Monday, 18 September 2017

Cerita Rakan Niaga


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Hari Isnin, hari yang kebanyakkan bagi rutin mak-mak bekerja di rumah mahu pun di pejabat biasanya agak sibuk. Walau sudah bertahun, tapi masih juga huru-hara. Sibuk itu tak tahu datang dari mana. Rutinnya sudah begitu tapi masih juga sering ulang-alik di dapur, bilik tidur, ruang tamu dan bilik mandi.

Aku? Uhhmmm. Begitulah rutinnya. Anak yang bersekolah baru seorang. Sibuknya umpama sudah punya anak sepuluh. Setiap gerak-geri nya perlu diperhati. Jika leka seketika, pastinya lambat ke sekolah.

"Botal air sudah siap? Sapu tangan? Stokin? Cepat pakai tudung! Baba siap mandi dah tu. Lambat sampai sekolah, abang (panggilan buat pengawas) tulis nama lagi. Mau ka?"

Soalan-soalan harian yang wajib ditanya.

Sebelum ke sekolah, rutin wajib buat kakak. Dia pasti akan salam. Jika aku tak peluk cium, pasti dimintanya.

Begitulah drama harian rekaan kakak.

Bila kakak sudah ke sekolah barulah aku punya sedikit ruang. Anak teruna ku, bangun awal pagi ini. Sarapan nasi goreng dan milo suam. Tenang. Tanpa gangguan. Jiwanya juga tenang.

"Ummi. Ummi buat apa tu?".

Belum sempat aku menjawab ditanya lagi.

"Ummi. Ummi buat kerja?".

"Ya. Ariel makanlah dulu. Jangan kacau ummi kerja ya?" Pinta ku.

"Ok". Jawabnya selamba.


Teringat aku pertemuan dengan rakan-rakan niaga beberapa hari yang lepas. Santai. Walau hanya beberapa minit, sempat juga berkongsi masalah dan idea dalam urusan bisnes.

Walau perjumpaan yang singkat, tapi itu peluang besar buat kami. Sempat juga kami mempromosikan produk masing-masing.

Popia Kacang. Roti Adhwa. Pelbagai jenis kuih traditional. Upah Buat Fan Page. Kelas Personal Buat Fan Page. Kelas Blog Bisnes Penulisan anjuran akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Semua ini antara servis dan perkhidmatan yang aku tawarkan. Produk terbaru yang bakal aku pasarkan adalah Pes Ayam Lengkuas.


Alhamdulillah. Baru saja ingin ku perkenalkan sudah ada permintaan yang tinggi. Ramai yang menanti dalam senarai pelanggan. Harap bersabar ya. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian.

Selain memperkenalkan produk baru ku, aku juga sempat kongsikan pengalaman bagaimana aku terjebak dengan bisnes. Alhamdulillah. Sedikit cerita itu ada idea baru disebaliknya.

Mahu dapatkan produk dan servis yang aku tawarkan? Wasap saja no ini 016-817 8716. InsyaAllah, akan ku jawab satu persatu soalan kalian.

Sebelum itu, mari ku kenalkan kalian dengan mereka.



Wan Raizah Matsah. Orangnya kecil molek. Comei je kan. Ibu beranak 3. Kerja dari rumah. Seorang pereka fesyen. Nak minta desain atau jahit baju bolehlah berhubung dengan beliau. Jahitannya kemas. Desain terkini dan mengikut citarasa pelanggan yang cerewet.

Hah! Kalian spesis pelanggan yang cerewet? InsyaAllah Wan Raizah Matzah ada cara menjinakkan anda. Hihi..

Alaa janganlah serius sangat. Kita gurau-gurau jer. Tak adalah muka tu berkerut sejuta.

Selain desain pakaian, Wan Raizah Matsah pun mahir desain poster iklan. Ada bakat seni reka grafik. Kalau nak minta tolong desain apa-apa jua jenis poster untuk sebarang majlis, bolehlah hubungi beliau ya. Aku rekomen sangat. Upah yang dikenakan untuk servis beliau pun sangat murah dan berpatutan.

Ada satu produk aku nak rekomen korang guna. Bedak cendana. Pernah dengar tak? Ok, bedak ni nama dia "Cendana Facial Beauty". Aku pun guna bedak ni juga tau. Bedak ni bagus, ia sangat berbeza dengan bedak yang ada di pasaran.

Nak tahu kenapa? Bedak "Cendana Facial Beauty";-
1. Mengecutkan jerawat dan parut
2. Menghaluskan kulit
3. Mencerahkan kulit
4. Mengurangkan Jeragat 
5. Anti - penuaan
6. Anti - tanning
7. Mengawal kandungan minyak di muka
8. Pelindung matahari
9. Hilangkan gatal-gatal dikulit
10. Boleh guna satu badan
11. Boleh jadi bedak sejuk atau foundation
12. Bukan saja bedak tapi boleh dijadikan masker atau bedak sejuk dengan gabungan bahan-bahan seperti madu, air mawar dan lemon.
13. Gatal ketiak lepas "shaving"? Sapu je bedak ni inshaAllah hilang.

Jika kalian punya 1001 persoalan, bolehlah ketuk wasap beliag di talian 010- 236 0472.



Dalina Dawila. Ada yang panggil Kak Bobo. Ada yang panggil Kak D. Mana-mana pun ok. Orang yang sama. Seorang pengusaha restoran asam pedas di daerah Kota Kinabalu. Siapa suka mana asam pedas, bolehlah berkunjung ke restoran beliau yang terletak di Restoran Daleena Asam Pedas, Blok E-35-1, Tingkat Bawah, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, Kepayan Cyber City, Kota Kinabalu, Sabah.

Harga yang ditawarkan berbaloi. Sangat murah. Rasa asam pedasnya pun sedap. Maklum saja, resepi warisan dari mak.

Memandangkan asam pedas beliau menjadi kegilaan ramai, Kak Bobo mula memasarkan Pes Asam Pedas Daleena. Jadi senanglah korang masak asam pedas di rumah nanti. Beli jer pes asam dengan beliau.


Kalau nak belajar masak sendiri dengan Kak Bobo pun boleh. Ada kelas khas untuk kalian. Boleh hubungi beliau untuk sebarang pertanyaan di talian 019-313 1768.



Fadzillah Saidin. Ibu berank 3. Kakak ni pun comel juga orangnya. Lebih mesra dengan panggilan Cik P'fie. Suka buat kami ketawa sampai rasa nak pecah perut. Kalau ada booth bazar, dialah tukang panggil orang datang singgah ke booth. Pantang jer orang lalu depan booth kami, pasti akan singgah. Aura Cik P'Fie ni sangat kuat. Samalah macam produk yang beliau hasilkan.


Cik P'Fie ni merupakan pengasas kepada produk Neylla Kosmetik. Jika kalian nak cuba guna produk beliau, silalah berhubung terus dengannya yer. Nak jadi agen untuk produk Neylla Kosmetik pun boleh. Ketuk saja wasap beliau 016-802 4961




Nur Nazlyn Abdullah @ Carolyn Salag. Orangnya tinggi lampai. Nampak pendiam. Tapi awas! Dalam hati ada taman.


Pemilik kepada Nur Boutique & Cafe. Nak shopping baju sambil isi perut yang sedang berkeroncong, bolehlah bertandang ke kedai beliau.

Serunding Tuhau. pernah dengar tak? Tuhau ni merupakan makanan kegemaran rakyat di Sabah terutamanya kaum Dusun dan Kadazan. Makanan ini adalah campuran beberapa bahan lain dan diperasakan dengan garam. 

Bagi mereka yang kurang mengenali pokok tuhau. Tuhau atau pokok tepus boleh dijumpai di hutan tebal. Baunya agak kuat dan sesuai dijadikan jeruk atau sambal cili tuhau. Nak tahu lagi lanjut tentang tuhau, risik-risik la dengan pengusahanya, Kak Nur.

Mahu belajar buat serunding tuhau atau jadi agen pun boleh. Kontek saja nombor ini 014-558 5702. 

Seperti biasa, sebelum berpisah sempat bergambar kenangan untuk tatapan kami. Kisah ini akan menjadi memori indah untuk dikongsi buat anak-anak kami nanti nanti. InsyaAllah. Aamiin.









Mari Berzikir

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazhzhaalimiin.

“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Tidak seorang pun yang diderita kesusahan dan kesedihan, ditimpa bencana dan kemalangan, serta orang-orang yang memiliki hutang, yang berdoa dengannya sebanyak tiga kali dalam sehari kecuali akan dikabulkan oleh Allah SWT.
(HR Ad-Dailami dari Abdurrahman bin Auf ra.)

Assalamualaikum. Selamat pagi Isnin. Salam ceria buat sahabat semua.

Tuesday, 5 September 2017

Zikir Penarik Rezeki: Blog Bisnes Penulisan Oleh Nasriah Abdullah Bawa Manfaat Buat Pembaca



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum. Selamat petang buat semua warga pengunjung blog Suri Rumah BerpendapatanSendiri.

Kalian apa khabar? Sudah mula kembali bernafas setelah sibuk urus anak-anak yang kembali ke gedung persekolahan? Urusan kerja di rumah bagaimana?

Alhamdulillah. Jika sudah tenang ikut rentak rutin mak-mak bekerja di rumah.

Aku? Fuuuh! Aku jangan di tanya. Cuti panjang, pendek tiada bezanya. Semua sama saja. Cuti atau tidak juga tiada bezanya. Begitu la rutin mak-mak bekerja di rumah. 24 jam sehari. Penuh dengan aktiviti. Urus anak-anak. Urus rumah. Urus bisnes kecil-kecilan dari rumah.

Tempahan buat fan page. Tidak kurang juga yang mahu daftar kelas one-to-one belajar buat page sendiri.

Alhamdulillah. Usaha dan yakin. Janji Allah itu pasti.

Rezeki berblog. Walau pun aku masih belajar. Rentak penulisan juga masih merangkak. Namun, aku bersyukur kerana punya pengunjung yang merasa gembira atas setiap perkongsian ku.

Petang tadi aku di sapa melalui "messenger" di fesbuk. Seorang pembaca setia di blog penulisan ku.

Katanya, mengenali ku melalui blog. Perkongsian ku tentang zikir nama-nama Allah yang baik diamalkan untuk selesaikan masalah hutang menarik perhatiannya.

Mungkin saja beliau sudah mengamalkan apa yang telah aku kongsikan di coretan itu. Dan mungkin juga telah memberi kesan pada amalannya.

Alhamdulillah. Aku bersyukur jika sedikit coretan itu membawa manfaat buat dirinya dan juga pembaca lain.

Di coretan kali ini pula, dengan senang hati ingin ku kongsikan zikir nama-nama Allah bagi penarik rezeki. Zikir ini setiap hari ku amalkan walau di mana saja. Tidak kira sedang berbuat apa.

InsyaAllah. Dengan usaha dan keyakinan yang ada. Pasti saja rezeki tak terduga datang menyapa. Doa dan tawakkal. Istiqomah dalam setiap tindakan dan perbuatan.


Diriwayatkan Dari Sayyidina Ali Karromallohu wajhahu telah bersabda Rasulullah S.A.W "Maukah Engkau aku ajarkan beberapa kalimat, yang bila engkau mempunyai hutang seberat gunung yang besar, Maka Alloh akan membayarnya" :


Doa pertama: Baca setiap pagi

Allahumma Akfini bihalalika 'An Haromika wabifadlika 'Amman Siwaka

Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal bukan yang haram dan berilah aku kekayaan harta benda dengan keutamaanmu supaya aku tidak mengharap dan meminta pertolongan selain daripada Engkau


Doa kedua: Baca 7x lepas solat fardhu dan di baca 70x pada hari Jumaat

YA Ghani
Ya Mughni
Ya Fattah
Ya Razzaq

Maksudnya:
Yang Maha Kaya ,
Yang Maha Mencukupkan,
Yang Membukakan Pintu Rahmat
Yang Maha Pemberi Rezeki

Dan Baca "Bismillahirrahmanirrahim" (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
301x selepas terbit matahari atau waktu syuruk


Doa Ketiga: Jika kalian berniaga, maka eloklah amalkan zikir ini. Baca sebanyak 313x ketika hendak mula berniaga.

Waja'altulahu Maalam mamduuda
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)


Maksudnya:
Dan aku berikan baginya kekayaan yg melimpah ruah.


Ayuh! Kita sama-sama kongsikan coretan ini agar lebih ramai lagi sahabat-sahabat kita di luar sana mengamalkan zikir ini. InsyaAllah, ekonomi umat Islam dapat diperkukuhkan. Lagi ramai mengamalkan, lagi ramai umat kita menjadi orang yang kaya dan beriman.

InsyaAllah. Segalanya adalah dengan izinNYA.

Moga bermanfaat.





Dari Tempahan Upah Buat Fan Page Terus Daftar Ke Kelas Blog Bisnes Penulisan Di ABDR


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum. Selamat pagi Selasa. Cuti panjang sudah berakhir. Noktah. Ayuh bangkit! Kembali kepada rutin kerja harian.

Pagi ini, mak-mak kembali sibuk. Urus anak-anak sekolah.

"Ummi, mana pensil kakak?".

Sudah! Soalan ni buat ummi mahu jadi singa lapar.

"Semalam apa ummi suruh kakak buat?". Tanya ku spontan

"Kemas buku". Jawabnya selamba.

"Jadi?"

"Kan ummi suruh kemas buku. Buku sudah la kakak kemas tapi tiada ummi cakap kemas pensil box". Penjelasannya dengan panjang lebar.

Mulut mula muncung. Ku biarkan kakak urus sendiri. Biar berdikari dan beringat selalu. Tidak perlu terlalu manja. Satu hari nanti ummi tiada, kakak boleh urus diri sendiri. Itu yang ummi mahukan.

Sedang kakak ke hulu ke hilir mencari pensil, terdengar deringan wasap minta di baca. Mulanya ku biarkan sahaja. Tunggu kakak bersiap ke sekolah.

Setelah segalanya selesai, sarapan roti telur untuk anak teruna pula. Pastinya bila mata celik, itu menu wajib yang akan di cari.

Bila urusan anak-anak sudah siap baru la sedikit lega hati ku. Begitulah rutin mak-mak bekerja di rumah.

Tempahan Upah Buat Fan Page
Kini, peluang melayan henfon. Bertubi-tubi serangan wasap hari ini. Ada satu wasap personal ku terima. Yang pasti, nombor itu pertama kali ku lihat.

Alhamdulillah. Rezeki raya korban. Rezeki pertama di bulan September. Prospek ini datang dari pengunjung blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Katanya mahu buat tempahan buat fesbuk page.

Beliau ada bertanya, "mudah ke nak cari  maklumat di enjin google jika menggunakan medium fesbuk page untuk beriklan?".

Dengan senang hati ku kongsikan pengalaman sendiri. Mengikut kajian dan pemerhatian sepanjang aku berblog dan menggunakan medium fesbuk page sebagai wadah untuk beriklan, 90% maklumat carian google datang dari perkongsian dan penulisan di website berbayar atau pun blog. Hanya 5% hingga 10% maklumat datang dari perkongsian melalui fesbuk peribadi dan fesbuk page.

Penulisan di blog lebih mudah
di jejaki jika di bandingkan
fesbuk page
Buktinya, aku punya ramai pelanggan dan prospek yang datang dari blog jika dibandingkan fesbuk page.

Kalian boleh betulkan jika aku silap. Boleh buat kajian sendiri mengunakan enjin google. Apa pun, semuanya terpulang pada pilihan kalian.

Alhamdulillah. Dengan sedikit penjelasan mengenai beriklan di fesbuk page dan blog kepada prospek berkenaan, akhirnya beliau berminat menyertai aku di kelas blog bisnes penulisan bagi sesi Oktober.

Kalian di luar sana, bagaimana? Mahu tempah upah buat fan page? Mahu belajar buat fan page sendiri? Boleh daftar segera. Kelas one-to-one melalui wasap sahaja. 

Masa? Sudah tentu mengikut kelapangan kalian sebagai peserta.

Yuran? Dijamin termurah dan kalian mampu bayar.

Atau kalian mahu mula menulis? Boleh daftar di Kelas Blog Bisnes Penulisan anjuran Akademi Bekerja Di Rumah. Kita belajar dengan santai sahaja. Tanpa perlu keluar rumah dengan muka penuh tekanan.

Pelbagai pilihan pakej yang
disediakan di ABDR
Urus anak-anak. Urus rumah. Urus suami. Semuanya dalam satu sambil belajar menimba ilmu penulisan blog bisnes.

Pendaftaran untuk sesi September sudah bermula. Hanya 10 tempat eksklusif bagi perserta bertuah.

Mahu daftar sekarang? Ayuh! Wasap nombor ini 016-817 8716














Stiker Baru Popia Kacang Jenama Adhwa



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Alhamdulillah. Siap juga akhirnya. Stiker baru untuk produk Cahaya Nur Adhwa di bawa jenama Adhwa iaitu produk Popia Kacang.

Lazat, Rangup Tak Terkata!

Setelah lama menanti. Kini boleh tenang seketika. Stiker baru yang lengkap dengan fakta nutrisi. Tinggal lagi nak tempah kod bar. InsyaAllah, akan sempurnalah sedikit masa lagi.

Terima kasih buat encik suami yang tolong buatkan desain stiker popia kacang ni. Lawa tak? Hah! Kalau nak buat desain stiker ke poster iklan ke bolehlah hubungi kami ya. Harga mampu bayar dan berbaloi.

Ini salah satu langkah permulaan untuk rancangan pemasaran produk Popia Kacang jenama Adhwa.

Ada rakan usahawan bertanya. Bagaimana cara mudah dan jimat untuk buat orang kenal produk kita?

Jawab ku cukup ringkas. Jangan pandang  remeh bab penjenamaan.

Salah satunya adalah bab pembungkusan. Pembungkusan produk antara bahagian terpenting.

Bagi usahawan yang baru bermula, cukup sekadar tampal stiker pada bekas atau balang produk kita. Bila sudah beroleh sedikit modal, bolehlah dikembangkan kepada label yang lebih menarik dan eksklusif.
  

Ada Apa Dengan Stiker?

Kos Yang Berkesan
Stiker merupakan salah satu komponen promosi yang dapat menjimatkan kos. Mudah dicetak, mudah diurus, harga mampu bayar dan tidak mengambil masa yang lama untuk siap.

Pandangan
‘Packaging’ produk kita akan kelihatan lebih menarik dan ‘presentable’ dengan desain dan warna yang digunakan. Pelanggan mudah ingat ‘brand’ kita.

“Eehhh! Ini macam Rieya punya popia kacang".

Pastikan letak logo, nombor telefon, alamat, web (jika tiada blog pun boleh), fb dan sedikit maklumat ringkas tentang produk supaya pelanggan boleh rujuk. Jadi esok lusa nanti senang dia nak tempah lagi
. Betul tak?

Boleh Disesuaikan
Sama ada dari segi material, desain mahupun bentuk, stiker adalah item yang usahawan boleh tentukan sesuka hati mengikut kesesuaian. Ia juga mengikut idea dan krativiti usahawan itu sendiri.

Oleh itu, dengan penuh rasa kesyukuran dan senang hati, kami di Cahaya Nur Adhwa bersetuju memberi sesuatu yang ISTIMEWA untuk para pelanggan produk jenama Adhwa.

Apa yang istimewa? Yes! DISKAUN! DISKAUN! DISKAUN!



Dengan setiap tempahan popia kacang, kami nak bagi HARGA ISTIMEWA untuk anda!!! Sangat istimewa.

Ayuh, Cepat! Ambil henfon sekarang dan terus wasap “POPIAKACANG” ke
—> 016-817 8716
—> 016-817 8716
—> 016-817 8716

DISKAUN akan berakhir sehingga stok masih ada.

Wasap “POPIAKACANG” ke
—> 016-817 8716
—> 016-817 8716
—> 016-817 8716

Dan DISKAUN istimewa milik anda!


Jangan tunggu sampai stok licin baru nak order tau! Jadi tempah sekarang!


Wasap – 016-817 8716
Telefon – 016-817 8716
Emel – pnnasriahabdullah@gmail.com
Fesbuk – Nasriah Abdullah




Kursus Kemahiran Kecantikan Bertemakan "Kemahiran Asas Keusahawan" Anjuran IKSnita Dengan Kerjasama AEU Universiti


  
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Selamat datang ke blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri.

Jutaan terima kasih kerana anda sudi meluangkan sedikit masa membaca coretan santai di blog ini.



Untuk makluman, Kursus Kemahiran Kecantikan bertemakan "Kemahiran Asas Keusahawan" bakal berlangsung pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 28 - 29 September 2017
Hari: Khamis - Jumaat
Lokasi: Kudat


Pendaftaran Kursus Kemahiran Kecantikan sudah bermula. Hanya 30 kuota eksklusif untuk diisi.

Rebut peluang ini sekarang!


Untuk pendaftaran pantas boleh hubungi Pn Linda di talian 012-811 7396. 



Monday, 4 September 2017

"Wanita & Inovasi Dalam Perniagaan". Program Prospernita PUNB Sabah Dengan Kerjasama IKSnita Sabah.



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Prospernita PUNB & IKSnita

Assalamualaikum. Selamat pagi Isnin. Hari ni tak jumpa lagi status "Monday Blues". Semua kelihatan gembira masih diambang cuti yang panjang.

"Syukur dapat bercuti extra sehari lagi hari ini".

Itu kata mereka. Rasa hati mereka yang punya rutin kerja hakiki 8 pagi, 5 petang. Lalui dengan gembira. Hanya tinggal sedetik lagi cuti yang berbaki.

Bagi yang bercuti di kampung halaman, sudah mula sibuk mahu berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Moga kalian selamat sampai.

Dikesempatan ini, ingin ku khabarkan mengenai satu program besar anjuran PUNB. Program PROSPERNITA PUNB Sabah 2017 dengan kerjasama IKSnita Sabah.

Alhamdulillah. Jutaan terima kasih buat PROSPERNITA PUNB Sabah, atas kepercayaan dan mandat yang diberi kepada IKSnita Sabah.

Sekalung tahniah buat peneraju usahawan-usahawan Sabah. Siapa lagi kalau bukan Puan Presiden IKSnita Sabah, Dg. Khatijah Datu Bachtiyal dan Puan Rehan Rahim merangkap Timbalan Presiden. Semoga usaha kalian membawa usahawan-usahawan Sabah ke peringkat antarabangsa membuahkan hasil. InsyaAllah. Aamiin. Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Program ini bertemakan " Wanita & Inovasi Dalam Perniagaan". Hebat tak tajuk ni?

Sehebat tajuk nya, sudah tentulah hebat lagi pengisian yang sudah disusun atur.

Walaupun penyertaan adalah percuma, tapi tempat dan ruang yang disediakan adalah terhad. Justeru, kalian yang berminat boleh dafatr segera.

Pendaftaran pantas atau inginkan maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Puan Wan Raizah Matsah di talian 010-236 0472 atau melalui emel wan.raizah@yahoo.com.

Jangan fikir panjang tau. Bertindaklah sekarang!






Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular