Tuesday, 4 August 2015

Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan

Entri #42

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Dipetik Dari FB Mohd Hafeez Bin Basaruddin



Jom kongsikan  apa yang anda dapat dari perbualan ini. Mari kita belajar.
1.
2.
3.
4.
5.



"Amir, kau kalau takda booth, kau meniaga kat mana ye...? Risau bisnes macam aku ni, kalau takda booth takdala Sales, belanja hari-hari nak kena ada, kalau berterusan macam ni, tak kahwinlah aku Mir..." -Tanya Zaki pada Amir dalam perbualan Telefon-.
.
Amir : "Bro, apa-apa Bisnes pun salah satu objektifnya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada Pelanggan....."
.
.
Zaki : "Apa maksud kau...?"
.
.
Amir : "Selama kau bisnes selepas berhenti kerja ni, berapa banyak orang yang kau dah communicate? Berapa ramai orang yang kau dah bantu? Adakah kau masih contact mereka...?"
.
.
Zaki : "Aku ni jual produk je bro, buat apa nak beria communicate dengan Pelanggan? Asalkan dorang beli, produk mereka dapat, sales aku dapat, cukuplah, nak apa lagi kan...? Lagipun, lepas aku belajar dengan kau untuk collect database tu, aku baru start bulan lepas collect, apa aku nak buat dengan database tu bro...?"
.
.
Amir : "Betul macam tu, tapi berapa banyak kali kau boleh berniaga dengan mereka? Kalau hanya sekali, kau sebenarnya tak nampak yang setiap FASA / PROSES yang berlaku antara kau dengan Pelanggan sewaktu berbisnes adalah PELABURAN yang sangat menguntungkan tak kira pada waktu tu kau close deal atau tak dengan Prospek kau....."
.
.
Zaki : "Mir, aku betul-betul kurang faham, explain pada aku betul-betul Mir, aku betul-betul nak berjaya dalam Bisnes..."
.
.
Amir : "Jika kau fokus pada Jualan semata-mata, bisnes kau takkan ke mana-mana..."
.
.
.
Zaki : "Kau kat mana Mir? Aku datang jumpa kau sekarang, aku betul-betul nak tahu apa yang kau tengah cakap ni, cakap dalam telefon lama-lama macam ni, habis pulak kredit aku nanti..."
.
.
Amir : "Aku kat rumah, tapi dah lewat malam dah ni, esok pagi aku ada appointment dengan Kilang, kita jumpa lusa la bro, boleh?"
.
.
Zaki : "Hmmmm, bolehlah Mir, tapi kau janji share ye, lagi satu aku nak tanya juga pada kau adalah macam mana kau boleh dapat Pelanggan yang betul-betul targeted, macam tembak orang guna Snipper, aku betul-betul nak tahu..."
.
.
Amir : "Aku tak tahu cara orang lain buat, aku cuma tahu ajar apa yang aku sendiri buat, In shaa allah, nanti jumpa aku cerita, assalamualaikum, selamat malam bro..."
.
.
Zaki : "Waalaikumussalam, terima kasih bro!"
.
.
.


Setelah selesai membaca dan memahami perbualan tersebut,  apa yang saya pelajari adalah:

1. No booth, no sales: Persepsi tak ada kedai/booth tak boleh menjual harus dibuang jauh-jauh

2. Service after sales: Sentiasa luangkan masa untuk buat follow-up customer

3. Database: Kena buat checklist pelangggan. Simpan semua info prospek untuk rujukan akan datang

4. Communication: Kena sentiasa ada komunikasi dengan pelanggan

5. Hulurkan bantuan: Berikan pertolongan/bantuan kepada pelanggan tanpa hanya fokus untuk menjual barangan/perkhidmatan sahaja


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular