Tuesday, 12 January 2016

Part #12: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.

12 - Memastikan Bisnes Anda Berjaya

Kadang kala kita sudah mendapatkan ilmu yang betul untuk berbisnes dan kita sudah pun berusaha keras siang dan malam untuk menjayakan bisnes kita namun dipenghujung hari bisnes kita masih tak mahu menajdi dan akhirnya lingkup?

Apakah kesalahan yang tak terkesan dalam bisnes kita ini? Saya cuba bantu menyelesaikan masalah ini atas pengalaman-pengalaman saya yang lepas-lepas untuk bantu masalah jenis ini. InsyaAllah bisnes akan mula mendatangkan hasil berlipat kali ganda selepas kita menyelesaikan masalah ini.



Seperti yang anda baca ilmu-ilmu ini jarang diketengahkan dalam buku-buku bisnes tempatan atau pun seminar bisnes. Kandungan di dakam Seni Bisnes Start-Up bukan cerita tentang emosi tetapi memaparkan tentang teknikal bisnes yang ramai terlepas pandang. Bisnes perlu lebih dari sekadar semangat dan motivasi yang berkobar-kobar. Dan selain itu ilmu-ilmu ini adalah apa yang telah saya cuba dan ianya berkesan dalam membantu saya dan bisnes saya. Apa saranan saya adalah anda patut beri peluang kepada diri anda miliki dan cuba teknik-teknik di dalam Seni Bisnes Start-Up ini pada bisnes anda untuk lihat hasilnya.



Monday, 11 January 2016

Part #11: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.

11 - Ilmu Pensyarikatan & Cukai Bisnes

Jangan buat bisnes macam tak profesional. Pelajari cara daftarkan bisnes atau syraikat dengan lebih terperinci maklumat-maklumat pensyarikatan dan apakah perbezaan tiap satunya kepada bisnes anda. Ramai yang masih kabur untuk memulakan bisnes dalam terma Enterprise, PLT atau Sdn Bhd. Di dalam bab ini saya cuba huraikan apakah yang terbaik untuk bisnes anda jadi anda tak perlu tersalah memilih entiti untuk didaftarkan bisnes anda. 



Selain itu dalami juga ilmu pecukaian. Ushawan yang ingin pergi jauh akan cuba bayar cukai lebih banyak dan dalam masa yang sama cuba menyingkirkan meminimakan perkara yang patut dicukai. Jadi bijak urus cukai dan untung!

Sunday, 10 January 2016

Part #10: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.


10 - Orkestra Bisnes - Keseluruhan Sistem Bisnes Anda!



Di dalam bab ini anda akan melihat bagaimana semua-semua sistem yang diterangkan sebelumnya berfungsi secara individu tetapi dalam masa yang sama bergerak memajukan bisnes secara keseluruhannya. Anda akan lihat bagaimana sistem ini 'click each other' dan bisnes anda akan berjalan sendiri dalam mengikuti apa kehendak anda. Ianya umpama satu orkestra penuh yang memainkan muzik mengikut konduktor muzik dan maestro nya.Anda adalah maestro dan konduktor untuk orkestra ini.

Saturday, 9 January 2016

Part #9: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan. 

9 - Meningkatkan Hasil Bisnes Dengan Teknik Godam & Skala

Apakah penimbal-penimbal bisnes anda yang apabila diberatkan maka jualan dan bisnes anda akan melambung? Pelajari bagaimana nak 'hack' godam penimbal bisnes anda supaya bisnes anda sentiasa di optimasikan ke tahap yang lebih tinggi. 

Implement bagaimana memanipulasikan metriks-metriks yang diperolehi dan memperbaiki funnel proses bisnes itu sendiri supaya hasilnya dapat dilipat kali gandakan dan dalam masa yang sama mengkaji di bahagian mana yang bermasalah. Menumpukan kerja ini sahaja dapat memberi hasil yang lumayan pada bisnes anda dalam masa yang sama dapat kurangkan kos operasi.



Salin ilmu bagaimana menetapkan visi bisnes dalam masa 3 tahun dan dalam masa yang sama cubarelegate visi 3 tahun ini kepada hanya dalam masa 1 tahun dan perancangan suku tahun. Pelajari juga bagaimana untuk realisasikan visi itu tadi dengan Metriks, KPI, dan SOP dan dalam masa yang sama selari dengan kehendak semua ahli dalam pasukan bisnes anda.

Ilmu-ilmu ini adalah hasil dari pemerhatian dan uji cuba saya dengan bisnes saya dalam masa 3 tahun kebelakangan ini dan berbaloi jika anda mempelajarinya dan gunakan pada bisnes anda. Berkesan untuk bisnes kecil dan besar. Serius!

Friday, 8 January 2016

Part #8: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.


8 - Membina Pasukan Haibat Bisnes Anda

Ramai usahawan yang memulakan bisnes dengan tujuan mulanya untuk mendapatkan 'kebebasan' namun akhirnya membina penjara sendiri. Mereka 'stuck' dalam bisnes mereka sendiri. Macam yang berlaku pada saya dahulu. Sebagai usahawan kita patut lebih banyak 'cuti' dan melakukan apa yang kita suka. 


Mempunyai pasukan bisnes akan bantu kita untuk membiarkan bisnes kita berjalan secara automatik. Dan yang paling penting buat bisnes kita speed lebih laju! 



Pelajari bagaimana hendak mula membina pasukan bisnes pertama anda dan structure basic team organization yang cukup untuk buat bisnes berkembang. Ketahui bila anda sudah perlukan oekerja dan mengira kemampuan kewangan dan kos gaji pekerja yang bersesuaian dengan incomesyarikat serta cara dan proses yang betul untuk ambil pekerja dan tahu di bahagian mana yang perlu anda mulakan dahulu. Belajar bagaimana dengan saiz pasukan bisnes yang minima mampu menjalankan bisnes sehingga menghasilkan jualan 7 angka. 

Ketahui juga LEAN Management Method yang membantu anda menjalankan lebih dari satu bisnes dan memaksimakan produktiviti pasukan bisnes walau ahli pasukan bisnes yang terhad. Akhir sekali dapatkan teknik meningkatkan produktiviti pasukan bisnes dengan emosi ahli pasukan bisnes. Dengan teknik ini bakal membuatkan ahli pasukan bisnes anda gembira membangunkan bisnes anda.

Tips Bisnes Online


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Koleksi ABDR
Sumber : EBook Yeah! Mama Sudah 'Resign'


Tips Bisnes online J.

Soalan 11: Kadangkala saya sangat kecewa dengan pelbagai kerenah pelanggan. Apabila membuat promosi dan pemasaran, ada pelanggan yang suka bertanya pada masa yang kurang sesuai, ada juga apabila kita membuat penerangan pelanggan diam sahaja tidak ada respon.

Bagaimanakah cara untuk kita tahu pelanggan suka dan bersetuju membuat pembelian?

Selepas kita mengenalpasti sasaran pelanggan iaitu prospek/bakal pembeli sangat penting untuk kita menguasai cara memberikan keyakinan mereka. Kita letak diri sebagai pembeli, apakah pembeli mahukan selepas mereka ini mempunyai kuasa wang dan kuasa beli. Sudah tentunya usahawan perlu mengambil berat berkaitan khidmat pelanggan.

Maksudnya khidmat pelanggan adalah salah satu perkara penting sama ada ketika berurusan dan juga selepas jualan. Ini mampu mengekalkan pelanggan sedia ada, untuk membuat pembelian berulangkali, berbanding sentiasa mencari pelanggan baru yang hanya membeli sekali. Berikut panduan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk yakin membeli secara online.

Gunakan bahasa yang baik. Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah. Menggunakan bahasa yang sopan ketika melayan pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon. Pelanggan gembira apabila diraikan dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka lebih mudah membeli.


Baca 21 soal dan jawab dalam naskah ini.

Ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR


Thursday, 7 January 2016

Riak di Media Sosial


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Koleksi ABDR


Rezeki Allah sangat luas. Terpulang pada kita mahu cari d mana lubuknya. Adakalanya lubuk itu didepan mata. Dek kerana sibuk dengan perasaan hasad dengki dengan orang lain, risau dengan poket orang lain, maka tak nampak lubuk yang terbentang luas didepan mata. Cuba fokus dengan apa yang kita cari. Jangan hiraukan isi poket orang lain. Itu rezeki dia. Doakan dia yang baik-baik saja untuk mereka agar kita juga mendapat kebaikannya darinya.

Kenapa harus dengki? Sedangkan kau tahu itu hanya pinjaman dari-NYA. Tumpukan perhatian dan fokus dengan apa yang kita buat. Kerja biarlah ikhlas. Betulkan niat bekerja dengan lurus. Kentalkan hati. Bersihkan hati. InsyaAllah agar mudah dijumpa apa yang dicari.

Alhamdulillah syukur dengan apa yang saya ada dan sahabat-sahabat saya capai hari ini. Moga dimasa akan datang kita akan lebih sukses dan maju jaya. Aamin Ya Rabbal Alamiin.

Jom kita baca hasil tulisan dan perkongsian "Penulis Misteri" ni... Moga bermanfaat buat pembaca dan pengunjung setia blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri



Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.

Bila Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan.

Bila Dato' Vida tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang Islam.

Ada suami isteri yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post, orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post, orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah orang lain tak ada anak.
Ada orang post pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak. Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My Jep pun terkena riak juga.
Masya-Allah. Astaghfirullah.

Sikap orang Malaysia.
Punca kita hasad dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab,
--- Sakit hati tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI AKU.
Itu saja sebabnya.

Ketahuilah rezeki masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah.
Seandainya Allah rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu, maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati.

"Tidak ada makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga bilangannya."

Dia lebih likes, itu rezeki dia.
Dia lebih followers, itu rezeki dia.
Cerita dia viral, itu rezeki dia.
Dia kaya, itu rezeki dia.

Sesungguhnya Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya'. Kita tidak tahu apa dalam hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik hati.

"Setiap kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan menduganya."
Usahlah kita merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj?

Istidraj adalah hukuman. Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu.

Yang kita patut respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup aurat, kita tegur dan nasihat.

Kita tak setuju terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak tertentu, kita tegur dan nasihat.

Kita tak setuju pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram. Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak menjadikan ianya halal.

Tegur bukan untuk menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan.
Ada Muslim yang berjaya, kita bangga.
Ada anak Melayu yang berjaya, kita tumpang gembira.
Ada kawan kita yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita.

Akhir kata, meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat diri.
Kerana ikhlas sukar dicari, riya' sentiasa mencari peluang di hati.
Kebahagiaan atau kekayaan yang kita ada, semua bukan milik kita.
Semua milik Dia.
Bila bukan milik kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada?

Sekain.


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular