Friday, 14 October 2016

Mingguan Wanita Keluaran 1720


Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari.

Hari ni Rieya gembira sangat. Semalam sudah siap hantar entri berkenaan 'Pengalaman Bermula Berniaga Bazaar'. Hari ni dapat berita dari Puan Masayu Ahmad, Founder ABDR. Berita mengenai entri Rieya akan disiarkan pada majalah Mingguan Wanita keluaran 1720. Wah! Seronoknya. Tak sabar nak tunggu keluaran tu.




Semoga kisah yang dipaparkan menjadi sumber inspirasi pada kaum suri rumah yang lain. Cerita yang simple dan sempoi saja. Dugaan yang ringan, mungkin bagi kalian tapi ianya banyak kenangan buat diri ini. Semoga kita sama-sama tabah dan kekal istiqomah dalam segala perancangan yang dirancang.

Jika kalian punya komen, idea dan cadangan boleh kongsikan diruangan komen ya. Moga membawa manfaat buat Rieya dan rakan pembaca blog ini.
Salam sayang buat semua. Jumpa lagi di entri akan datang.



Thursday, 13 October 2016

Marshmallow Chocolate Stick

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Hari ini agak sibuk untuk penulisan entri 'pengalaman berniaga bazaar'. Hadiah daripada Puan Masayu Ahman, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah.  Nak siarkan dalam majalah Mingguan Wanita katanya. Rieya cuba sahaja, manalah tau rezki terpilih, kan. Tak cuba mana kita tau apa hasilnya. Ini salah satu cara juga nak kembangkan bisnes bazaar Rieya. Doakan entri Rieya terpilih ter kawan-kawan semua.

Hujung minggu ni ada bazaar lagi di Suria Sabah selama dua hari. Salah satu barang jualan Rieya adalah 'Marshmallow Chocolate Stick'.

Resepi mudah jer cuma bahan-bahan utama tu susah nak dapat harga borong kalau sekitar Kota Kinabalu ni. Marshmallow Rieya tempah dari pembekal di Shah Alam.
Coklat celupan pula Rieya guna jenama Biaryls. Coklat ni memang sedap dan sangat sesuai digabungkan dengan marshmallow. Jom kita ikuti penyediaan bahan-bahan 'Marshmallow Chocolate Stick'.

Bahan-bahan:

1. Coklat susu - Sekilo (untuk salut marshmallow boleh dapat 60 +-) tapi rieya guna dua kilo sahaja. Dah nama pun nak jual kat bazaar kan so Rieya buat lebih.


2. Marshmallow - 3 kilo (yang besar boleh dapat 300 biji +-) Rieya guna tiga jenis marshmallow iaitu perasa vanila, pintal (tak tau rasa apa ni) dan strawberi bentuk love.

3. Lidi Buluh- sepeket 850 gram ada dalam lebih kurang 800-1000, saya tak kira malas, agak-agak jer. Ini pun guna yang lebihan jual rojak ayam hari tu. Jimat, tak yah beli baru. Guna jer sedia ada.

4. Mangkuk kertas dan plastik pembungkus. Mangkuk kertas ni untuk pelanggan yang beli satu-satu batang jer. Kalau yang plastik pula untuk pelanggan yang nak bungkus atau beli lebih dari satu.  Mangkuk tu cari la yang bujur panjang dan sesuai untuk letak marshmallow nanti.


Cara nak mula berniaga kecil-kecilan:

1. Cairkan coklat susu ke dalam mangkuk yang diletakkan di atas air panas (double boiler). Alah ,mudah jer, periuk masak nasi kita, amik mangkuk kaca atau mangkuk still tindih atasnya.

2. Ambil lidi dan cocok marshmallow tadi tiga biji atau ikut budget nak berapa. Rieya selalu buat tiga biji sahaja. Satu cucuk tu ada tiga jenis marshmallow. Saja nak tarik perhatian pelanggan. Warna-warni gitue. Baru meriah.

3. Ambil marshmallow yang sudah dicocok tadi dan celuplah ke dalam coklat tadi. Hah! Part ni Rieya buat kat bazaar. Sebab nak coklat tu biar basah. Siap dengan mesin fountain lagi. Ala-ala air pancur gitue. Lepas tu tabur la serbuk ESP, chocolate rice, rainbow rice, nestum atau apa saja ikut kesukaan korang. Wallah! Siap untuk dimakan.
4. Rieya biasa jual Rm2.00 satu batang. Lidi boleh di ganti dengan biskut jejari yang anda suka.

Resepi ni boleh buat duit yang banyak asalkan korang rajin nak buat. Percubaan pertama, Rieya dapat RM80. So, dah kira lepas lah kos modal 3 kilo marshmallow tu. hari kedua jual bolehlah leaps kos coklat, lidi, pembungkus sekali. Hari ke tiga dah kita kira untung jer.

Kalau rasa perkongsian ni bermanfaat, boleh jer share dengan kengkawan korang ke... mana lah tau kan dorang perlukan idea ni untuk menjana pendapatan dari rumah.



Wednesday, 12 October 2016

Bina Kedai Online


Bagaimana mahu mendaftar kelas abdr?

Pilih mana mana kategori berikut.
Blogshop
Asas blog dan penulisan
Asas akaun bisnes kecil

Pilih lokasi
Kota Bharu
Shah Alam
Johor Bharu

November ini berlangsung di 
Royal Plaza Putatan, Sabah.


Pilihan kelas juga secara online.
Sesi Oktober sudah dibuka.
Nak tahu lagi details, wassap Rieya 016-817 8716 segera


Apa Itu Blogwalking?


Blogwalking adalah suatu aktiviti di mana kita mengunjungi blog-blog kengkawan lain dalam rangka silaturrahim.

Biasanya untuk menarik pengunjung para blogger (termasuk Rieya) melakukan aktiviti blogwalking.

Jadi singkatnya blogwalking adalah jalan-jalan, hehehe...

Jom jalan-jalan ke blog Rieya...

Alhamdulillah. Walau pun simple, sekurang-kurangnya sudah membuahkan hasil.


LikeShow More Reactions
Comment

Program Dropship


Anda boleh juga menjual barangan secara online. Sertai program Dropship. Program yang tidak memerlukan modal dan tidak perlu menyimpan stok barangan.

Anda hanya perlu promosikan barangan tersebut di blog anda dan di media sosial anda seperti barangan tersebut anda yang punya.

Bilamana berlaku pembelian, duit untuk harga barang akan dimasukkan di dalam akaun bank anda. Anda hanya perlu depositkan harga modal sahaja tuan punya barang bersama dengan butiran lanjut pembeli seperi nama, nombor telefon dan alamat. Penghantaran barang akan dibuat oleh tuan punya barangan.
-Sohoque
.
.
.
Belajarlah ilmu blog. Nescaya ia akan membantu anda lebih maju di dalam industri blogging ini. Pasti objektif anda untuk menjadi blogger yang mampu buat duit secara online akan terlaksana.

Sekarang ni dah ada yang tawarkan perkhidmatan mengajar ilmu blogging ini. sebagai rujukan anda boleh ke Akademibekerja Dirumah untuk maklumat lanjut kelas-kelas anjurannya.

Atau boleh terus wassap Nasriah Abdullah 016-8178716 untuk pendaftaran bagi kelas yang bakal diadakan pada 19 November 2016 di Royal Plaza Putatan, Sabah. Sebabnya tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.


Monday, 10 October 2016

7 Tips Mula Berniaga Bazaar


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Sebenarnya hari ni Rieya nak buat satu entri sharing pengalaman mana mula terjabak dengan dunia bazaar. Punyalah kusyuk typing, tup tup kaki super aktif sampai tertendang kable. Dokumen tak save lagi. Autosave pun tak jumpa. Yang tinggal cuma half page saja. So, terpaksalah bermula semula.

Cara nak tenangkan hati yang 'sakitnya tu di sini', Rieya scroll semula entri lama kat blog sambil senyum sendiri dan terpandang pula topik entri '7 Tips Mula BerniagaBazaar'. Terus teringat junior sekolah dan beberapa orang follower pernah bertanya bagaimana Rieya mula terjebak dengan bazaar. Wah! Dah ada follower. Rasa macam retis la pula.

Tak kurang juga yang minta pendapat nak jual apa kat bazaar? Nak labur berapa banyak modal? Macam-macam la diorang tanya. Kadang terasa diri macam pakar jualan bazaar. Hihihi mana tau kan satu hari nanti.

Rieya share entri '7 Tips Mula Berniaga Bazaar', manalah tau kan ada rakan-rakan blog Rieya terdetik nak buat blog mengenai dunia peniaga bazaar.

Share jika korang rasa bermanfaat yer... Link Rieya letak kat sini '7 Tips Mula Berniaga Bazaar'

Thursday, 6 October 2016

Kelas Blog ABDR Di Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Siapa kata tak guna FB Ads susah nak dapat customer dari FB Page? Buktinya hari ni Rieya dapat 5 orang prospek. 2 daripada propek tu, Rieya berjaya close sale. Alhamdulillah. Rezeki bekerja dari rumah saja.

Macam mana? Mudah saja sebenarnya. Cuma link kan saja FB page tu ke dalam blog. Bila prospek buat carian google di internet dan google berikan maklumat yang ada di blog anda, maka prospek bukan sahaja mendapat maklumat daripada blog anda malah fesbuk peribadi, fesbuk page, instagram, twitter dan sebaginya mereka boleh lihat di dalam blog anda. Yang penting semuanya sudah di link-kan dalam blog. Best tak?

Kurang jelas? Nak penjelasan lebih lanjut, anda boleh sertai Kelas Blog ABDR yang bakal berlangsung pada:

  • 7 OKTOBER 2016 DI JOHOR BAHARU
  • 19 NOVEMBER 2016 DI SABAH





Pilih saja mana-mana kelas yang berhampiran anda. Jangan risau, yuran penyertaan cukup murah. Cuma RM300 termasuk BONUS 6 EBOOK, Nota Toturial, sarapan pagi dan makan tengahari. Apa yang lagi best, jika anda mendaftar kelas blog di Sabah SEBELUM 1 NOVEMBER 2016, anda layak menerima hadiah istimewa daripada pihak ABDR iaitu buku mini BISNES CARA KAMI (BCK).
BCK ni sangat TERHAD tau! Siapa cepat dia dapat!

Kalau nak cepat-cepatlah hubungi Rieya 

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular