Entri
Ulasan #1
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum...
Syukur
alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar
warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran
44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk
ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.
Teringat kisah
sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya
ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di
kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama
dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai
melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi. Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di
fahami.
Mula belajar dan
berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina
blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak
dengan gadget 'HTML/JavaScript'
mulalah mata berpinar, otak jadi blur
sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya
tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog.
Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada
siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.
Semangat
meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal
bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi
pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur
seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.
Semangat yang semakin
pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan
kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila
Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada
kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang
penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.
Perasaan cemburu
pada mereka yang mempunyai blog yang mewah dengan informasi menjadikan diri ini
bangkit dan mempunyai azam baru untuk terus
berusaha mempunyai satu blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama
dalam carian google.
Bertemu dengan Pn. Anys Idayu
Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan
facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar
ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu
yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa
secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada
di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai
suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam
menyempurnakan tugasan yang diberikan.
Digital E-book Kelas Asas Blog
merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan
dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak
dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online
seperti saya.
Jutaan terima
kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini
yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas
nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.
Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan
dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya
muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak'
saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu
dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.
Sungguh tak
terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga
besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan
wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya
untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk
membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil
upah buat 'FB Page dan Blog'.
Zaman dunia IT
semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google
untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat
bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru
untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.
Benarlah kata
orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk
dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak
langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai
ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu
membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik
dari mentor kita sendiri.
Senang sangat untuk
menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk
keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas
online dan offline. Semua ada SOP.
Bagi yang mahu
mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR.
Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus
berjualan, kerana semuanya atas talian.
Anda Suri Rumah Berkerjaya?
Anda Peniaga Online?
Inginkan Pendapatan Sendiri Tanpa Satu
Sen Modal?
Inginkan Duit Masuk Akaun Setiap Hari
Tanpa Keluar Rumah?
Jika YA, maka
andalah orang yang kami cari...
Pendaftaran
pengurus online masih dibuka. Sudah tutup nanti jangan menangis yer.
(Nasriah Abdullah -
Pengurus Online ABDR)
Email
: pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/
WhatsApp: +6016-817
8716
add
saya di facebook : Nasriah Abdullah (Cahaya Nur Adhwa)
alhamdulillah....saya jumpa kak rieya...terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih Zahilah atas kepercayaan yang di berikan...
Delete