Wednesday 19 August 2015

Uniknya Akademi Bekerja Di Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Alhamdulillah, syukur ke-hadrat ilahi masih di beri kesihatan yang baik untuk kita terus bersiaran dari kelas online blog ABDR. Seawal 6.00 pagi lagi menerima pelbagai jenis persoalan daripada pembaca blog dan pengunjung kedai alam maya saya.  Terima kasih semua sudi meluangkan masa anda berkunjung di kedai alam maya saya yang tak seberapa ini. Semoga segala perkongsian di blog ini memberi 1001 inspirasi dan idea buat kalian semua. Amiin...

Uhhmmm... Suami sudah berangkat ke pejabat, anak pula suami dah hantar ke sekolah. Sarapan pula telah ibu siapkan. Si anak kecil pula dah terjaga awal akibat suara nyaring si kakak sebelum ke sekolah tadi. Seperti biasa, si anak manja akan 'request channel' kesukaannya (Disney Channel). Justeru, kita layankan sahaja agar tidak berulah. Sambil sarapan, sambil buat tugasan harian, sambil menjawab pertanyaan bakal-bakal calon keluarga ABDR.

Subhanallah... Alhamdulillah... Semakin ramai ibu-ibu bergelar suri rumah menyedari akan kewujudan ABDR dan tidak kurang juga dari kalangan pelajar universiti yang berimpian ingin mencari sumber pendapatan sampingan demi mengurangkan bebanan ibu bapa mereka. Sejuk perut ibu mengandung punya anak sedemikian rupa.

Bagi yang masih bertanya dan kurang jelas bagaimana kelas kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) berlangsung, akan saya jawab satu persatu. Harap kalian semua bersabar menanti jawapan dari saya. Apa yang pasti semua kelas di jalankan di atas talian sahaja iaitu 'online'. Perkara wajib yang perlu anda punyai adalah talian internet, komputer atau pun labtop, tab atau telefon. Mudahkan?

Duduk berdepan dengan komputer sambil melayan karenah anak-anak, sambil menjawab whatsapp pelanggan, sambil kemaskini status bisnes, sambil tingkatkan ilmu dunia blog. Semua kita boleh lakukan serentak. Hebat tak jadi WAHM?

Ok, tanpa membuang masa, jom kita intai soalan-soalan popular daripada pembaca dan pengujung setia blog 'Suri Rumah Berpendapatan Sendiri'.



Kelas ni buat di mana?

Kelas ni di jalankan atas talian sahaja. Boleh mula kelas andai kata anda sudah bersedia. Ya, bila-bila masa sahaja. Unik tak kelas ni?


Saya bekerja sepenuh masa, tak ada masa nak update blog. Bolehkah?

Disebabkan anda tak masa mahupun tak cukup masa, itu sebab kelas ini dijalankan secara online. Pilihan masa yang sangat flexible, iaitu 10 langkah mudah untuk kelas bisnes penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes. Rasa teruja tak? Hihihi...


Saya tak ada produk, macam mana?

Jangan risau andaikata anda tak punya produk kerana di ABDR, kami sediakan pelbagai produk dan perkhidmatan. Anda juga boleh jadi rakan niaga di akademi. Pilihan di tangan anda. Jika mempunyai produk sendiri lagi ok. Boleh terus kembangkan bisnes anda.


Berapa lama kelas di jalankan?

Di ABDR, kita tak tentukan tempoh pembelajaran sebab semuanya flexible dan bergantung dengan kesesuaian masa pelajar. Pada pendapat saya, kita yang tentukan sendiri berapa lama kita nak ambil masa belajar asas blog. Semua itu bergantung dengan usaha dan kerajinan masing-masing.


Boleh pandai ke?

InsyaAllah, jika anda rajin bertanya dan berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Kepandaian itu anda ukur dan tentukan sendiri.

Selain itu, berapa cepat anda boleh siapkan tugasan yang diberikan. Ada pelajar yang laju dan pantas. Mereka cuma ambil masa dalam 10 hari siapkan tugasan. Ada pula 3 minggu, sabulan, dua bulan dan ada yang lebih dari itu.

Apa yang pasti cepat atau lambat adalah bergantung dengan pelajar itu sendiri. Andaikata, anda cepat siapkan tugasan yang diberikan, maka cepat jugalah anda boleh menggunakan blog, facebook dan fan page untuk menjana pendapatan.


Apa manfaat (benefit) sertai kelas ni?

Banyak sangat manfaat jika anda sertai saya dalam akademi ini. Antaranya;-

Pertama, tentunya jaringan dan perhubungan rakan-rakan lain yang juga dari kalangan suri rumah, suri bekerjaya. Boleh tambah kenalan baru dan bertukar pendangan serta berkongsi ilmu dunia bisnes online.

Kedua, inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita seperti kita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru, tunjuk ajar bukan saja dari tenaga pengajar malah rakan-rakan akademi dan sebaginya.

Ketiga, yang paling hebat apabila berada di akademi ini, pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog. Maka dengan itu, mudahlah blog kita di jejaki dalam carian google.


Kalau saya nak sertai kelas ni macam mana?

Kami menerima pendaftaran setiap hari. Ya setiap hari, 24 jam/7 hari seminggu. Anda boleh pilih mana-mana kelas blog yang di tawarkan seperti:-

1. Kelas Blog Penulisan
2. Kelas Blog Fan Page Mula Bisnes
3. Kelas Penulisan Kreatif
4. Kelas Beriklan Di mudah.my
5. Rakan Niaga Akademi
6. Kelas Online Urus Niaga Akaun Bisnes


Berapa bajet kalau saya nak sertai kelas ni?

Berikut adalah pakej kelas yang ditawarkan mengikut kesesuaian bajet anda.

Pilihan Pertama


Pilihan Kedua

Pilihan Ketiga


Macam mana nak bayar?

Sekiranya anda sudah bersedia menyertai kelas blog di akademi ini, pembayaran haruslah di buat melalui maklumat seperti berikut dan sila maklumkan saya selepas transaksi berjaya dilakukan.



Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:

Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email :
 pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/Telegram : 
+6016-817 8716


add saya di facebook : 
www.facebook.com/aura.adhwa

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:
http://nasriahabdullah.blogspot.com

http://ummyadhwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular