Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Sumber:
Ebook
Inspirasi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu
Ahmad
Alhamdulillah.
Sangat teruja apabila salah satu perkongsian pengalaman yang terdapat di dalam
ebook terbaru ABDR, Inspirasi Bekerja Di Rumah terselit kisah saya. Sangat
terharu dan rasa ya Allah besarnya rezeki yang Engkau berikan. Tidak pernah
terlintas walau secalit dalam fikiran kisah sendiri terpilih sebagai sumber
inspirasi kepada insan lain. Terasa diri ini belum layak menerima pengiktirafan
seumpama itu. Terima kasih buat Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di
Rumah.
Apabila
puan pengasas ABDR dan penulis ebook ini sendiri memaklumkan bahawa saya orang
pertama dapat membaca kisah penuh Inspirasi bekerja Di Rumah, hati ini melonjak
girang tak terkata. Dengan pantas memuat turun ebook yang diberikan.
Berkobar-kobar hati ini ingin tahu apakah kisah menarik yang dikongsikan.
Terdapat
13 kisah mak-mak terpilih yang dikongsikan dalam ebook Inspirasi Bekerja Di
Rumah. Sesungguhnya kisah mereka membuatkan saya sangat kagum dan sempat
berangan, 'alangkah indahnya jika aku
berjaya seperti mereka'. Tidak mengapa berangan dulu. Suatu hari nanti
pasti menjadi nyata. InsyaAllah.
Berani Dan Kreatif
Di
saat kegawatan ekonomi masa kini, mencari pekerjaan adalah perkara yang semakin
sukar kerana persaingan sengit yang cukup besar di kalangan siswazah lainnya.
Bahkan yang sudah sedia bekerja juga diberhentikan sama ada sukarela mahupun
secara terpaksa. Saya adalah antara pekerja terpaksa berhenti (dalam hati sebenarnya
ini satu penganiayaan tapi tidak mengapa Allah kan ada) tanpa rela.
Apa
pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan. Anak-anak dan ibu bapa (jika ibu bapa
tinggal bersama) di rumah perlu diberi makan minum yang secukupnya. Beban suami
juga perlu dikurangkan. Justeru, bekerja dari rumah adalah salah satu cara
menghasil pendapatan tambahan.
Tapi
bagaimana? Sebenarnya mak-mak yang kisahnya dikongsikan di ruangan Inspirasi
Bekerja Di Rumah ini, begitu berani dan kreatif dalam mencari cara menjana
pendapatan dari rumah dengan berbekalkan sumber sedia ada.
Bagaimana?
Saya memilih dua contoh inspirasi yang dikongsikan oleh Puan Dila Aris dalam
seni jahitan dan Puan Hayati Mohid dengan meraih pengalaman niaga jalanan.
Puan
Dila Aris - Jahitan
Saya
suka kisah yang dikongsikan oleh Puan Dila Aris tentang bagaimana beliau
bermula dengan jahitan. Walau hanya berbekalkan bakat dan kemahiran menjahit
asas yang ada, beliau berani mengambil tempahan upah jahit baju dari rumah
sehinggalah berjaya membuka kelas jahitannya sendiri.
Saban
hari jumlah pelajar kelas jahitan beliau
semakin bertambah namun beliau tetap gagah mengharungi cabaran serentak antara
menjaga 5 orang cahaya mata sambil menjalankan kelas jahitan termasuklah tempahan
upah jahit baju.
MasyaAllah.
Pendapat saya, sungguh hebat ibu ini yang mampu melahirkan pelapis pelajar seni
jahit, membantu insan lain menjana pendapatan dari rumah walau hanya
menggunakan bakat yang ada dan lebih terinspirasi apabila beliau secara tidak
langsung dapat memupuk minat anak-anak sebagai pewaris seni jahit di masa akan
datang.
Hayati
Mohid - Raih Pengalaman Niaga Jalanan
Kisah
yang dikongsikan oleh Puan Hayati Mohid tentang bagaimana pengalaman beliau
bermula niaga di jalanan menyentuh jiwa saya. Pengalaman kami hampir sama.
Situasi dan keadaan yang saya lalui juga tidak jauh beza. Yang membezakan kami
adalah beliau bermula di jalanan dengan cuaca yang panas terik dan saya pula bermula
di dalam mall yang sejuk berhawa
dingin.
Sungguh
sebak dan terharu apabila beliau bangun seawal pagi menyiapkan barang jualan,
mengurus anak-anak yang masih lena untuk di bawa sekali ketika berniaga. Seperti
terbayang diri sendiri dalam situasi Puan Hayati.
Dengan
keyakinan yang tinggi beliau mencuba dari satu tempat ke satu tempat untuk mempromosi
dan malariskan barang jualan yang ada. Berniaga secara offline perlu bijak dan kreatif dalam menonjolkan barang jualan di
mata bakal pelanggan.
Walau
tanpa pengalaman dan sifat pemalu yang menebal dalam diri, jangan takut untuk
bermula. Pengalaman pertama itu akan banyak mengajar kita erti sebuah
perjuangan dalam apa jua bisnes yang diceburi. Setiap pengalaman yang diraih
akan menjana ilmu dan pengetahuan baru dan secara tak langsung sifat pemalu
yang tadinya menebal pasti kian pudar tanpa kita sedari.
Ilmu
perlu di tambah, bijak menggunakan media sosial kerana semuanya tersedia secara
percuma dan rajin menjelajah kisah-kisah kejayaan orang lain agar membuka minda
kita dalam menghasilkan sesuatu idea yang baru. Apa yang penting adalah kekalkan
disiplin dalam setiap perancangan dan usaha yang berkekalan.
Kenali Potensi Diri
Potensi diri merupakan salah satu modal permulaan dalam menjana
pendapatan dari rumah. Jika mak-mak yang ceritanya dikongsikan ini tidak tahu
apa potensi diri masing-masing maka bagaimana mereka bermula? Dengan hanya
duduk termenung memikirkan duit, mahu kerja apa, penat cari kerja di sana sini
tapi semua tidak berhasil. Itu hanya menimbulkan tekanan.
Fikir sejenak sambil melihat anak-anak bermain, tulislah
potensi diri. Senarai itu mungkin membantu. Contohnya mempunyai bakat menjahit
seperti Puan Dila Aris, maka gunakan bakat itu dengan mengambil tempahan
menjahit baju, langsir, beg dan sebagainya. Contoh lain mungkin mahir dalam
bidang penulisan seperti Puan Yusnida yang bermula sebagai guru tuisyen dan menjadi
seorang penulis novel.
Bijak Mencari Peluang
Setelah
mengetahui potensi diri, tibalah masanya mencari peluang yang ada. Cuba dulu
baru tahu. Gunakan teknologi moden yang sudah tersedia secara percuma di depan
mata. Begitulah kebanyakkan cara yang mereka gunakan di dalam kisah inspirasi
ini.
Bina Perniagaan Sendiri
Bermula dengan potensi diri tanpa disedari kita sudah mula
mencipta perniagaan sendiri. Contohnya, Puan Norzaihana Che Hashim bermula dengan kemahiran jahitan. Pada mulanya beliau
hanya mahu belajar menjahit untuk baju sendiri dan tidak terfikir hingga ke
tahap mahu berniaga dalam bisnes jahitan.
Dari
menjahit baju sendiri kini beliau sudah mencipta jenama jahitan hasil kerja
tangan sendiri. Sungguh hebat ibu ini, bukan?
Bina Networking
Walaupun berada di rumah itu tidak bermakna dunia kita sudah
tertutup rapat dengan dunia luar. Melalui media sosial kita boleh membina
jaringan perhubungan di kalangan mak-mak bekerja di rumah. Boleh saja sertai
grup-grup seperti upah jahit baju, masak apa hari ini, delivery makanan, grup bazar dan sebagainya.
Grup-grup seperti ini berpotensi menghasilkan bakal pelanggan
kepada perniagaan kita kerana tidak semua orang pandai menjahit baju, tidak
ramai ibu-ibu bekerja punya masa untuk memasak dan sebaginya. Disinilah peluang
kita bermula.
Manfaatkan Sumber Yang Ada
Terdapat sebilangan mak-mak yang baru mahu bermula tetapi tidak
tahu cara bagaimana hendak bermula. Kebanyakkan mereka memikikan tak ada modal
nak beli stok. Tak ada pengalaman berniaga sebab bukan darah keturunan
orang-orang bisnes. Saya pemalu nak jumpa orang, macam mana mahu menjual?
Begitulah seribu satu persoalan yang sering dikongsi oleh mak-mak yang baru
hendak bermula.
Manfaatkan sumber yang ada. Cuba selongkar almari baju. Cek
mana-mana pakaian yang masih elok dan tidak di pakai lagi. Mungkin saja pakaian
itu boleh dijadikan bahan jualan seperti jual baju terpakai. Daripada tersimpan
berhabuk di dalam almari lebih baik dijual. Boleh juga menghasilkan sumber
pendapatan. Betul tak?
Kesimpulan
Kesimpulannya,
kepada mak-mak yang yang sedang dalam dilema bagaimana mahu bermula jana wang
dari rumah, saya sarankan kalian baca kisah penuh ebook Inspirasi Bekerja Di
Rumah ini hasil nukilan Puan Masayu Ahmad.
Kisah-kisah
yang dipaparkan sangat memberi inspirasi dan idea bagaimana kita boleh bermula
dari rumah.