Tuesday 11 August 2015

Bersama Kesusahan Ada Kesenangan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Bagi yang belum pernah mendengar atau melihat buku BKAK, inilah rupa buku berjudul Bersama Kesusahan Ada Kesenangan ini.



Dan ramai yang bertanya. BKAK? Buku tentang apa tu. Jadi, dalam entri ni saya nak tulis sedikit sinopsis tentang buku ini. Sinopsis ini ditulis sendiri oleh penulisnya iaitu Puan Era Adlina A. Kadir, anak didik Ustaz Fathuri juga.

Penulis dihujani dengan kesusahan yang datang silih berganti semenjak berhenti kerja. Segala usaha tidak menjadi. Fikiran semakin kusut. Apakah yang sedang Allah aturkan? Persoalan yang tiada jawapan ketika itu membuatkan penulis semakin cemas dan tiada harapan.

Namun di sisi Allah, kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan. Sungguh! Apa jua bentuk ujian kesusahan, kesulitan, kesedihan, tekanan perasaan yang manusia lalui itu sebenarnya tidak akan kekal.

Keadaan itu pasti akan berubah. Kerana sesungguhnya janji Allah itu pasti benar bahawa "Bersama kesusahan Ada Kesenangan". Inilah yang penulis mahu kongsikan sebagaimana Firman-Nya:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (Al-Insyirah : ayat 5-6)

Dalam buku “Bersama Kesusahan Ada Kesenangan” ini ada berkongsi tentang bagaimana membina keyakinan dan kefahaman bahawa Bersama kesusahan itu ada nikmat kesenangan yang Allah janjikan.

Ada formula yang dikongsikan dalam buku BKAK ini. Insya-Allah.

Ayuh dapatkan senaskhah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan dinukilkan dari hati khas untuk semua pembacanya.


Dapatkan Buku BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN
Hanya RM25 senaskah Semenjung dan RM30 Sabah & Sarawak 
Boleh PM saya Nasriah Abdullah untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular