Monday, 6 July 2015

Mula Bisnes Tanpa Modal (Part #2)

Entri #25


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Jom sertai saya menjana pendapatan dengan dropship buku-buku motivasi kehidupan dan motivasi pekerjaan.





Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran


Allah Tempat Meminta (ATM)

RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)
*Harga termasuk kos penghantaran



21 Formula Hidup Luar Biasa (21-FHLB)


RM 45 (Semenanjung)
RM 45 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran



Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK)

RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)
*Harga termasuk kos penghantaran



Aku, Dia & Rezeki

RM 31 (Semenanjung)
RM 35 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran



Untuk sebrang pembelian buku-buku yang ada di sini, anda boleh berhubung terus dengan saya melalui:-

WhatsApp: +010-366 8516
Call/SMS: +6016 817 8716
Page: Ummy.Adhwa
Email: pnnasriahabdullah@gmail.com
Blog: http://nasriahabdullah.blogspot.com



Mula Bisnes Tanpa Modal (Part #1)

Entri #24

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -



Alhamdulillah...sedar tak sedar kita dah menghampiri Ramadhan ke-20. Tak terasa begitu cepat rasanya Ramadhan berlalu. Dan semakin ramai umat-NYA mengeluh. Bukan mengeluh dan bersedih hati dek kerana Ramadhan bakal melambai pergi. Mengeluh kerana kesempitan pendapatan demi menyara keluarga. Tak kurang juga ada yang mengeluh demi memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga menyambut syawal.


Peningkatan taraf hidup semakin tinggi. Jumlah pendapatan masih di tangkuk lama. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan adakalanya terpaksa membuat catuan makanan. Cukup makan sekali sehari demi mengalas perut yang kosong.


Wahai rakan-rakan sekalian. Janganlah anda bermuram durja. Janganlah anda hanya tahu mengeluh akan kekurangan yang ada. Berusahalah mencari rezeki halal yang lain. Semua itu ada jalannya. Jika anda buntu, saya akan bantu mencari jalan keluar dari kesempitan yang ada. Mari bersama-sama saya berusaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga walau hanya berniaga dari rumah. 


Apa guna membuang masa mengeluh akan kesempitan hidup di ruang legar media sosial FB, Twitter, InstaGram dan sebagainya. Sampai bila nak meratapi keperitan hidup yang diberikan tanpa berusaha mencari dan meningkatkan? Sampai bila nak hidup dengan simpati dan empati orang lain? Sampai bila nak hidup dengan bantuan orang lain? Tetapi hiduplah dengan bantuan Allah SWT.


Jom rakan-rakan sekalian, sertai saya dalam menjana pendapatan dengan dropship buku-buku motivasi kehidupan dan motivasi pekerjaan. Mulakan perniagaan anda tanpa sesen modal bersama saya. 


Jika anda berminat untuk menambah pendapatan, ingin meningkatkan motivasi diri dalam kehidupan, suka membantu insan lain yang dalam kesusahan dan kesimpitan hidup, suka membantu orang lain meningkatkan kesihatan dan kewangan serta ingin di bimbing, anda boleh whatsapp saya di talian +6016-817 8716.


Saya mencari usahawan baru yang ingin merubah kehidupan yang lebih baik dan boleh di bimbing, rajin, sabar dan mempunyai impian yang besar. Jom mulakan bisnes anda tanpa modal!


Adakah anda orang yang saya cari? Jika "YA", sila hubungi saya segera...






Friday, 3 July 2015

Teknik Power Pumping Di Bulan Ramadhan (Part #2)

Entri #23

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Ramadhan Bukan Alasan Untuk Tidak Mengepam!

Semasa bulan puasa, pastikan ibu mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan 'demand and supply' yang berterusan kepada payudara. Jangan jadikan alasan bahawa sebab berpuasa anda terpaksa kurangkan sesi mengepam kerana kurangnya keberhasilan setiap sesi perahan.

Di sini saya kongsikan contoh jadual mengepam di bulan puasa bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten:

Sesi 1
Selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2
Pam pada waktu tengahari, sekitar  jam 12.00 tengahari.

Sesi 3
Pada belah petang sebelum pulang ke rumah, sekitar jam 4.00 petang.

Sesi 4
Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tetapi harus diingat bahawa 'kurang demand, maka kuranglah supply!'

Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!

Ini adalah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak kita. 

Moga perkongsian kali ini bermanfaat buat kita semua.




Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

Entri #22

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Azam Hidupku Tanpa Hutang!

Aku ingin BEBAS daripada segala hutang-piutang. Aku mahu hidup tanpa hutang. Hidup mesti berhutang, barulah boleh senang!  Itu pendapat dan pemikiran kolot pada kebanyakkan orang.

Dalam kesempitan hidup, pendapatan pun agak kecil dan itu hanya bergantung kepada suami seorang bagi kehidupan kami sekeluarga. Masih di bawah taraf kemiskinan sebab hanya suami seorang yang bekerja. Aku dah hampir 7 bulan berhenti kerja. Sana sini hutang tertunggak! Aku bukan tak dapat bekerja, tetapi rezeki di terima kerja di mana-mana sektor swasta mahu pun kerajaan tidak kunjung tiba selepas meletak jawatan hampir 7 bulan lalu.

Meletak jawatan kerana terdesak dan rasa teraniaya. Aku tidak punya pilihan kerana bagi ku  keutamaan kepada anak-anak yang masih kecil. Suami juga tidak mengizikan aku jauh daripada anak-anak. Tetapi syukur pada Allah SWT, DIA memberikan kecukupan kepada kami. Sebagaimana doa yang kami minta dalam bacaan ma’thurat di waktu pagi. Biarlah tak hidup bermewah-mewah, asalkan hidup bahagia bersama keluarga tersayang.

Semenjak bergelar pelajar ABDR, aku berazam tak nak buat hutang lagi jika tiada keperluan yang mendesak. “Mendesak” sehingga aku tak boleh hidup tanpa membuat hutang.


“Ya Allah, perkenankanlah niat suci ku ini wahai Tuhan pemilik segala kekayan. Supaya lebih mudah aku mengisi hidup ini dengan berbakti. Berbakti kepada-Mu, berbakti kepada makhlukMu”.


Aku sekadar ingin berkongsi rasa bersama kalian sebagai kekuatan dan dorongan supaya semua yang aku rancang berjaya hingga ke akhirnya. Aku belajar daripada kesilapan lalu. Betapa peritnya belajar dari kesilapan ini. Teraba-raba dalam mencari panduan sendiri. “Kesilapan”, itulah guru yang paling zalim. Ia zalim tetapi ia memberi 1001 pengajaran yang mahal harganya dan bermakna kepada sesiapa yang sanggup belajar daripadanya.

Walau apa pun, aku masih jahil dalam bab kewangan peribadi. Banyak lagi yang harus dipelajari. Banyak lagi tabiat dan sikap yang harus disemai serta dikukuhkan setiap hari. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya dalam mencari dan mengurus kekayaan milik Tuhan. Doakan aku bebas hutang 2 tahun akan datang. Ya! 2 tahun dan bantulah aku dalam merialisasikan azam itu... Insyaallah...


Wallahu a’lam...





7 Manfaat Utama Alfalfa Complex Shaklee

Entri #21

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah, Shaklee Malaysia & Carian Google


Apa Itu Alfalfa?

Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai sehingga 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai jenis garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.
  


Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.


Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
Sumber alfalfa semula jadi


Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.



7 Manfaat Utama Alfalfa Compelx Shaklee

Mencuci  hati, darah dan usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali di mana ia boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.

Melawan Alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Melawan tumor – Makan 30 – 50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai merawat kepada kebanyakan penyakit.

Mencegah/ merawat atritis –Melegakan sakit atritis dan kesakitan. 



Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:
1.      Pembersi toksin yang berkesan.
2.      Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
3.      Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
4.      Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
5.      Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
6.      Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
7.      Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
8.      Baik untuk ulser mulut dan perut.
9.      Baik untuk jantung.
10.  Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
11.  Mengawal atur kitaran haid.
12.  Mengurangkan keasidan dalam badan.
13.  Memastikan peredaran darah yang sihat.
14.  Baik untuk sistitis atau radang pundit kencing.
15.  Membuka selera makan.
16.  Mengurangkan sembelit.
17.  Mengurangkan rasa letih dan penat.



Kajian Dan Rujukan

“Pembersihan dan penulenan sistem badan secara semulkajadi memang mengambil masa. Kita haruslah bersabar dan mengambil klorofil dengan konsisten. Ubat-ubat yang mujarab mungkin memberi kelegaan yang lebih cepat, tetapi jarang menyembuhkan. Di samping itu, ia juga membawa kesan-kesan sampingan yang tidak dikehendaki dan ubat merbahaya mungkin terkumpul dalam tubuh. Klorofil dapat menyingkirkan toksin daripada racun perosak dan saki baki ubat serta bahan-bahan buangan lain”.
The Healing Power of Chlorophyll, Dr. Bernard Jensen (Pakar Pemakanan).


“kajian menu7njukkan struktur kimia tumbuhan hamper serupa dengan sel darah merah manusai melainkan unsure di tengah-tengah sel darah merah manusia terdiri daripada besi sementara klorofil pula ialah magnesium. Dengan itu, pengambilan klorofil akan membantu mereka yang merngalami kehilangan darah semasa melahirkan anak, kecederaan atau pendermaan darah”.
Dr. Richard Willstatter & Dr. Fisher.


“Klorofil adalah berguna untuk jangkitan dalaman dan masalah-masalah kulit”.
New England Journal of Medicine.



Apakah Vitamin Yang Ditemui Dalam Alfalfa Comeplex?

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.



Apakah Mineral Yang Ditemui Dalam Alfalfa Complex?

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; emngawal rentak jantung; melegakan saraf.

Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak. 

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.



Apakah Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee?

1.      Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
2.      Menghilangkan kelesuan dan tekanan
3.      Mengurangkan simptom PMS (untuk wanita)
4.      Merawat arthritis
5.      Membantu mengatasi masalah allergi dan ekzema (jika bayi ekzema, ibu boleh amalkan Alfalfa dan khasiatnya bayi dapat melalui susu ibu)
6.      Mengatasi masalah asthma
7.      Mencuci usus untuk tujuan membuang toksin (detox)
8.      Mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor
9.      Meneutralkan asid dalam badan
10.  Merawat masalah keputihan (untuk wanita)
11.  Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
12.  Sebagai kacip Fatimah bertindak sebagai ‘perapat‘ mengembalikan hubungan hangat suami isteri (untuk wanita)
13.  Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
14.  Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
15.  Meningkatkan stamina para suami
16.  Sebagai pelawas dan mengatasi masalah sembelit
17.  Membuang angin dalam badan
18.  Paling terkenal adalah sebagai milk-booster membantu ibu lancarkan penyusuan dan tambah susu badan



Mahukan pelaburan untuk kesihatan anda yang lebih murah? Sepanjang bulan Julai 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IRON FORMULA berharga RM94 dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anda! Sila KLIK di sini...




19 Fungsi GLA Complex Shaklee

Entri #20

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Shaklee Malaysia


Masalah Kaum Wanita

ü  Masalah haid tidak teratur?
ü  Sukar hamil?
ü  Ada cysts atau fibroid?
ü  Berisiko kanser?
ü  Kulit kusam, berjeragat atau tona kulit tidak sekata?
ü  PMS?
ü  Menopuse?

Ini semua masalah biasa yang dialami oleh kaum wanita. Tetapi tahukah anda bahawa untuk mengatasi semua masalah ini perlukan GLA Complex Shaklee.


Pernah dengar tak GLA Complex Shaklee ? Biasa dengar EPO, kan? Kalau anda nak tahu  GLA Complex Shaklee adalah EPO versi Shaklee. EPO sebenarnya adalah gamma-linolenic acid (GLA) yang diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO). Jadi mudahnya ia dipanggil sahaja EPO.


Apakah Kepentingnya GLA Complex?
GLA Complex Shaklee mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.


Jadi Apa Fungsi GLA Complex Shaklee?
1. Membantu dalam keseimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
2. Membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
3. Melegakan simptom PMS
4. Membantu mengatasi masalah menopouse
5. Menguatkan kuku dan rambut
6. Menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing)
7. Membantu menangani ekzema
8. Membantu melegakan simptom artritis reumatoid
9. Menguatkan sistem imun badan
10. Bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan
11. Mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung
12. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
13. Mengawal kolesterol dan membakar lemak
14. Membantu fungsi saraf
15. Melambatkan proses osteoporosis
16. Mencegah pembentukan sel-sel kanser
17. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
18. Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manisseperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
19. Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari Shaklee GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.



Apa kelebihan GLA Complex Shaklee Berbanding EPO Biasa Di Pasaran?

GLA Complex Shaklee diekstrak dari minyak borage (herba favourite orang Barat) di mana ia mengandungi 2 kali ganda jumlah GLA dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO biasa. Uniknya lagi GLA Complex Shaklee digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan penyerapan dan keberkesanannya. EPO biasa cuma ada GLA sahaja dalam kuantiti yang rendah. Tetapi tidak dengan GLA Complex Shaklee.


Dengan harga retail RM91.25 untuk 60 biji dan keberkesanan yang tinggi, pastinya pelaburan anda berbaloi. Tapi berita gembira untuk anda, di Suri Rumah Berpendapatan Sendiri, anda boleh menikmati diskaun hingga 20%.



Mahukan pelaburan untuk kesihatan anda yang lebih murah? Sepanjang bulan Julai 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IRON FORMULA berharga RM94 dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anak anda! Sila KLIK di sini...





11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee

Entri #19

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Shaklee Malaysia


Pagi ni saya berkongsi kebaikan vitamin Zinc Complex Shaklee. Teringat sewaktu berpantang dahulu,saya sangat suka mengamalkan Zinc Complex Shaklee. Pada mulanya nak sembuhkan luka selepas bersalin dan  masalah rambut gugurMaklumlah selepas bersalin rambut banyak sangat jatuh. Alhamdulillah memang berkesan jika kita konsisten dalam mengamalkannya. Luka bersalin cepat  sembuh dan keguguran rambut dapat dikurangkan.


11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim: Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk Kolagen
Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabeties: Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4. Bintik Putih di Kuku: Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan Sistem Imun: Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka: Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7. Memperbaiki masalah Prostat: Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan Seks Lelaki: Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9. Ovulasi Wanita: Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang Kulit: Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulitseperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan Deria Bau: Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).


Keistimewaan Lain Zinc Complex Shaklee 

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.



Mahukan pelaburan untuk kesihatan anda yang lebih murah? Sepanjang bulan Julai 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IFON FORMULA berharga RM94 dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anak anda! Sila KLIK di sini...






Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular