Thursday 13 October 2016

Marshmallow Chocolate Stick

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Hari ini agak sibuk untuk penulisan entri 'pengalaman berniaga bazaar'. Hadiah daripada Puan Masayu Ahman, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah.  Nak siarkan dalam majalah Mingguan Wanita katanya. Rieya cuba sahaja, manalah tau rezki terpilih, kan. Tak cuba mana kita tau apa hasilnya. Ini salah satu cara juga nak kembangkan bisnes bazaar Rieya. Doakan entri Rieya terpilih ter kawan-kawan semua.

Hujung minggu ni ada bazaar lagi di Suria Sabah selama dua hari. Salah satu barang jualan Rieya adalah 'Marshmallow Chocolate Stick'.

Resepi mudah jer cuma bahan-bahan utama tu susah nak dapat harga borong kalau sekitar Kota Kinabalu ni. Marshmallow Rieya tempah dari pembekal di Shah Alam.
Coklat celupan pula Rieya guna jenama Biaryls. Coklat ni memang sedap dan sangat sesuai digabungkan dengan marshmallow. Jom kita ikuti penyediaan bahan-bahan 'Marshmallow Chocolate Stick'.

Bahan-bahan:

1. Coklat susu - Sekilo (untuk salut marshmallow boleh dapat 60 +-) tapi rieya guna dua kilo sahaja. Dah nama pun nak jual kat bazaar kan so Rieya buat lebih.


2. Marshmallow - 3 kilo (yang besar boleh dapat 300 biji +-) Rieya guna tiga jenis marshmallow iaitu perasa vanila, pintal (tak tau rasa apa ni) dan strawberi bentuk love.

3. Lidi Buluh- sepeket 850 gram ada dalam lebih kurang 800-1000, saya tak kira malas, agak-agak jer. Ini pun guna yang lebihan jual rojak ayam hari tu. Jimat, tak yah beli baru. Guna jer sedia ada.

4. Mangkuk kertas dan plastik pembungkus. Mangkuk kertas ni untuk pelanggan yang beli satu-satu batang jer. Kalau yang plastik pula untuk pelanggan yang nak bungkus atau beli lebih dari satu.  Mangkuk tu cari la yang bujur panjang dan sesuai untuk letak marshmallow nanti.


Cara nak mula berniaga kecil-kecilan:

1. Cairkan coklat susu ke dalam mangkuk yang diletakkan di atas air panas (double boiler). Alah ,mudah jer, periuk masak nasi kita, amik mangkuk kaca atau mangkuk still tindih atasnya.

2. Ambil lidi dan cocok marshmallow tadi tiga biji atau ikut budget nak berapa. Rieya selalu buat tiga biji sahaja. Satu cucuk tu ada tiga jenis marshmallow. Saja nak tarik perhatian pelanggan. Warna-warni gitue. Baru meriah.

3. Ambil marshmallow yang sudah dicocok tadi dan celuplah ke dalam coklat tadi. Hah! Part ni Rieya buat kat bazaar. Sebab nak coklat tu biar basah. Siap dengan mesin fountain lagi. Ala-ala air pancur gitue. Lepas tu tabur la serbuk ESP, chocolate rice, rainbow rice, nestum atau apa saja ikut kesukaan korang. Wallah! Siap untuk dimakan.
4. Rieya biasa jual Rm2.00 satu batang. Lidi boleh di ganti dengan biskut jejari yang anda suka.

Resepi ni boleh buat duit yang banyak asalkan korang rajin nak buat. Percubaan pertama, Rieya dapat RM80. So, dah kira lepas lah kos modal 3 kilo marshmallow tu. hari kedua jual bolehlah leaps kos coklat, lidi, pembungkus sekali. Hari ke tiga dah kita kira untung jer.

Kalau rasa perkongsian ni bermanfaat, boleh jer share dengan kengkawan korang ke... mana lah tau kan dorang perlukan idea ni untuk menjana pendapatan dari rumah.



No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular