang untuk juadah minum petang bersama anak dan mak tersayang. Oh! Indahnya bekerja di rumah... 








Kepada customers to be mahu pun customers yang nak re-order produk kesihatan Shaklee boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, pembelian atau konsultasi percuma di link ini














Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular